Friday, May 09, 2008

Pahit dan Manis bergelar Johan Qariah Kebangsaan Singapura 2008.

Salam semua!

Kaifa halukum? Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat ya..:)

Alhamdulillah, seperti yg dimaklumi..aku telah dinobatkan sebagai juara qariah bagi peringkat Kebangsaan dewasa Singapura 2008. Perjuanganku dalam bidang tarannum sejak aku berumur 9 thn mmg byk cabarannya..tapi alhamdulillah, hampir 12 thn, alam musabaqah sudah menjadi darah dagingku..aku sudah lali dgn kekalahan dan kemenangan...sudah masak benar dgn celoteh penonton musabaqah yg kadangkala tak puas dgn keputusan para pengadil...hehe..

Namun bagiku..MTQ byk mendidikku menjadi insan yg mengambil berat ttg niat krn Allah dalam membuat sesuatu perkara. Niat kita lari sikit je...kita akan dapat merasakan bacaan kita itu tidak dirahmati oleh Allah..mmg penonton atau siapa2 tak akan tahu ttg perkara ini..kecuali Allah dan si pembaca itu sendiri. Justeru, niat itu sangat penting..bacaan haruslah krn Allah krn ia satu ibadah bukan hendakkan gelaran juara atau kemenangan semata2.

Thn ini sebenarnya aku tak pernah terfikir yg aku akan jadi juara..bahkan..kadang2 terlintas dlm hati "kalau leh jgnlah jadi juara..mcm tak sanggup..pasal kalau jadi juara nak kene wakil negara...lepastu nak fikir ttg imtihan qabul di Mesir..byk persiapan kene buat...pengsan aku nanti, alah lagipun IMPOSSIBLE aku leh jadi juara bcoz saingan terlalu sengit..johan tahun lepas sgt bagus bacaannya". Tapi takdir Allah mengatasi segala-galanya...mungkin dia nak tunjuk kan kuasaNya boleh mem-POSSIBLE-kan segala IMPOSSIBLE...dan dia tahu bahawa wlupun ujian ini berat bagiku..tapi aku insyaAllah boleh mengahadapinya dgn tenang.

Biasalah mulut manusia..kdg2 tak berapa suka dgn kemenangan org lain..ada juga yg mempertikaikan kemenangan ini...bagiku sape yg mempertikaikan kemenangan ini..ia mempertikaikan takdir Allah..krn semua ni bukan aku yg susun...tapi dr ALLAH..maka aku harus terima dgn redha dan lebih gigih berusaha utk mewakili negara ke peringkat antarabangsa...aku harap teman2 dapat memberi sokongan padu dan doakan diri ini utk mengimbangi persiapan kedua2 destinasi impian..Mesir danMusabaqah antarabangsa..sampai sini saja..salam alaik.:)

No comments: