Wednesday, March 31, 2010

Salam semua

Tak taulah ada org nak tgk blog ni lagi ke takkan?hehe..takpala..yg penting ia masih hidup..dan akan terus hidup.

Alhamdulillah, tak dapat nak dinafikan ada kelegaan yg menyelinap ke lubuk hati setelah khatam bacaan Al-Quran bersanad dgn Anisah Mayyas. Jazakillah ya anisah..terima kasih atas waktumu wlu kau sentiasa sibuk kerana kau wanita berkerjaya. Berjumpa dgn salah satu Qurra’ teragung Syam, Syeikh Kuraim Rajih membuatkan hati yang dulunya terkilan apabila mendengar Syeikh Kurdi telah kembali ke rahmatullah kembali tenang dan gembira berbaur terharu kerana dapat dapat menatap wajah bersih seorang yg qari’ yg ‘alim dalam bidang AL-Quran dan mempunyai silsilah sanad yang sampai ke Baginda Muhammad s.a.w.

Ijazah Faraidh..hampir sudah ke garisan penamat. Masih menunggu keputusan bagi test yg terakhir yg baru kulalui beberapa hari yg lepas..test yg terakhir ni..Tuhan je yg tahu betapa aku dan Faseha mcm nak pengsan buat..dah nak give up dah kitorg dua, ada fomula yg kitorg dah lupa..ni dah masuk bab DUIT..ada yg kene plus n minus, ada yg kene time n divide..really mcm buat Maths kat secondary sch dulu. Tapi dengan kata2 semangat dr Kak Mas..kami cuba hingga ke titisan dakwat pen yg terakhir…alhamdulillah..more than 5 hours..baru habis..:)Mudah-mudahan kami berjaya mendapatkan ijazah Faraidh ini..dan sentiasa latih wlu dah dapat ijazah..klu tak latih..insyaAllah LUPA..tu Nabi s.a.w yg mengakuinya.. “fainnahu yunsaa”.

Sekarang nak kene focus exam..kene buat nota dan bersedia utk terbang ke SG..Doakan ye. Aku juga sedang cuba menghafal ayat2 Allah secara bersanad..kalau tak dapat 30 juz’..takkan 15 tak boleh kan?kalau 15 tak boleh ..takkan 10 tak boleh? Sambil2 tu tgh cuba nak belajar qiraat..insyaAllah.

Last..nak share sikit apa yg aku dah baca kat SOLUSI. “Pertama OK, Kedua KO”.
Actually ia bermakna “ AYAT PERTAMA OK, MANAKALA AYAT KEDUA KO”.
Penulisnya merupakan seorang suri rumah. Satu hari, beliau meminta anak keduanya menjaga adik bongsunya kerana beliau ingin memasak hidangan petang untuk keluarga. Ketika itu ana sulungnya tgh asyik membaca buku cerita. Cuaca di rumah agak tenang..kerana masih2 membuat kerja sendiri. Tiba2..anak sulungnya memecah kesunyian dengan bersuara kepada adiknya “Kak Ngah, ambilkan Kak Long air, Kak Long haus ah”. Lalu kak Ngah menjawab “kan org tgh layan adik ni, TAK NAMPAK KE?”

Untuk menjernihkan suasana..si Ibu(penulis) terus menutup api di dapur dan keluar memanggil anak2nya dgn baik. Dalam perbualannya dgn anak2nya..berderai suara tawa kak Ngah dan kak Long td bila mendengar ummi mereka berkata “AYAT PERTAMA OK, MANAKALA AYAT KEDUA KO”. Suasana yg tdinya tegang kembali jernih kerana bagi mereka kata2 ibu mereka itu melucukan dgn adanya perkataan OK dan KO..
Anda nmpk tak mana satu ayat yg ok dan mana pula yg ko? Fikir dahulu……………………………………….
Yang OK = “Kan org tgh layan adik ni”
Yang KO = “Tak Nampak ke?”
Ayat kedua itu tak perlu ditambah kerana ia akan mengeruhkan keadaan..
Contoh yang lain.. “kenapa anak kau menangis ni? DAH GILA KE?”

Itulah serba sedikit yg dapat dikongsi bersama .


Jumpa lagi..salam.