Sunday, June 17, 2007

Aku akan terus berjuang!

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, aku dah bergelar siswi thn 3 di MARSAH. Baru seminggu buka sekolah. Sampai je asrama aku dikejutkan dgn berita aku dipilih utk mewakili MARSAH dalam peraduan debat di Selangor. Ermm...setelah aku fikir masak-masak, akhirnya aku tolak atas sebab2 pelajaran.
InsyaAllah ada hikmahnya apa yang terjadi.

Aku gembira dengan pelajaran2 yg aku belajar...ada tambahan pelajaran yg sebelum ni tak pernah ada pada pelajar2 thn 3 Usuluddin..Asasul qiraat!

Alhamdulillah aku satu bilik dgn Kak Linda...takdalah susah2 nak kene gi bilik dia mcm dulu...skrg lebih senang nak berbincang mengenai pelajaran..mcm mana nak decorate bilik dan mcm2 lagi..selain tu ada dua pelajar thn 1 di bilik aku..satu dari Singapora dan lagi satu dr KEDAH! Gamat bilik aku bila dia ckp loghat Kedah...pecah perut aku dibuatnya! Ahli ghurfah aku ni bagus...lepas isyak je dah tido! hehe..tapi bgn cepat dan tak tdo lepas subuh!Zaman sekarang ni susah nak dapat bakal asatizah yg tak tido lepas subuh tau! Jadi aku suka benar biah dlm bilik aku ni...suasana yang benar2 sihat sebagai pelajar mahasiswi MARSAH! Ha...lagi satu mereka ni semua sarapan...kitorg empat orang salu sarapan berjemaah. Cuma aku cuba nak praktikkan solat berjemaah..minggu lepas tak sempat berjemaah krn aku dan Kak Linda lupa nak bawa telekung! merepek kan..hehe...geram aku mcm mana leh lupa benda penting...jadi solat pakai Nabila punya telekung ganti2...alhamdulillah minggu ni aku dah bawa telekung(maklumlah rumah dekat), aku berazam utk solat berjemaah dgn ahli ghurfah(bukan ahli bait tau..hehe..setakat bilik je).

Aku sedang dalam proses memohon biasiswa MTFA, doakan aku dpt biasiswa tu k...sampai sini dulu..bye..

Salam alaik :)...Senyum Sokmo!

Thursday, June 07, 2007

Cuti kata pergi, MARSAH kata mari......... :)

Salam semua...

Pejam celik, pejam celik.....dah nak buka sekolah...hehe..tak sabar pula rasanya. Alhamdulillah aku rasa cuti panjang yang aku lalui selama sebulan setengah ni..alhamdulillah dapat dimanfaatkan dengan baik.

Ni pun aku baru balik dari cycling di East Coast Park. Hamdan lillah best! Aku pergi dgn Kak Linda dan adik2 perempuan aku...'Aathirah dan Majiidah. Tamliikhaa takda di Singapore buat masa ni (2 weeks)..dia gi KL..untuk rakaman nasyid kumpulan IRSYADI yang bakal ada di pasaran tak lama lagi...utk dana Madrasah Al-Irsyad...aku dah dgr satu dr lagu mereka..lagu Maulay...sedap dan menarik...berbakat besar! Okay berbalik pasal cerita cycling tadi..hehe..Kecoh kejap kitaorang pilih basikal kat kedai...untuk disewa...maklumlah basikal yang nak ditunggang kene sesuai dan selesa dgn kita..satu org kene bayar $5 untuk 1 jam. Tapi Rent 1 hour FREE 1 hour! Apa lagi....dari pukul 10.30 sampai 12 40 kitorang main basikal...terlebih masa! Nasiblah yang tukang jaga Melayu..tak marah kitorang....apa tak lambat? Dari hujung sampai ke hujung kita cycle...mkn lagi..hehe...alhamdulillah bila berjemaah terasa berkatnya..ceria..kelakar..dan panic pun ada...Majiidah penat sangat..tangannya sakit pasal grip handle basikal kuat sangat...lagipun dia puasa....jd dia tertinggal di belakang...kesian dia...jadi Kak Linda..ajar dia mcm mana nak free wheel dan berhenti jap bila penat....Alhamdulillah semua kembali ceria dan gerek!

Semalam pula aku gi Hi-tea Al-Iman Kindergarten...Abuyaku yg ajak, dia suruh tgk camna org boleh buat Pusat Pendidikan..Al-Iman tu pengasasnya ialah DJ Shah Ibrahim dan adik-beradiknya! Ada 8 outlets di Singapura. Adikku yg paling kecil, Aliah Husna sekolah di situ. Alhamdulillah dah hafal separuh dari surah Yasin. Sejarah terdirinya Al-Iman Kindergarten ni ialah hasil wasiat bapa Shah Ibrahim yang suruh buat Madarsah full time....tapi kerana tak mampu, mereka buat kindergarten yg aku rasa ia begitu vibrant! Adik beradik Shah sanggup berhenti kerja(tapi mmg semua berpendapatan tinggi dan berkerjaya) semata2 utk melakukan wasiat ayah mereka. Aku kagum dgn semangat mereka...apakah kita pelajar madrasah dapat mendirikan Institusi begitu?

Ermm...semalamnya lagi...hehe...hari selasa..aku kerja di kedai bapa aku! Dah lama tak kerja...hush! dtg je relek2 ingat dah ada pekerja2 lain...niat aku dtg tu setakat nak refresh dan nak tolong2 je..sekali tgk..bapak aku sorang je..aku sampai 6 30 pagi....apalagi bapa aku suruh potong ayam 1 bakul...50 ekor ayam. Setiap satu ekor potong 12(potong kecil2 sampai 12 keping..hehe) pastu masukkan dalam plastik. Oleh kerana dah lama tak buat..jari aku melecet..pasal cepat dan byk sangat. Lagipun takda pekerja lain. Pastu barulah dtg2 pekerja2 tambahan...hehe...Cuma yg sedihnya dan yg buat abuyaku hilang sabar ialah pisau dan parangnya dicuri org!!! Jadi semua pekerjaan jd lambat..org pula ramai...Mmg munasabahla tangan pencuri itu wajib dipotong menurut Syariah. Buat sakit hati org je..kesian bapa aku.. tapi segala yg terjadi pasti ada hikmahnya..sabarlah wahai abuyaku..

Heheh sampai sini dulu...ye...doakan aku terus istiqamah dlm pelajaran k...bye..salam alaik