Aku kembali!
Salam alaik semua!
Bukan niat di hati utk membiarkan blog ni terus terbiar tanpa disirami tinta2 elektronikku.
Nak tau kenapa aku senyap seribu bahasa? kat rumah aku takda wireless, dan sebulan lebih laptopku rosak, kat cc yg selama ni aku pergi...takleh view blog aku pun...bunga2 tu takleh dipicit langsung..nak update takda icon font dan colour semua, takda icon gambar dan video..hari nilah antara hari yg paling selesa aku masuk internet..di Cyber Cafe terbaik dan terpantas..Net Land..jauh beb dari rumah aku...tapi demi blogku..aku berkorban juga..hehe..alhamdulillah.
Terlalu byk perkara yg terjadi sepanjang aku menghilangkan diri dr blog tersayang ni. Aku akan ceritakan satu persatu ye...
1)Minggu lepas... Kakiku terpelecok teruk k masa otw nak gi dars Syeikh Na'im di Jami' Al-Iman, time tu pulak, tgh jln cepat mcm askar..gelap subuh masih terasa..ada satu step ni..tinggilah juga..dgn kecepatan dan ketangkasan yg luar biasa aku turun...tanpa disedari ada lekuk yg dlm k di situ..KETEKKKUK!releks2..huda tak jatuh...tapi terpelecok je..tapi kesan dia lebih dr 1 minggu..aku sekarang pakai selipar..bengkak lima hari..terima kasih kepada ahli bait yg byk menyokong..:)..sempat lagi aku gi Basrah...dgn kaki yg mcm tu..insyaAllah nak gi X ray...bapaku suruh..just check takut apa2..skrg dah leh jln dah...cuma masih terasa sakit sikit.
2) Aku dengan rasminya telah menjadi pelajar thn 4 di Universiti Torablus..cabang lubnan. Sesungguhnya ni semua ketentuan Allah. Doakan perjuanganku..pnjg cerita kalau nak ckp pasal universiti ni...lain kali aku cerita k
3) Hari ni sedih dan terperanjat sikit..ummiku skrg tgh menjalani pembedahan kaki...terpelecok juga...mungkin lebih kuat...ada retak..si Tirmizi pula patah tgn..adui..doakan keluarga aku..especially my ummi...sayangnya kat ummi..hari tu pagi2 kul 31, dia call aku..risau pasal kaki aku..skrg ummi pulak yg kene bedah..semuanya ada hikmah..
4)Aku di sini bahagia kerana dapat gi dars(kelas2 agama) yg dikendalikan jami'2 disini..bahagia dpt melihat wajah ulama'..seperti Syeikh Wahbah Az-Zuhaili yg mengarang Kitab At-Tafsiirul Muniir..dia mengajar Kitab At-Tafsiirul Wajiiz..best sgt2..smlm masa otw balik dapat jln blkg dia..jadilah juga..hehe...dapat tgk live seorg alim yg pernah ku buat 'bahs' atau research tetang dirinya...macam tesis gitu masa thn akhirku di MARSAH. Selain tu ada juga Syeikh Ramadhan Al-Bouti yg mengajar Ulum Quran dan Syeikh Naim..pakar hadith di Dmasyq ni.
5) Aku juga alhamdulillah diberi peluang utk bertalaqqi Al-Quran, baik dari segi bacaan dan hafalan..doakan aku dpt khatam ya..nak dapat mengaplikasikan Al-Quran dlm hidupku.
6) Aku insyaAllah akan berkongsi ilmu tarannumku tak lama lagi dgn teman2ku di sini..doakan semua berjalan lancar k.
7) last..dah penat ni type...aku baru jadi ajkn EKONOMI..hehe..mcm funny..tapi insyaAllah ada berkatnya..krn ia ada unsur perniagaan dan berniaga adalah sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Sampai di sini dulu...rindu kini terubat sudah..salam alaik semua... jumpa lagi ya.