SaJak
Salam semua..hayatilah sajak ini k..khususnya utk penuntut2 agama dan amnya kepada semua termasuk diri ini..inilah sajak karyaku...dari pengamatanku selama ini...terimalah
BILA ASMARA MEMBARA
Bila asmara membara
Bunga-bunga cinta kembang melata
Tak kira di mana kita berada
Terasa diasak meluahkan cinta
Tak lihat kanan ataupun kiri
Tak pandang sana ataupun sini
Terus berkocak nafsu asmara
Memanglah kita tak buat zina
Memanglah aurat kita tak buka
Tapi ghaddul basor mampukah dijaga?
Sedangkan itu suruhan agama
Jangan impikan Fahri pasangan kita
Jangan mimpikan Aisyah pemaisuri jiwa
Rasukan asmara meragut diploma
Diploma apa?
Diploma agama
Buaian cinta merampas takhta ijazah
Ijazah apa?
Ijazah sarjana agama
Kalau benar kau cinta Allah dan RasulNya
kenapa hingga begini jadinya?
Memang cinta fitrah manusia
Tapi iman itu letak di mana?
Zina hati semakin ketara
Jangan buat-buat tak tahu
Ada yang naik motor bersama
Berpegangan tangan tanda suka sama suka
Sedangkan mereka bujang dan anak dara
Keluar bersama
Makan bersama
Rindu terubat bertentang mata
Bergayut di telefon berjam-jam lamanya
Manja suara menggoda jiwa
Mereka mahasiswa mahasiswi agama
Agama apa?
Agama Islam tercinta
Kuliah Syariah Usuluddin Bahasa Arab Tahfiz semuanya
Tapi kerana cinta rosak segala-galanya
Rasa haya' terbukti sirna
Semua itu dianggap biasa
Selagi 'batasan' masih dijaga (BANYAK KAU PUNYA JAGA?)
"Kita tak buat zina apa.."
Ayuh!
Berpijaklah di bumi nyata
Jangan diulit ilusi dunia
Iman harus bertakhta di puncak
Kerana iman yang mendidik cinta
Ayuh!
Kita bangkit bersama-sama
Memang sukar untuk berubah serta merta
Tapi kita tetap boleh berusaha
Buat yang terbaik untuk agama
Buat yang terbaik demi bangsa
Satu saja..
Yakinlah
Kalau dah jodoh tak akan ke mana
Pada Ilahi terus berdoa
Istikharah pula jangan dilupa
Bila aqad dilafaz lancar oleh si dia
Bermulalah hakikat perjuangan asmara nikmat cinta
Barulah cinta asmara benar-benar membara
Percayalah
Allah Maha Memahami perasaan kita
Kita diuji tepat pada masanya.
Sekian....agar semua mendapat manfaat dari sajak ini..tenang2 ya semua..bye salam alaik.
No comments:
Post a Comment