Sunday, June 17, 2007

Aku akan terus berjuang!

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, aku dah bergelar siswi thn 3 di MARSAH. Baru seminggu buka sekolah. Sampai je asrama aku dikejutkan dgn berita aku dipilih utk mewakili MARSAH dalam peraduan debat di Selangor. Ermm...setelah aku fikir masak-masak, akhirnya aku tolak atas sebab2 pelajaran.
InsyaAllah ada hikmahnya apa yang terjadi.

Aku gembira dengan pelajaran2 yg aku belajar...ada tambahan pelajaran yg sebelum ni tak pernah ada pada pelajar2 thn 3 Usuluddin..Asasul qiraat!

Alhamdulillah aku satu bilik dgn Kak Linda...takdalah susah2 nak kene gi bilik dia mcm dulu...skrg lebih senang nak berbincang mengenai pelajaran..mcm mana nak decorate bilik dan mcm2 lagi..selain tu ada dua pelajar thn 1 di bilik aku..satu dari Singapora dan lagi satu dr KEDAH! Gamat bilik aku bila dia ckp loghat Kedah...pecah perut aku dibuatnya! Ahli ghurfah aku ni bagus...lepas isyak je dah tido! hehe..tapi bgn cepat dan tak tdo lepas subuh!Zaman sekarang ni susah nak dapat bakal asatizah yg tak tido lepas subuh tau! Jadi aku suka benar biah dlm bilik aku ni...suasana yang benar2 sihat sebagai pelajar mahasiswi MARSAH! Ha...lagi satu mereka ni semua sarapan...kitorg empat orang salu sarapan berjemaah. Cuma aku cuba nak praktikkan solat berjemaah..minggu lepas tak sempat berjemaah krn aku dan Kak Linda lupa nak bawa telekung! merepek kan..hehe...geram aku mcm mana leh lupa benda penting...jadi solat pakai Nabila punya telekung ganti2...alhamdulillah minggu ni aku dah bawa telekung(maklumlah rumah dekat), aku berazam utk solat berjemaah dgn ahli ghurfah(bukan ahli bait tau..hehe..setakat bilik je).

Aku sedang dalam proses memohon biasiswa MTFA, doakan aku dpt biasiswa tu k...sampai sini dulu..bye..

Salam alaik :)...Senyum Sokmo!

No comments: