Monday, May 12, 2008

JaDuAL dah SiAp...kene jadi cam Fakhri...hehe :)

Salam semua....

Aku kene buat jadual cam fakhri juga..hahaha...itulah kesan novel Ayat2 Cinta terhadap diriku.
Mmg kene buat jadual..kalau tak, hidupku jadi rojak...lagi2 dlm saat2 genting mcm ni..mana nak uruskan MTQ international...Imtihan Qabul...selesaikan benda2 MARSAH-MESIR...mengajar..belajar...riadhah...benda2 sampingan yang lain...aduh! Tu sebab kene buat jadual..ni aku baru habis siapkan jadual...insyaAllah aku cuba sedaya upaya mendisipilinkan diriku...u have no choice huda! :) doakan aku ni..Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaanMu.

Hmmm...Aku teringat teman-teman di Syria...rindu sgt dgn mereka...esp KHADIJAH(muslimah sejati..haha)...knplah awk tak balas email kte ni? Sibuk sangat ke...haiz..moga terus berjaya dan kuat beribadah di sana..

k lah..byee semua...aku ada benda lain nak buat ni....dah ada jadual...mesti kene ikut! ceh byk kau punya ikut huda..hehe..insyaAllah k..bye salam alaik.

Saturday, May 10, 2008

Panahan AYAT-AYAT CINTA!

Salam.......

Ermm sejam yg lepas..aku baru balik dr tgk wayanag, cerita Ayat-ayat cinta, it was really fantastic!alhamdulillah...nilah kali kedua aku tgk wayang selepas menonton Syukur 21 beberapa thn yg lepas...

Macam mana pun takleh lawan novel yg ditulis graduan MA Al-Azhar, Habiburrahman El-Shirazy...Ayat-ayat cinta dalam bentuk novel menunjukkan sentuhan asli sastera Islami yg luar biasa! Sebuh novel yg lengkap yg menyentuh segala aspek khidupan(kehidupan universiti dan teman2 serumah..kehidupan antara agama yg berlainan...kehidupan menuju gerbang perkahwian..kehidupan dlm penjara..kehidupan yg mewah..kehidupan yg miskin..kehidupan politik...dan pelbagai lagi. So...sape yg tak tgk wayang...dan tak nak baca novel ini...innahum minal khaasiriin. Seumur hidupku sebagai insan yg menghargai karya sastera terutama sastera Melayu...belum pernah ku temui karya luar biasa seperti ini..masyaALLAH...Semoga Habiburrahman dirahmati Allah dan diberi pahala berlipat ganda.

AYAT2 CINTA byk memberi tarbiyah pada diriku...semoga ia juga memberi tarbiyah kepada antum semua...anda hebat Habiburrahman! Lagi hebat yg Maha Hebat Ya Rahman yg menciptakan Habiburrahman..yg menggerakkan hati dan tinta Habiburrahman sehingga terhasilnya karya sastera yg luar biasa...Allahu Akbar!

Sampai sini saja....begitulah panahan ayat2 cinta yg dapat kurasakan skrg...:)..salam alaik

Friday, May 09, 2008

Pahit dan Manis bergelar Johan Qariah Kebangsaan Singapura 2008.

Salam semua!

Kaifa halukum? Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat ya..:)

Alhamdulillah, seperti yg dimaklumi..aku telah dinobatkan sebagai juara qariah bagi peringkat Kebangsaan dewasa Singapura 2008. Perjuanganku dalam bidang tarannum sejak aku berumur 9 thn mmg byk cabarannya..tapi alhamdulillah, hampir 12 thn, alam musabaqah sudah menjadi darah dagingku..aku sudah lali dgn kekalahan dan kemenangan...sudah masak benar dgn celoteh penonton musabaqah yg kadangkala tak puas dgn keputusan para pengadil...hehe..

Namun bagiku..MTQ byk mendidikku menjadi insan yg mengambil berat ttg niat krn Allah dalam membuat sesuatu perkara. Niat kita lari sikit je...kita akan dapat merasakan bacaan kita itu tidak dirahmati oleh Allah..mmg penonton atau siapa2 tak akan tahu ttg perkara ini..kecuali Allah dan si pembaca itu sendiri. Justeru, niat itu sangat penting..bacaan haruslah krn Allah krn ia satu ibadah bukan hendakkan gelaran juara atau kemenangan semata2.

Thn ini sebenarnya aku tak pernah terfikir yg aku akan jadi juara..bahkan..kadang2 terlintas dlm hati "kalau leh jgnlah jadi juara..mcm tak sanggup..pasal kalau jadi juara nak kene wakil negara...lepastu nak fikir ttg imtihan qabul di Mesir..byk persiapan kene buat...pengsan aku nanti, alah lagipun IMPOSSIBLE aku leh jadi juara bcoz saingan terlalu sengit..johan tahun lepas sgt bagus bacaannya". Tapi takdir Allah mengatasi segala-galanya...mungkin dia nak tunjuk kan kuasaNya boleh mem-POSSIBLE-kan segala IMPOSSIBLE...dan dia tahu bahawa wlupun ujian ini berat bagiku..tapi aku insyaAllah boleh mengahadapinya dgn tenang.

Biasalah mulut manusia..kdg2 tak berapa suka dgn kemenangan org lain..ada juga yg mempertikaikan kemenangan ini...bagiku sape yg mempertikaikan kemenangan ini..ia mempertikaikan takdir Allah..krn semua ni bukan aku yg susun...tapi dr ALLAH..maka aku harus terima dgn redha dan lebih gigih berusaha utk mewakili negara ke peringkat antarabangsa...aku harap teman2 dapat memberi sokongan padu dan doakan diri ini utk mengimbangi persiapan kedua2 destinasi impian..Mesir danMusabaqah antarabangsa..sampai sini saja..salam alaik.:)

Thursday, May 08, 2008






Gambar2 kenangan MTQ 2008...doakan kami.
MTQ 2OO8 mengukir SeJaRah!

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, syukur pada yg Esa krn Musabaqah Tilawah Al-Quran Kebangsaan thn ini meninggalkan kenangan yg cukup manis bagi diriku.

Tarikh 3 dan 4 May 2008 telah mengukir sejarah! Ada beberapa sebab yg membuatkan tarikh ni layak digelar tarikh istimewa buat aku dan keluarga.

1) 3 dan 4 May ini adalah hari penentu atau final bagi MTQ Kebangsaan 2008 bagi peringkat kanak2, belia dan dewasa..dan alhamdulillah 5 dari adik beradikku('Aathirah...Majiidah..Tamliikhaa..Tirmizi..) dan diriku sendiri dapat melayakkan diri ke peringkat akhir! Allahuakbar! Tahniah kpd adik-adikku atas perjuangan lillahi taala ini!

2) 3 May adalah tarikh lahir kakakku...walaupun jauh..aku dapat rasakan seorg kakak akan merasa gembira dan syukur dgn pencapaian adik2 nya dlm MTQ kali ini, sekaligus merupakan hadiah hari lahirnya yg ke 23! So..kak Izzah..kalau baca apa yg aku tulis ni...jgn tak terharu...haha..nilah hadiah yg mampu kita beri..doakan kami terus berjaya atas niat krn Allah dan ibadah.

3) Tanggal tarikh 4 May 2008..aku dinobatkan sebagi juara qariah bahagian dewasa..alhamdulillah..rezeki dr Allah...kemenangan ini mmg tidak pernah kujangka...tp takdir Allah mengatasi segala-galanya...doakan aku terus tawadu' dan istiqamah dlm mempelajari ilmu Allah dan mengamal sunnah Rasul..iaitu ilmu tarannum khususnya.

Agar tarikh ini menjadi penyuntik semangatku untuk lebih bersungguh-sungguh di masa hadapan..amin...terima kasih atas doa antum:).

Tuesday, May 06, 2008





Sekitar Majlis Final MTQ 2008!
Tinta Elektronikku Menari Kembali!

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, atas permintaan peminat2 blog aku,akhirnya aku terbuka hati juga utk update blog ni,heheheh,ingat takda org nak baca blog lagi..pasal mcm dah basi gitu,tapi rupanya ia masih tetap bertakhta di hati bagi sesiapa yg masih menghargai diriku,ceh!:)

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum!

Hamdanlillah, aku dah menamatkan pengajianku di MARSAH,keputusan pun dah keluar,cuma belum dirasmikan lagi,dgr2 aku berjayalah,alhamdulillah,dgr2 juga taqdir aku ialah Mumtaz,alhamdulillah,tapi ingat, ni dgr2 je,kalau dah confirm,nanti aku bilang lah k,bukan nak action dgn taqdir yg aku dapat,cuma nak sama2 kongsi rasa bersyukur dan gembira bersama teman2 yg jauh nun di sana..bukannya bagus sgt pun...setakat mumtaz di sekeping kertas..apalah sangat...ni nak mumtaz practical ni mujahadah benar..doakan aku k. InsyaAllah konvo 29 july 2008...tak sabar rasanya untuk bawa ummi dan abuya ku ke majlis tersebut..maklumlah anak pertama ke majlis konvo....kakak aku terus ke Mesir...di sana tak main majlis2 konvo ni semua kan...mgkn aku bisa memberi secebis kenangan manis pada ummi dan abuya nanti..insyaAllah..sampai sini dulu..k bye..salam alaik