Rindu ku pada tanah air kian membara
Assalamualaikum semua
Rasanya dah lama betul tak update blog ni kan?Apa khabar org2 Singapura? Ermm..semakin hari..rasa rindu tu semakin menebal…tapi takpa…diri ini masih mampu bertahan..another 6 more months to go,biiznillah.
Ok..Skrg ni aku citekan ttg Universiti Torablus. Aku skrg di thn 4 dalam takhassus Syariah/Dirasah Islamiah. Mcm combination of usuluddin dan syariah..so nilah pelajaran2 yg harus kupelajari sampai bulan 6 ni..
1) Al-Quran
2) English
3) Balaghah
4) Tafsir
5) Fiqh(jenayah)
6) Fiqh (Muqaran)
7) Muqaranatul Adyan
8) Al-fikr As-Siyasiy
9) Hadith
10) Qadaya Al-mu’asorah
11) Al-hadarah Al-Islamiah
12) Usul Fiqh
13) Qawaid Fiqh
14) Qanun
So. Doakan aku dan Kak Linda..periksa bulan 3 ni..bagi 6 pelajaran..tapi masuknya satu buku..tebal2 pulak tu..untuk pengetahuan umum…university ni takda guru 4 this year..Torablus ni sebenarnya di Lubnan..tp cabangnya di sini..so nak tak nak..kita kene cari guru sendiri…Alhamdulillah dah dapat guru..Cuma kita kene rajin murajaah sendiri dan tak boleh mudah bosan..cabarannya berat sangat..semoga Allah mempermudahkan urusan kami..Amin
Sekarang ni tgh musim sejuk..bulan lepas ada turun snow sikit..sejuk sgt2…tp skrg dah ok sikitlah..aku dah boleh cope dgn kesejukan di sini..semoga Allah sentiasa melindungi aku dari sebarang penyakit.
Alhamdulillah, aku dah start kongsi ilmu tarannum di rumahku, Hannan…Alhamdulillah rakan2 ceria sekali dan menunjukkan minat yg mendalam untuk menimba ilmu Allah dan menjunjung sunnah…teringat kak Wani..dulu..di MARSAH..aku salu bertarannum dgn dia..dgr2 dia nak ziarah Syria…dtglah kak wani!dah lama sey tak jumpa..semoga kak wani cemerlang di Yarmuk.
Aku sekarang ni sedang sibuk belajar untuk persiapan exam..seram rasanya..sambil2 tu masih menunggu ketua unit ekonomi utk buat meeting dgn aku….kalau lagi cepat meeting lagi baguskan?dgr2 brg2 yg nak diperniagakan dah ada..so tunggu apa lagi? J..
Sebenarnya..hidup kat Syria ni byk mengajar aku erti kehidupan..hidup di dalam rumah yang mempunyai 11 org penghuni..mengajar aku erti tolak ansur, disiplin dan peka terhadap keadaan sekeliling. Giliran masak, mandi, basuh baju, sidai baju..angkat baju,gosok baju harus ditaati..kalau tak..kiamatlah dunia. Kebersihan pulak amat dititik beratkan di Rumah Hannan yg terletak kat atas bukit ni(bukan tinggi sgtlah..tapi tinggi juga..sape yg tak biasa dtg..bila kita buka pintu je..pasti terdgr bunyi nafas dia naikturun2..hehehe). Dua minggu sekali aku ada duty basuh atau bersihkan tempat2 tertentu di rumah..setiap hari jumaat..example toilet atau dapur..dapur paling lengit..tapi takpa..kita kene belajar berdikari kan?kalau kat rumah sendiri di sg..mungkin tak semua benda2 ni kita buat…lagi satu..dah masuk toilet…sape yg mandi rambut atau tak…kene angkat rambut dgn pisau kecil yg telah disediakan…sebelum keluar toilet..wajib tarik air di lantai dgn penarik air dan susun selipar…kalau tak ..kene DENDA 25 lira…rendam baju pun takleh lama2..2 hari je..lebih je kene DENDA…boleh jadi peuh ‘TABUNG TABAH’ di rumah kita..hehehe…tapi hidup ramai2 ni best tau..byk perkara yg kita boleh berkongsi bersama..kat rumah aku..ada kompang dan alat2 nasyid..so kdg2 kita nasyid bersama..solat jemaah..baca ruqyah dan tadarus bersama..tgk video sama2, ‘Menyemai Juara’ pun dorg dah tgk….mkn sama2..Cuma tido je lain2..hehe..aku tdo paling awal …tp bgn pun awal tau..:)..kalau tak, bahaya juga. Rakan2 ni ada je yg salu buat kelakar..kdg2 terhiburlah juga..ada yg betul2 berdisiplin..sape yg tutup lampu bila kua bilik je..kena ah..hehe..ada yg senyap2 tp berisi dan pandai..so kitorg salu tukar2 pandangan dan kongsi pengalaman..alhamdulillah..at last..i love Hannan!
Ermm..sebenarnya aku dah lama nak upload gambar2 kat blog..tapi takda kesempatan..but I will try my best..nt post..insyaAllah ada gambar2 ya..gambar2 di sekitar Syria.:)
Bye..salam alaik
No comments:
Post a Comment