Wednesday, May 16, 2007

Pesanan dari Ustaz Mustofa (bekas ustazku di MWTI)

Pesanan ustaz Mustofa selalu terngiang-ngiang di telinga. Apabila terasa ingin kecundang atau kecewa dan putus asa, lantas pesanan ini membangkitkan aku dari terus diulit mimpi di siang hari! Pesanan yang amat berharga ini telah ditinggalkan kpdku ketika aku, sri.khairunnisaa dan farah menziarahi rumah ustaz, beberapa hari sebelum aku memulakan hidup sebagai siswi MARSAH. Benak fikiranku tak pernah lekang dari memikirkan dan mengingati pesanan ustaz. Syukran Ustaz!

Pesanan yang pertama : TAQWA

Teman2 sekelian, ketaqwaan itu penting! Sedapat-dapatnya jauhilah perkara2 yang tidak diredhai Allah sepanjang kita menuntut ilmu. Janganlah hanya belajar ilmu hingga ke peringkat universiti tapi ilmu itu gagal diaplikasikan dlm kehidupan. Ermm gejala sosial di kalangan bakal asatizah muda yang semakin 'menggila' dewasa ini ialah CINTA sesama lelaki dan perempuan yg tiada batasnya. Ana taulah cinta tu fitrah..."tak cinta, mcm mana nak kawin?" dan "kita tau jaga bataslah"...biasalah tu jawapan yg salu kua dr mulut pelajar2 madrasah! Kadang2 aku rasa malu dgn kelakuan mahasiswi dan mahasiswa agama yang bakal bergelar asatizah...adakah dgn membonceng motor mata air itu digelar romantik? tu namanya tau jaga batasan? bergurau senda dgn lelaki di telefon berejam2 sampai melambung bill?tu namanya tau jaga batasan?sms yang asyik maksyuk dgn kata2 cinta...dan rindu...itukah batasan antara lelaki dan perempuan?Jadi apa maksud antum dgn "tau jaga batasan?"Fikir-fikirkan lah...kalau kita ni yang dah nak graduate dr universiti mcm "gini"...mcm mana dgn generasi madrasah akan dtg?Buntu fikiran ana bila fikirkan...GENERASI MADRASAH BERMASALAH!Antum fikir tak semua ni? ke saje buat2 tak tahu...layan hal sendiri? layankan hati sendiri? Janganlah sampai terdetik di hati kita "aku tak boleh hidup tanpa mata air" ataupun rasa malu dan risau bila takda mata air....bila antum terasa ni semua...percayalah antum dlm bahaya! Sememangnya cinta itu fitrah manusia, namun bagaiaman antum kawal cinta itu? bagaimana antum kawal hati dan iman antum dlm bercinta? fikir2 dan renung2kanlah...jgn sampai ilmu yang kita pelajari tidak diberkati Allah dan kita dlm diam tergolong dlm org2 yg dilaknati Allah krn tidk mengaplikasikan ilmu dlm kehidupan..haya' dan iman' harus disanjung di mana2 sahaja antum berada...jadilah insan BERTAQWA.

Pesanan yang ke dua : MUMTAZ

"Huda, di mana2 sahaja kamu berada, mesti target mumtaz!". Itulah kata-kata ustaz yang aku ingat sampai saat ini. Tak mungkin org yang target mumtaz tu akan ponteng kelas,tidur dlm kelas,tak endahkan assignment yang diberi oleh pensyarah2. Orang yang target mumtaz akan terus berusaha semaksima mungkin dan terus berdoa agar Allah mempermudahkan dia dalam menuntut ilmu. Apabila kita aim nombor 1, kalau jatuh pun..ke nombor 2...paling2 nombor 5....Inilah yang sedang aku praktikkan dalam segala aspek kehidupan, agar kita sama2 berjaya!


Pesanan yang ke 3 : KHIDMAH (berkhidmat pada masyarakat)

Akhirnya, itulah tujuan kita. Berkhidmat pada masyarakat dengan menyebarkan ilmu yg kita pelajari bertahun2 lamanya. Kita harus bersedia utk berhadapan dgn pelbagai ragam masyarakat dan pelbagai jenis soalan. Kita seharusnya peka dgn hal ehwal semasa. Janganlah jadi asatizah yang blur2...harus ada x-factor dlm diri...mesti tahu apa keistimewaan masing2...jgn sia2kan keistimewaan yg ada pd kita! jgn pisahkan keistimewaan itu dgn ilmu yg kia pelajari..gandingkan ia dgn ilmu yang kita ada. Ana harap sangat bakal asatizah yg sedang menuntut di luar negeri termasuk diri ana..selalulah luangkan masa untuk mengikuti perkembangan dunia dan Singapura khususnya melalui internet..bacalah lelaman BERITA HARIAN dan The Straits Times...jd bila antum balik cuti di Singapura..antum "up to date"..bukan fesyen baju je tau kene "up to date"...minda kita ni kene asah dari masa ke masa. InsyaAllah kita betul2 fit untuk berkhidmat pada masyarakat pada masa depan. Jgn lupa tau rakan2...cari x- factor dlm diri antum! Percayalah ia wujud dlm diri antum!

:) Panjang pulak aku update blog kali ni..maklumlah cuti sekolah...jgnlah tersinggung dgn kata2 aku di atas tu....aku ckp ni umum untuk kebaikan semua termasuk diri yang dhaif ni. Sememangnya TANGGUNGJAWAB ASATIZAH amatlah berat. Justeru jangan kita hanya membazir masa dan duit mak ayah kita yang menghantar kita belajar agama hingga ke menara gading!Jitukan niat kita..bersihkan hati kita ...terus berdoa dan bermunajat di sepertiga malam dan Berjuanglah kerana ALLAH....insyaAllah kita berjaya di dunia dan akhirat.

Sekian...Wassalam..ililliqa':)

No comments: