Assalamualaikum semua,
Rindunya..dah lama rasanya tak update blog, smpi kene sound dgn org2 tertentu…
Lega sikit dah habis periksa penggal 1..alhamdulillah. Walaupun aku rasa ada pelajaran yg aku hentam merepek2 bila tulis..aku tetap gembira dan bersyukur krn aku dapat lalui saat2 peperiksaan yg paling getir dlm hidup aku dgn baik. Aku tak pernah rasa ‘tak bersedia’ sblm masuk periksa. Tapi imtihan yg lalu mengajar aku erti kesabaran. Terus terang mmg ada pelajaran yg aku buka satu hari sblm periksa..ini disebabkan buku2 yg lambat sampai ke tgnku dan syllabus yang bertukar2. Justeru, masa untuk buat persediaan awal begitu suntuk sangat2. Namun aku tak akan mengaku kalah..andai gagal(nauzubillah), aku akan bangkit semula dan bekerja keras utk retake atau berjuang dlm daur thani(peluang kedua bagi sape yg gagal). Ada 6 pelajaran . Ya ALLAH jgnlah kau gagalkan aku dlm kesemua pelajaran ini…kau harus tabah huda! Perjuangan masih panjang!Doakan aku dan juga Kak Linda.
Skrg, aku harus bijak membahagikan masa. Alhamdulillah, buku penggal 2 byk yg dah dapat, so aku akan cuba sedaya upaya utk buat yang lebih baik untuk imtihan akan dtg. Sejarah tak mungkin akan berulang ..Pisang tak akan berbuah 2 kali…itu AZAM insan yang bergelar Nurul Huda Binti Khamsani!Biiznillah.
Baru2 ni aku terpelecok lagi..hehehe..tapi kaki kanan..alhamdulillah tak teruk sangat, haiz..ada2 je..flat surface pun leh terpelecok..doakan aku selamat.
Ermm..hari jumaat yg lepas,ada workshop di Embassy(rumah syabab 3 tingkat yg salu dijadikan markaz utk buat majlis2 rasmi)..ni anjuran unit kebajikan, ta’lim dan R&D. Aku sejak seminggu sebelum tarikh workshop ni , aku rasa tak sabar nak tau isi workshop ni. Memanglah workshop ni maudu’ dia mengenai exam..stress..time management..ada kuiz semua…tapi, yg paling penting aku nak tgk Khadijah Md Hussain, teman sebilikku member ceramah tentang persiapan exam! Ada panel2 lain..ia semacam 1 forum. Namun pada 6/3/09…pada pagi jumaat, aku diminta utk menggantikan salah satu ahli panel yang tak dapat hadir..FUH! nasib baik tak pengsan..hehe..mula2 mcm tak nak…tapi bila dgr topic dia “bagaimana caranya utk menangani stress dlm peperiksaan”, hatiku tergerak untuk menerimanya demi kemaslahatan semua..lagipun aku baru sahaja habis periksa..masih fresh kenangan2 stress dalam fatrah imtihan..wlupun nmpk mcm tak stress..haha..so..aku rela utk berkongsi bersama..wlu permintaan ini sungguh last minute..
Forum berjalan dgn lancar..soal jawab begitu menarik…ada je ahli panel nak buat lawak..dgn pendengar2 yg boleh tahan kecoh dlm memberi respon. Terhiburlah juga, rasa bersyukur dan gembira dapat berkongsi pengalamanku dgn akhawat dan syabab Syria serta tetamu2 dr Mesir , pelajar2 yg menuntut di Al-Azhar..antara yg ku kenal..Faris dan kak Mustafiah. Tak sabar2 nak tgk Khadijah kasi talk..sekali aku pula yg kene duduk sebelah dia sebagai rakan panel..hahaha..kelakar ah saat2 tu. Btw, aku sempat mengarang 1 pantun khas untuk tetamu2 dari mesir dan dapat menyampaikan pantun 4 kerat ini di depan pendengar2 yang lain di akhir ‘talk’ aku yg hanya diberi masa 15 minit. Pantunnya berbunyi:
Tetamu mesir kita raikan,
Senyum di bibir tak pernah lekang;
Jangan murung hindari tekanan,
Ingat Allah hati tenang
“Haa….jawab…jawab jgn tak jawab..jawab faris..” hehehe..bergema suara2 syabab dan menoleh ke arah faris…kesian dia..tak bersalah..aku punya pantun pun bukan pantun soalan…tak perlu jawapan k. Sesi soal jawab pun berjln dgn rancak wlupun soalan2 begitu terhad.
Antara soalan2 yg ditanya:
1) Knp kita harus stress?..kan islam agama yg positif (lebih kurang gini)
Ahli panel menjawab (Akh Shahrin- Bekas peunutut Abu Nur-Diploma Dakwah dalam Bahasa Inggeris):
“Memang stress tidak digalakkan dlm Islam.. tetapi seperti mana yg ukht kita ckp(aku..hehe)..ia adalah satu fitrah yang kadang2 hadir tanpa kita sedari, tapi kita harus bijak mengawalnya”(lebih kurang lah jawapan dia camni)
2) Bagaimana nak jadi seseorang yg ‘punctual’?
Ni soalan untuk aku..seram lah juga dgr soalan ni..tp aku cuba jawab juga..
“Ingat hadith Rasul..izaa wa’ada akhlafa, yg bermaksud: jikalau dia berjanji, dia akan memungkiri janji tersebut..itu adalah tanda2 munafiq, jadi biar hadith ni tersemat di dalam kalbu dan kita tidak sewenang2 nya lambat setiap kali berjanji dgn org. Kita juga kene siap lebih awal dan peka dgn masa. Kita harus keluar dan siap lebih awal, kerana bila dah siap, kadang2 ada je benda terlupa atau nak buang air dan segala mcm aral boleh terjadi..so kene time..u siap berapa minit..kalau ana..pakai jubah dan tudung semua..1 minit leh siapJ..so hargai masa..masa itu penting..Allah sendiri bersumpah dgn Masa dlm surah AL-Asr.
3) Soalan bonus: Saya nak tunjukan soalan ni kepada speaker no. 3(aku..hehe)..anda mengatakan kita harus yakin apabila membuat kertas peperiksaan dan berfikiran positif ketika menghadapi soalan2 periksa, saya pernah merasa yakin dan menjawab semua soalan dgn sempurna..tapi bila keputusan keluar..saya gagal!
Adui…
“ Di sinilah, kita diuji, kalau kita dah usaha semaksima mungkin, kalau gagal juga terserah pd Allah..mungkin itu kaffarah bagi dosa2 kita, mungkin Allah nak uji keimanan kita…mungkin juga kita tak jaga pemakanan kita..akhlak kita. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah…jgn ingat ana budak pandai…jgn ingat ana tak pernah jatuh..percaya tak, ana pernah fail pelajaran Tauhid..test tauhid di MARSAH..(semua ternganga)..kawan2 lain ada yg full mark..ana fail..krn silap faham soalan..padahal dah baca semua..takda yg ana tinggal..sampai ustaz yg berasal dr mesir tegur ana dan beritahu: “Aku tahu kau mumtaz dlm kelas, tetapi aku tak tahu knp kau boleh fail dlm test ni..takpa ni mungkin ujian..oleh kerana kau mumtaz dlm kelas..selalu hadir dan tak pernah ponteng, aku tambahkan lagi 1 markah..alhamdulillah ana pass juga akhirnya” Jadi..kita jgn hilang keyakinan atau terlalu yakin bila menghadapi peperiksaan. Yang paling penting adalah usaha kita dan tidak mengaku kalah ketika menghadapi soalan2 peperiksaan. Bila gagal..muhasabah diri”
So.. aku nak share sikit dgn korg semua ttg intisari ‘talk’ yg telah ku sampaikan.
Cara2 nak atasi stress/depression dlm waktu peperiksaan
Tanda2 stress atau gugup:
1) Sakit perut, nak buang air
2) Menggigil seram sejuk dan nak muntah, jantung dag-dug2
3) Hati dan fikiran terasa sangat sempit
Cara2 utk atasi stress:
1) Senyum-think positive,aku belajar krn Allah..yabduu al amru so’ban lakinnahu mumkinan.
2) Nangis-lebih2 lagi kepada perempuan-ia melegakan apa yg ada di dalam hati..tp jgn berlebihan.
3) Luahkan pada org yg kita percaya-yg boleh motivate kita.
4) Jgn terganggu dgn paper2 yg lalu. Perkara yg dah lepas..jadikan pengajaran dan mengajar kita mengenal erti kesabaran, bukan makin menjatuhkan semangat kita. Allah bersama2 org yg sabar.
5) Logik-jgn belajar last min..tapi kalau terdesak..tetap think positive
6) Motivate yourself-bila berhadapan dgn paper exam yg susah.. “aku boleh melakukannya”Selagi soalan tu bukan meminta dalil dari ayat quran..gunakanlah segala ilmu yg ada di dlm dada untuk menggunakan uslub atau jawapan anda sendiri
7) Jgn lupa solat hajat/tahajjud dan tilawah. Keberkatan dan keredhaan dr Allah adalah yg paling penting dlm hidup kita. Solat dan tilawah..bukan lama sagat pun..10 minit pun cukup.
8) Hindari sifat marah dan cuba mengawalnya. Ini boleh mengganggu mood dan prestasi kita. Syeikh Naim, seorg alim yg ahli dlm bidang hadith di bumi Syria menggalakkan kita membaca doa ni..Allahumma aghnina bil’ilm wazayyinna bilhil, waakrimnaa bittaqwa walistiqamah wajma’ lana fi khairayiddunia wal akhirah
9) Semua terpulang pd diri anda..AL-IRADAH..Nak seribu daya, tak nak seribu dalih..kalau nak..anda akan Berjaya mengawal stress anda..kalau tak..anda akan merana
Ok itu saja…Cuma..esoknya..aku pergi BLUDAN…main snow dgn teman2 serumah..kak isma dan kak rozana dan anaknya yg cute..taqwa-tuqa...:) lihatlah gambar2 k..bye sampai sini dahulu..salam alaik.
p/s..jgn lupa ziarah BLOG persatuan pelajar2 singapura di syria(DMASYQ)..ada comments ttg kawin muda semua..bacalah k..leh tinjau2 pelajar2 syria camna..
1 comment:
salam...akk kos apa?pergi ke sana dengan ap...jika sy baru blajar arab cmna nk ke sana?
Post a Comment