Gambar Aa gym dan isteri pertama...Teh Ninih(berbaju merah) ......Alfarini Aridani ....(bertudung putih)
Pendakwah Indonesia termasyhur Aa Gymnastiar berPOLIGAMI.
Bismillahirrahmanirrahim
Isu poligami semakin menjadi bicara harian. Itulah yang dapat aku amati, lebih2 lagi sejak Aa Gym, seorang pendakwah Indonesia yang aku kagumi telah berkahwin buat kali kedua! Aa Gym BERPOLIGAMI....
Bagi aku, sebagai muslimah sejati, wanita tidak perlu terlalu mengikut nafsu dan emosi dalam menghadapi ujian POLIGAMI. Memanglah berat...aku juga perempuan...aku faham..wlu aku belum merasainya...ttp aku dibesarkan dalam keluarga yg berpoligami.
Sudah maklum, poligami tidak salah di sisi Islam...TETAPI wahai kaum lelaki, berfikirlah beribu2 kali sebelum kamu berpoligami! Aa Gym yang mampu dari segi KEWANGAN, dari segi FIZIKAL DAN MENTAL..pun mengambil masa 5 thn berfikir ttg kptusannya itu....dan beliau begitu b' tanggungjawb mendidik isterinya untuk bersedia menerima poligami selama 5 THN!...bukan tiba2 main kawin je...takda angin takda ribut...
Cuma aku jengkel...dgn liputan media yg berlebih-lebihan ttg perkahwinan kedua Aa Gym dengan seorang janda beranak 3, Alfarini Aridani. Kadang2 media ni suka menambah2 cerita...jadi org yg tak fikir secara mendalam..akan terus membenci POLIGAMI...dan akan mula timbul benih2 kebencian terhadap Aa Gym.
Bagaimanapun, kita sebagai wanita, harus bersedia dgn segala kemungkinan bila berumahtangga...itulah ujian yang paling DAHSYAT buat hati wanita..cuma aku salu fikirkan...jika aku dipoligamikan(dalam hati ckp "betul ke kau tabah huda?"..hehehe..tapi klu ....klu je..) setiap kali hati bagai dirobek, anggaplah ia sebagai seribu langkah ke arah syurga yang menanti dan ingin menyambut kita dengan PAYUNG EMAS, tak mahu ke? tak semua org dapat tau! Gold medal pun kalah, jauh berbeza....bagai langit dgn bawah tanah..:)
'Ala kulli hal, sucikan hati kita dari segala sifat ghurur duniawi dan hiasi dgn sifat2 mahmudah...mmg berat wahai teman, tapi percayalah Allah tak akan sia-siakan MUJAHADAH atau PERJUANGAN serta PENGORBANAN seorang wanita!
Akhir kalam......impian diri ingin menjadi isteri pertama...insyaAllah....kabulkan impianku ini...andai aku diuji...hiasilah diri ini dengan kesabaran dan ketabahan yang paling agung! Amin...
You must be bold and strong!
No comments:
Post a Comment