Salam alaik everyone,
Please read this 'sajak'(Malay poem)...this 'sajak' was dedicated by me for Allahyarhamha Sister Nailul Karimah, my ex junior at MWTI.
Nailul Karimah
(sajak khas untuk arwah pelajar Nailul Karimah)
Nailul Karimah
Capaian kemuliaan
Itulah gerangannya
Indah didengar
Manis diungkap
Peribadimu lambang setia
Raut wajahmu comel ceria
Peribadimu teguh seribu
Identiti muslimah tersemat jitu
Tempat bertemu Kelab Al-Quran
Kelab Al-Quran pemangkin ukhuwwah
Aku ber ‘tarannum’
Kau khusyuk mendengar
Tekun fokus
Rajin konsisten
Tempat beratur bertukar salam
Senyum terukir mesra disulam
Setahun sudah diri mengenal
Graduan MWTI aku digelar
Berpisah kita kerana berjuang
Berjuang demi menuntut ilmu
Pemergianmu Nailul Karimah
Hati berombak ganas
Gundah-gulana kuasai jiwa
Aku percaya
Imanmu masih jitu bak kubu
Aku benci kata-kata dusta itu
Aku yakin
Kau aman di sana
Pemergianmu Nailul Karimah
Walau pahit aku redhai
Rencana Ilahi aku akui
Hanya doa untuk rohmu
Hanya Al-Fatihah hadiah untukmu
Moga Syurga Firdausi menjadi milikmu
Amin
Buah Pena: Nurul Huda Binti Khamsani ( Bekas senior kepada arwah Nailul Karimah, sekarang menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Islam Johor (MARSAH) )
I miss her so much, however I know I must be really strong!
2 comments:
Kk huda!! touching uh.. mcm nk menitiskn air mata.. da bergenang.. tp tk menitis.. haha! sede uh.. :(
Huda! so kire ni tak jadi nak hantar kat BH ke sajak indah ni? :)
Post a Comment