Tuesday, May 26, 2009

Empat perkara PENJAMIN kesihatan..biiznillah

Alhamdulillah, sekarang ni dah masuk 2 minggu di rumah baru. Ia dekat dgn Abun Nour dan lagu jiharka yg dialunkan memalului selawat lepas setiap waktu azan mengubat rinduku pada tarannum jiharka…mendayu dan sedapnya hanya Allah sahaja yg tahu.

Masa kemas2 rumah lama..byk benda2 yg tak pernah nmpk timbul dengan gembiranya..hehe.
Antara yang menarik perhatian ialah majalah, novel,kitab2 ilmiah. Majalah ILHAM-karya Pelajar Naahad Tarbiah Islamiyah di Syria(PMTIS) memberiku ilham untuk memetik mutiara bicaranya yang menarik perhatianku di muka surat akhir, bil:005/04.


Empat perkara PENJAMIN kesihatan..biiznillah

Berkata imam As-Syafie Rahimahullah:
Empat perkara yang menguatkan badan:


1) Memakan daging
2) Mencium bau-bauan yang wangi
3) Membanyakkan mandi bukan kerana jima’(Maka kawan2 ku terutama ahli baitku..mandi lah ye..jgn malas2 mandi k, dah saif ni..hehe)
4) Memakai pakaian dari kain kapas


Empat perkara yang melemahkan badan:

1) Banyak melakukan jima’
2) Sering berduka cita
3) Banyak minum air sebelum makan
4) Banyak makan benda masam


Empat perkara yang menguatkan penglihatan:

1) Duduk menghadap Ka’abah
2) Bercelak sebelum tidur
3) Melihat benda2 yang berwarna hijau
4) Membersihkan tempat duduk



No comments: