Assalamualaikum semua!
Sesungguhnya aku merinduimu Singapura…Rasul bersabda: hubbul watan minal iman...cinta kepada negara merupakan sebahagian dari iman. MTQ antarabangsa 2008 di Terengganu, tempat kelahiran datukku, mengukir sejarahnya yg tersendiri dan aku juga sebahagian darinya krn setidak2nya aku beroleh tempat kelima(sorrylah nombor lima..pasal ada buat silap…dah usaha..tapi tu yg jadi..takdir kan namanya)..Cuma ia lebih manis..krn aku berkongsi markah dgn peserta Indonesia..kak Afrisah..ketika namaku diumumkan…gundah-gulana menjadi ceria..ada sinar cahaya yg kembali mengintai di dalam hati…Alhamdulillah..Allah amat memahami perasaanku..ujian dtg bertimpa2 …air mata menjadi teman setia..1) aku tak dapat gi azhar, 2) aku tak dapat gi konvokesyen MARSAH(bertembung dgn hari keberangkatan aku ke MTQ), 3) Anugerah ketua jabatan Usuluddin yg sepatutnya aku perolehi jatuh ke tgn org lain krn aku tak dapat hadir..dan tiada wakil dari pihak keluarga yg nak ambil(bapa aku dah berangkat…mak aku nak gi hospital…adik2 gi sekolah..ada exam semua), 4) Bacaan sebenarnya baik..tapi dicemari dgn satu kesilapan yg menjejas persembahanku di MTQ antarabangsa….Aku manusia biasa..bila teringat ini semua…perasaan bagai dihenyak2..teramat sedih sekali..lagi2 bila sorg2 kat bilik resort tu(Primula Beach Resort)…sedihkan?aku salu pujuk diri sendiri ni semua ada hikmah..tapi air mata terus keluar…nangis sendiri2 dlm bilik resort tu. Justeru pengiktirafan tempat kelima ini…merupakan anugerah dr Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang utk mengubat lara yang sudah lama bertakhta di dalam hati.
Yah..aku rapat dgn qariah-qariah dari pelbagai negara..alhamdulillah..di sana barulah aku benar2 merasakan betapa untungnya aku dihantar belajar di madrasah sepenuh masa di Singapura..MWTI…aku dapat berkomunikasi dgn baik dgn semua peserta krn aku boleh berbahasa Inggeris, Arab dan Melayu..kdg2 aku jadi penterjemah sesame peserta…ni bukan nak bangga ke apa..tapi utk semua pelajar2 Madrasah…kita benar2 BERUNTUNG…dan jgn sia2kan ilmu yg ada di dlm dada..yg masih menuntut di madrasah..belajarlah bersungguh2..usaha semaksima mungkin demi meraih ilmu Allah yang sentiasa memberi manfaat kpd kita di dunia dan akhirat.
Ramai kenalan yg aku dapat dr MTQ ni …peserta semua ramah sekali..aku rapat juga dgn naib johan antarabangsa Sharifah Khasif…dia byk motivate aku..syukran ya…, dia gembira aku dapat nombor lima...krn inilah julung2 kalinya MTQ antarabangsa mengumumkan lima peserta terbaik sempena menyambut ulang tahun yg ke 50. Dia ckp “Ah huda..kan kak dah ckp…huda boleh…huda ada potensi tinggi..bykkan latihan lagi supaya dapat lahjah arabiy…lagipun huda ada terbuat silap sikit…tu je…kalau tak…..:)”. Alhamdulillah ramai yg support..ahli keluarga di Terengganu pun support…aku dapat ziarah keluarga di Terengganu..bestlah juga..gi rumah kampong..mrk tumpang gembira dgn prestasi aku di MTQ antarabangsa.
Syukran kpa Md Syamir sekeluarga(qari Singapura), dia byk bantu akulah juga..igt tak kitorg lari2 kejar kapal terbang..nasib baik tak terlepas kapal terbang masa transit di KL..HEHE..sekali tunggu punya tunggu beg luggage kat lapangan terbang Terengganu..tak kua2 kat belt…rupanya beg tak sempat masuk kapal terbang…jadi kitorg dihantar ke resort dahulu(ada kereta ambil…hehe) next flight baru beg kita sampai..mlm baru leh tukar baju semua..kecoh…dan terima kasih kepada adiknya..Sakinah..kerana bantu aku pakai tudung biru tu…sampai naik lenguh tgn pin tudung, last2 call bilik syamir..suruh adik dia dtg bilik aku utk bantu aku…hehehe..buat lawak huda ni..almaklumlah tak biasa pakai tudung belit2.
Akhir sekali…aku happy dapat bebual Arab dgn Yerkin..peserta lelaki(jgn salah sangka)…hehe dia dari Kazakhstan…tp bekas pelajar university Islam di Lubnan..dia naik kapal terbang dgn aku…dia cam taajjub org singapura leh ckp Arab..Syamir pun leh ckp Arab kan..jadi dia senang bebual dgn kitorg..krn org lain susah nak ckp arab…alhamdulillah..semua berjalan dgn lancar dan aku selamat sampai ke Singapura tepat 8 mlm..dan dapat menatap wajah ustaz tersayang..Ustaz Fadzuli Bajuri…buat kali terakhir di terminal 3 sebelum aku pulang ke rumah dan terbang ke Syria pukul 3 pagi ..terharu dia dtg ambil aku..:) dia dgn isteri..cucu dan menantunya..:) syukran ustaz..jasamu dikenang sepanjang hayat…Cuma..takda satu pun org MUIS yg tunggu kepulanganku di airport…kalau korg jadi aku apa korg rasa? Mesti korg ‘happy’ kan? Mmg aku terkilan…bukan aku harapkan sangat..tapi sape yg tak sedih…kita ni represent negara…dahlah takda pengiring dan jurulatih..balik..takda org ambil…nasib ada mak cik aku ambil aku..bcoz ummi kat rumah tgh siapkan brg2 syria aku…bapa aku pula otw balik dr terengganu ke singapura..mmg aku menghargai jasa MUIS dalam menganjurkan MTQ di Singapura…tapi…masih ada beberapa perkara yg harus diambil berat..kalaulah begini je….ia boleh menjejas prestasi qari dan qariah Singapura…dan sampai bila harus begini? Adakah soalan ini menemui jawapannya? Kita nantikan saja…
Sebelum terlupa..aku nak ucapkan setinggi2 terima kasih kepada ummi dan abuya yg banyak menyokong…ummi siapkan beg Syria kat rumah…abuya sanggup tggl kan kerjanya 7 hari demi anaknya dan dari terengganu turun ke KL dan kembali ke terengganu...krn buat VISA Syria aku..barakallhufiika ya abii…kpd adik beradik yg tercinta yg tak putus2 kasi kata2 semangat, teman2 setia dan Kak Lindah serta MUIS..SYUKRAN JAZILAN…barakallhu fiikum
Sampai sini dulu..bye..salam
No comments:
Post a Comment