Thursday, September 25, 2008

Assalamualaikum semua..

Afwan..tak dapat nak tunjukkan gambar2..ada masalah technical sikit..insyaAllah kalau ada peluang aku aku tunjukkan pada semua k.

Ni baru pukul 8 25 pagi..baru balik dr Jami'Iman dgn Khadijah..ktorg solat subuh di jami' Mahyuddin..pastu jln gi Jami' Iman..ada majlis zikir setiap jumaat dan ada dars oleh Syeikh Na'im.

Rasa dingin angin pagi begitu segar sekaliu...riadhah dgn berjalan kaki dari satu jami' ke satu jami' mmg aktiviti yg menyihatkan dlm bulan Ramadhan ni...drpd tidur di rumah lepas solat subuh....lebih baik keluar berjalan2 sambil tadabbur keindahan alam semula jadi ciptaan Allah...semoga diri ini istiqamah bersama Mujahidah Khadijah

Ni aku nak share apa yg Syeikh Naim sampaikan sewaktu dars-nya(pengajarannya..mcm ceramah pendek gitu)

Antara isi ceramaha yg dapat ku garap..

Istiqamah terus dlm ibadah wlu Ramadhan akan berlalu tak lama lagi..Syeikh ckp..cuba kekalkan 4 perkara ini secara istiqamah..

1)Solat Subuh di masjid setiap hari secara berjemaah

2) Qiyamullail..walau 2 rakaat tapi istiqamah

3)Baca Quran setiap hari wlu satu muka surat

4)Bersedekah dan berbuat kebaikan serta bersilaturrahm

Andai kita berjaya istiqamah...barulah kita sedar...kita beribadah bukan krn Ramadhan..tapi istiqamah krn Allah sepanjang hayat semi mengejar mardhatillah.

Kepada rakan2 di Singapura dan semua yg baca blog ni...ku seru diriku dan semua...jgn lupa puasa 6..ia bagaikan puasa setahun lamanya...aku tau kuih byk..nk jln2..nak duit raya....tapi..mujahadahlah..jln raya lepas buka pun poleh...6 hari je k...Kita boleh!

Sampai sini dulu..doakan aku supaya dapat memilih universiti yg terbaik buat diriku...bye ..salam alaik

Thursday, September 18, 2008

Warna-warni dunia Syriaku

Ahlin wasahlin ila suuria! Mula2 aku dgr ucapan kakak senior kpd kami budak2 baru..aku terkejut sikit…dlm hati “kakak ni belajar nahu ke tak ni?knp ahlin wasahlin eh?knp tak ahlan wasahlan?...bahasa ammiy sini ke?” hehehe sekali betullah tu mmg bahasa pasar Syria..kat sini byk baris bawah…
Oklah aku tahu sebenarnya ramai yg nak tahu ttg perkembangan diriku, lebih2 lagi bila dah sampai Syria..afwan kpd family yg aku belum sempat telefon pun..tapi dah msg dan chat kat msn kan? Nanti Hari Raya insyaAllah Huda call korg semua k. Oklah nilah ceritaku utk tatapan semua..

LAPANGAN TERBANG CHANGI
Kepenatan pulang dari MTQ antarabangsa masih terasa. Pukul 9 mlm aku tiba di rumah tercinta,setelah makan dan kemas2 barang yg masih belum dimasukkan ke dalam beg belakangku dan beg tgnku..jam dah pun kul 11…pukul 12 aku bergegas kua ke Airport…kat sana ada yg nampak aku nangis…mesti org semua ingat aku nangis pasal nak pisah dgn ummi dan abuya…kuang~kuang~kuang~…tidak ya..sesungguhnya tidak…tetapi aku nangis kerana luggage kedua aku yg kecil (tapi dlmnya ada1001 harta karun rempah ratus dan makanan) ‘tak lepas’ kerana dah melebihi had timbang yg ditentukan…hehehe..mujur ada Khairuddin..dia bawa beg sikit sey..jadi brg makanan aku dapat kuakan sikit(sikit pun jadilah)..dan combine dgn barang kak linda dan suruh Khairuddin bawak..kesian..hehe..barakallahufiik..pastu baru aku stop nangis..org lain pulak nangis..bila nak pisah ngan mak bapak..hehe..mak bapak aku dah takda dah…bila makanan aku beres..mrk pun balik…org lain ada nangis2 dgn mak bapa..aku ada ke hulur ke hilir bawak 3 beg..satu kat blkg, kat bahu..dan kat tgn…tgk2 suasana meriah dan sedih dan salam teman2 yg hantar..bestlah juga..bulan lalu..aku naik 6 kapal terbang..MTQ ulang alik ada transit+Syria punya transit lagi…hehe..penat juga tapi dapat byk pengalaman krn setiap kapal terbang khidmatnya lain2.

TRANSIT DI DOHA
Alamak part ni aku mcm terencat sikitlah..transit sampai 7 jam..adui…duduk tak kene..diri pun gelisah..hp battery flat..takda credit lagi, pulak tu toilet dia airnya panas..terkejut sekejap masa istinjak…hehehe..aku ceritakan ni utk korg semua sedia..air airport DOHA panas k…cuci tangan pun panas..air wudhuk pun panas..sabar jelah..nak buat camnakan..tapi ukhuwwah kita dalam musafir mmg kuat, Alhamdulillah..jadi tak byk masalah yg berlaku kerana semua bersatu hati..syukran kpd syabab yg byk angkat beg banat..ah lagi satu..aku masa kua dari kapal terbang..dah sampai DOHA..ingat ada shelter mcm Singapore ah..sekali kua..terus nampak langit biru..hehe..kene turun tangga lagi..so sapa yg bawa beg tarik…”selamatlah ye…”panas lagi..kene naik bas utk ambil luggage.



LAPANGAN TERBANG SYRIA
Setelah menghabiskan 14 jam(7 jam di kapal terbang+transit 7 jam)..barulah tiba masa yg dinanti2kan..kita naik kapal terbang utk ke Syria..di langit biru…aku dapat baca hati teman2..semua dah mula rasa sedikit gusar…krn untuk lepas imegresen Syria tidak semudah yang disangka..ada taktik2 yg perlu dipelajari demi kemaslahatan diri. Paling penting..jgn sesekali ckp Arab dgn tukang cop passport..krn mrk sgt berhati2 dgn pelajar asing krn takut kita ni pengganas..so aku adalah keep on reminding myself not to speak Arabic…takleh tersasul pun tau..aduh..setelah 3 jam..sampailah ke tempat yg dinanti2kan.. suasana airport dia tak ubah macam kastam JB..panas..gelisah..dan segala mcm perasaan…kami saling memandang antara satu sama lain..sape2 saje boleh tak lepas dan dihantar pulang ke Singapura andai tersilap langkah! Aku sempat bilang Syabab..tanggalkan songkok di kepala dan syabab igtkan ktorg..”speak English..action blur…we will stay at hotel”..hahaha..maka tibalah giliran aku..segala doa dan ayat quran pelembut hati telah kubaca..hehe..sekali org tukang cop tu tgk muka aku..erkk seramnya aku..dada dah berdegup2..dia tanya “Are u Hafizah?”maksudnya adakan awk penghafal al-quran? Aku punya otak ligat berpusing mencari jawapan…kalau aku ckp yes atau no maknanya aku tau makna word hafizah(bahasa arab) tu…sedgkn aku kene act tak tau ckp Arab..spontan aku jawab “sorry?wat?”heheh..terus dia tgk bawah tgk muka aku lagi..aku hadiahkan senyuman…dia terus cop..PHEW..SELAAAMAAAT..alhamdulillah..lega sangat2..semua banat dan syabab lepas krn semua dah sedia dgn taktik2 tersendiri sejak dr Singapura lagi.

MENITI HARI-HARI YANG MELETIHKAN
Keletihan semakin bertambah..dahlah belum mandi..hehe..alhamdulillah sampai juga di rumah HANNAN(salah satu rumah banat)…rumahnya atas bukit..dari ‘MATHAR’ ada bas dah menunggu…ALLAH saje yg tahu betapa gembiranya dan bersyukurnya hati ini setelah sampai ke bumi Syria..tak sabar nak naik bas..nak rasa air con..krn cuaca di lapangan terbang panas..di luar pun panas..hehe..sekali naik bas pun panas da…hehe..takda air con k..hehe..aku pun apa lagi, dgn tidak segan silunya mengeluarkan kipas aku..kipas aku beli di kedai cenderamta Taman Tamadun Islam di Terengganu..kat taman tu ada replika masjid2 sedunia..(lawa dan besar..replika nmpk mcm masjid real)..dah sampai ke kawasan Ruknuddin kitorg ramai2 naik SUZUKI(Lori yg menjadi kenderaan awam di Syria), even kat lorong2 pasar pun dia leh selit..kat lorong2 rumah pun dia leh selit..selagi dia leh selit..dia akan selit..dan pemandu dia memang cukup master ah..lori dia terbuka..so dapat angin..tapi terhenjut2 krn ada jln yg tak rata dan kawasan bukit kan...maklumlah 14 akhawat naik..hehehe..hon dah jadi adat..main2 hon lagi..kdg2 terhenjut kuat..sampai akhawat jadi kecoh…..btw bestlah pengalaman pertama naik SUZUKI..u all shud try it!

ORIENTASI
Alhamdulillah, hari2 orientasi berjalan lancar..aku suka..ada ziarah maqam2..bekenal-kenal dgn akhawat melalui permainan yg dikendalikan oleh Khadijah dan Hida, group aku menang…hehe..dapat coklat..tapi ntah coklat tu sekejap je hilang..aku tak sempat mkn pun..takpa k huda..kau mesti halalkan..walaupun kaulah yg paling semangat main game..hehehe. Alhamdulillah ziarah maqam2 merupakan trip yg berharga krn ia diiringi dgn akh Jamlullail yg dapat menerangkan sejarah peribadi setipa maqam yg kita pergi dgn baik dan menarik sekali. Aku tetap gembira walaupun cuaca begitu panas..nak tau kenapa?pasal masih boleh minum air…sejuk sikit tekak…kalau time Ramadhan..kene tahanlah ujian panas dan haus..:)
Antara maqam2 yg telah aku ziarahi ialah
1) Maqam Abu Hurairah (Perawi hadith terbanyak)
2) Maqam Muawiyah Bin Abi Sufian( Khalifah pertama bagi zaman Umawiiy)
3) Al-Farabi (Seorang falsafah Islam yg terkemuka- kemahirannya mengubati penyakit dengan
muzik.
4) Bilal Bin Rabah..takkan tak kenal? Kalau tak kenal…tak tau nk ck papa..hehe
5) Maqam Kerbala’(16 kepala)
6) Ibnu ‘Asaakir (sejarawan Syria)
7) Ibnu Qayyim Al-Jauzi
Hehe dan byk lagi termasuk maqam Imam Husin dan ummhatul mukminin..Ummu Habibah dan Ummu Salamah.
Aku juga dapat ziarah ke Jami’ Umawiyy(sini panggil masjid dgn panggilan jami’) di situlah terletak maqam Nabi Yahya a.s(kepalanya) dan kalau tak silap di situ juga ada maqam sayyidina Husin..ramai org Syiah..mereka berkumpul…membaca macam2 ayat sambil tepuk2 dada..”Ya Ali..Ya Husin”…sujud atas batu kecil…aku ambil batu kecil tu…saje..buat kenangan..hehehe..dorg cium2 maqam dan ikat kain hijau kecil kat celah2 besi maqam..ntah tak tau knp…jadi kita kene hati2..takleh pegang2 tiang2 maqam sebarang…krn bekas ciuman masih ada..hehehe.

PINDAH RUMAH
Agak menyedihkan..krn aku tak dapat serumah dgn Kak Linda..ada barang yg kita beli share..apa nak buat..segala yg diatur oleh Allah ada hikmahnya. Sebelum ni aku tggl di rumah kak Hazimah buat 2 ke 3 mlm..pastu baru pindah ke rumahku yg digelar rumah HANNAN…rumah kak Linda namanya rumah IMAN..dan rumah lagi satu namanya RAYYAN. HANNAN, RAYYAN DAN IMAN…Sedapkan iramanya? Walaupun tak dapat satu rumah dgn Kak Linda, aku ttp bersyukur krn aku dapat sebilik dgn teman baikku yg sentiasa menghibur hati, MUJAHIDAH Khadijah Binte Mohd Hussain(full name tau…mujahidah lagi..hehe)..tak pernah aku sangka aku akan sebilik dgnnya di bumi Syria..satu perkara yg dulu aku rasa mustahil tetapi skrg menjadi reality..maklumlah dulu kan bercita2 nak gi Mesir..terubat juga rindu di hati ni dan ada juga teman yg senang nak diajak bicara…alhamdulillah..terima kasih Tuhanku. Rumah aku ni atas bukit..adui turun naik hari2..dekat dengan suq(pasar), 5-7 mins dari rumah IMAN..tapi jauh dari rumah RAYYAN…sekali lagi Alhamdulillah..aku senang nak ulang alik rumah Kak Linda..Cuma rumah aku ni salu juga takda air..so bila ada air kita akan simpan kat berpuluh2 botol besar..sediakan paying sebelum hujan..dan aku dapat pengalaman pertama mandi hadas dgn air botol..so sapa nak rasa apa yg aku rasa…silalah cuba ya..hehe..kdg2 juga elektrik putus..pakai lilin k..tapi aku peduli apa..aku gi beli lampu suluh k..hehe..lambatlah lilin2 ni semua. Kat sini kene kuatkan azam, sabar dan tolak ansur…insyaAllah semua cabaran dapat diatasi dgn baik..inna ma’al ‘usri yusraa..

RAMADHAN DI SYRIA
Oh..puasa di dalam cuaca panas terik mmg menguji kesabaran…tekak kering sekali..bibir terkopek2, weight turun laju je..hehe..kawan2 ramai yg sakit..betul2 terasa haus sangat..badan letih gile..pulak tu aku ada masuk kelas Bahasa Arab di Ma’had Idrisiy selama 24 hari..ni baru pergi 6 kali..panas sekali perjalanan ke sana..naik bas berebut2, org belum naik betul..bas dah mula nak jln..aduh..hehehe..lompat jelah..apa lagi..salu balik dr Idrisiy..aku akan gi Suq tgk2 air apa yg leh aku buat buka..atau gi Cyber CafĂ©..kdg2 masa otw balik rumah, rasa mcm nak pengsan pun ada, panas dia takleh tahan..tapi lepas satu minggu..dah rasa ok sikit, alhamdulillah. Tarawih kat sini pun best..boleh pilih jami’ mana nak pergi..jami’ bertaburan di sini..Jami’ Mahyuddin dekat je dgn rumah aku…tu salu aku pergi utk solat subuh dgn teman2..kalau Tarawih, aku suka ke jami’ Hajibiyah..sejauh ni dah pergi Jami’ Iman..Jami’ Nabulsi.. dan Jami’ Abu Nour(di situ juga ada jami’ah atau university Abu Nour idaman kalbu). Pernah satu mlm ni..baru beberapa rakaat tarawih..lepas beri salam je..terus imam dia ckp “NURUL HUDA”terus kawan2 aku tgk muka aku..dorg ketawa…hehe…bukan stop situ je lah..imam tu sambung “SOLLUU ALAIH”..maknanya NURUL HUDA yg dimaksudkan pada waktu itu ialah Nabi Muhammad s.a.w…Cuma pelik sikit pasal kat singapura mana ada camtu kan? Lagi satu, pernah satu mak cik ni tanya..imam dah solat isyak ke?aku ckp lah ..lamma..maknanya blum lagi…tapi dia tanya lagi sampai 2 kali..sekali Khadijah jawab kan dgn angkat kening dia..hehe..kat sini..kalau ckp belum atau tidak..hanya dengan angkat kening k..hehe

RINDU
Rindu itu fitrah manusia..aku rindu pada pada semua lebih lagi keluarga..kepada teman2..zahidah..teman.jauh selamat berjuang...ya..gambar2 nanti aku upload..ok..bbyee..doakan aku k..ada muqabalah lagi 2 hari...doakan tau..bbyee salam alaik

Saturday, September 06, 2008

Assalamualaikum semua!

Sesungguhnya aku merinduimu Singapura…Rasul bersabda: hubbul watan minal iman...cinta kepada negara merupakan sebahagian dari iman. MTQ antarabangsa 2008 di Terengganu, tempat kelahiran datukku, mengukir sejarahnya yg tersendiri dan aku juga sebahagian darinya krn setidak2nya aku beroleh tempat kelima(sorrylah nombor lima..pasal ada buat silap…dah usaha..tapi tu yg jadi..takdir kan namanya)..Cuma ia lebih manis..krn aku berkongsi markah dgn peserta Indonesia..kak Afrisah..ketika namaku diumumkan…gundah-gulana menjadi ceria..ada sinar cahaya yg kembali mengintai di dalam hati…Alhamdulillah..Allah amat memahami perasaanku..ujian dtg bertimpa2 …air mata menjadi teman setia..1) aku tak dapat gi azhar, 2) aku tak dapat gi konvokesyen MARSAH(bertembung dgn hari keberangkatan aku ke MTQ), 3) Anugerah ketua jabatan Usuluddin yg sepatutnya aku perolehi jatuh ke tgn org lain krn aku tak dapat hadir..dan tiada wakil dari pihak keluarga yg nak ambil(bapa aku dah berangkat…mak aku nak gi hospital…adik2 gi sekolah..ada exam semua), 4) Bacaan sebenarnya baik..tapi dicemari dgn satu kesilapan yg menjejas persembahanku di MTQ antarabangsa….Aku manusia biasa..bila teringat ini semua…perasaan bagai dihenyak2..teramat sedih sekali..lagi2 bila sorg2 kat bilik resort tu(Primula Beach Resort)…sedihkan?aku salu pujuk diri sendiri ni semua ada hikmah..tapi air mata terus keluar…nangis sendiri2 dlm bilik resort tu. Justeru pengiktirafan tempat kelima ini…merupakan anugerah dr Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang utk mengubat lara yang sudah lama bertakhta di dalam hati.

Yah..aku rapat dgn qariah-qariah dari pelbagai negara..alhamdulillah..di sana barulah aku benar2 merasakan betapa untungnya aku dihantar belajar di madrasah sepenuh masa di Singapura..MWTI…aku dapat berkomunikasi dgn baik dgn semua peserta krn aku boleh berbahasa Inggeris, Arab dan Melayu..kdg2 aku jadi penterjemah sesame peserta…ni bukan nak bangga ke apa..tapi utk semua pelajar2 Madrasah…kita benar2 BERUNTUNG…dan jgn sia2kan ilmu yg ada di dlm dada..yg masih menuntut di madrasah..belajarlah bersungguh2..usaha semaksima mungkin demi meraih ilmu Allah yang sentiasa memberi manfaat kpd kita di dunia dan akhirat.

Ramai kenalan yg aku dapat dr MTQ ni …peserta semua ramah sekali..aku rapat juga dgn naib johan antarabangsa Sharifah Khasif…dia byk motivate aku..syukran ya…, dia gembira aku dapat nombor lima...krn inilah julung2 kalinya MTQ antarabangsa mengumumkan lima peserta terbaik sempena menyambut ulang tahun yg ke 50. Dia ckp “Ah huda..kan kak dah ckp…huda boleh…huda ada potensi tinggi..bykkan latihan lagi supaya dapat lahjah arabiy…lagipun huda ada terbuat silap sikit…tu je…kalau tak…..:)”. Alhamdulillah ramai yg support..ahli keluarga di Terengganu pun support…aku dapat ziarah keluarga di Terengganu..bestlah juga..gi rumah kampong..mrk tumpang gembira dgn prestasi aku di MTQ antarabangsa.

Syukran kpa Md Syamir sekeluarga(qari Singapura), dia byk bantu akulah juga..igt tak kitorg lari2 kejar kapal terbang..nasib baik tak terlepas kapal terbang masa transit di KL..HEHE..sekali tunggu punya tunggu beg luggage kat lapangan terbang Terengganu..tak kua2 kat belt…rupanya beg tak sempat masuk kapal terbang…jadi kitorg dihantar ke resort dahulu(ada kereta ambil…hehe) next flight baru beg kita sampai..mlm baru leh tukar baju semua..kecoh…dan terima kasih kepada adiknya..Sakinah..kerana bantu aku pakai tudung biru tu…sampai naik lenguh tgn pin tudung, last2 call bilik syamir..suruh adik dia dtg bilik aku utk bantu aku…hehehe..buat lawak huda ni..almaklumlah tak biasa pakai tudung belit2.

Akhir sekali…aku happy dapat bebual Arab dgn Yerkin..peserta lelaki(jgn salah sangka)…hehe dia dari Kazakhstan…tp bekas pelajar university Islam di Lubnan..dia naik kapal terbang dgn aku…dia cam taajjub org singapura leh ckp Arab..Syamir pun leh ckp Arab kan..jadi dia senang bebual dgn kitorg..krn org lain susah nak ckp arab…alhamdulillah..semua berjalan dgn lancar dan aku selamat sampai ke Singapura tepat 8 mlm..dan dapat menatap wajah ustaz tersayang..Ustaz Fadzuli Bajuri…buat kali terakhir di terminal 3 sebelum aku pulang ke rumah dan terbang ke Syria pukul 3 pagi ..terharu dia dtg ambil aku..:) dia dgn isteri..cucu dan menantunya..:) syukran ustaz..jasamu dikenang sepanjang hayat…Cuma..takda satu pun org MUIS yg tunggu kepulanganku di airport…kalau korg jadi aku apa korg rasa? Mesti korg ‘happy’ kan? Mmg aku terkilan…bukan aku harapkan sangat..tapi sape yg tak sedih…kita ni represent negara…dahlah takda pengiring dan jurulatih..balik..takda org ambil…nasib ada mak cik aku ambil aku..bcoz ummi kat rumah tgh siapkan brg2 syria aku…bapa aku pula otw balik dr terengganu ke singapura..mmg aku menghargai jasa MUIS dalam menganjurkan MTQ di Singapura…tapi…masih ada beberapa perkara yg harus diambil berat..kalaulah begini je….ia boleh menjejas prestasi qari dan qariah Singapura…dan sampai bila harus begini? Adakah soalan ini menemui jawapannya? Kita nantikan saja…

Sebelum terlupa..aku nak ucapkan setinggi2 terima kasih kepada ummi dan abuya yg banyak menyokong…ummi siapkan beg Syria kat rumah…abuya sanggup tggl kan kerjanya 7 hari demi anaknya dan dari terengganu turun ke KL dan kembali ke terengganu...krn buat VISA Syria aku..barakallhufiika ya abii…kpd adik beradik yg tercinta yg tak putus2 kasi kata2 semangat, teman2 setia dan Kak Lindah serta MUIS..SYUKRAN JAZILAN…barakallhu fiikum
Sampai sini dulu..bye..salam