Thursday, May 14, 2009

Assalamualaikum semua..

Bismillahirrahmanirrahim

Rasa lama betul tak update blog ni.

Banyak benda nak bilang antum semua..lagi2 yg ada di luar Syria

Ermm

1st: Exam akan bermula bln 6..persiapanku? Kali ni buku semua dah dapat ILLA Qadaya..call2..tak angkat org buku ni..masih dalam proses persiapan, ada 8 pelajaran..1 je aku dah betul2 sedia..hehe, nak tau apa? ENGLISH!haha..tapi betullah juga..ia ada buku yang harus dibaca..aku memang betul2 dah baca, buka action orang Singapore tak payah baca k! Sekarang tgh bertungkus lumus menghafal Surah Al-Maidah dan juz 27..tu mmg syllabus universitiku..dan aku juga tengah tumpu pelajaran Hadith..doakan ye..at least aku dapat cover 5 pelajaran tamam2 sebelum exam(tak termasuk English..hehe).

2nd :Result term 1 belum keluar2 lagi..berapa punya lambat da..aku punya credit hp boleh maut mcm ni..call je kerja aku..tapi tak dapat2 jawapan..takpa huda..sabar k, Allah bersama orang-orang yang sabar..doakan ia cepat keluar supaya hati ni tenang ya.

3rd: AGM DMASYQ baru2 ini berlangsung hebat! Ia memecah rekod masa terpanjang. Dari pukul 9 pagi(majority dah sampai…tepat pada janji beb..congrats! bukan senang majlis nak start tepat pada masa..ada je yg buat lmbt,org yang kendalikan majlis atau org2 dtg lambat) sampai pukul 6 lebih petang. Pada hari tersebut! Kita membuat anjakan paradigma..JANJI MELAYU KINI HEBAT! Saaayang korang semua yg datang tepat pada masa…syukran akhawat dan Syabab DMASYQ!(pasal idea aku kat meeting yang suruh start pagi2 buta pukul 9..hehehe..takut juga tak menjadi..but Alhamdulillah mereke terbukti BERDISIPLIN..ceyy…)
Orang2 lain(yg luar dr Syria) mesti hairan..asal lama sangat kan AGM kali ni? Aku rasa 1 je benda yang buat lambat. Buku perlembagaan DMASYQ dibaca dan ditukar apa yang patut. Ada 30 MUKA SURAT beb! Siapa tak setuju atau nak tokok tambah sesuatu perlembagaan yang dibaca oleh PRESIDEN DMASYQ yang lalu boleh menyuarakan pendapatnya. Ramai yang angkat tangan untuk memberi cadangan itu dan ini, semuanya bernas dan diperbahaskan, begitu terasa hakikat Mesyuarat agong apabila undi diminta melalui suara ramai bila sesuatu perlembagaan diubah atau dicadangkan…3/4 undi dari ahli amat diperlukan utk mengubah sesuatu perlembagaan.


Paling Best..saat berkempen..haha….mcm2 gaya ada, ada yang merendah diri supaya tidak dipilih dirinya..ada yang tak nak jawatan dipegang oleh turun kemurun(adik beradik..hehe)..ada yang memilih berdasarkan memang orang tu memang berkebolehan dan ada yang berdasarkan pengalaman sekolah sebelum2 ni. Cuma aku tak percaya..aku juga BERKEMPEN! Haha..smpi 3 org aku kempen..igt2 balik..nak ketawa pun ada..kene berdiri..kenalkan nama lagi..haha.Aku kempen Mardhiah Yusoff sebagai ketua akhawat dan Fadhli Ayyub Sebagai Presiden DMASYQ dan Kak Isma Sebagai exco. Aku kasi pelbagai sebab mengapa mereka harus memilih calon2 yg aku kempen ni. Agaknya apa perasaan org2 yang aku kempen tu eh?haha..sorry ah kalau korang malu..tapi demi keutuhan DMASYQ…wallahi aku sanggup. Cuma yang paling kelakar bila kempen calon Presiden..ada 3 sebab aku kasi..pertama: dia tak emosi, kedua: dia ada pengalaman sebagai bendahari DMASYQ sebelum ni dan beliau bertanggungjawab dalam tugasnya..yang ketiga ni aku saje nak kasi cukup tiga…cari punya cari..dapatlah idea…aku ckp..Dia leh belikan gas dan barang dapur utk Akhawat..:)gempaq sekejap! Kerana itulah yang dia janjikan kalau sape pilih dia jadi presiden masa dia dan Wildan hantar kertas nama2 exco yang dicadangkan ke rumahku 1 hari sebelum AGM..Sedangkan itu hanya gurauan semata2…takda kene mengena dgn yg hidup atau yang mati…Tapi kalau betul..apa salahnya kan? But FADHLI mmg berkualiti, itulah pendapat ramai.
Akhir sekali tibalah saat kemuncak..acara undi dan mengira undi(aku jadi juru kira..pening kepala kira). Alhamdulillah 2 dari kempenku MENJADI..hehe…maknanya mereka memang benar2 orang2 yg berkualiti! Syabas Mardhiah dan Fadhli..jgn takut..kita tak akan tuntut belikan gas k..hehe..Aku mengharapkan barisan pimpinan DMASYQ kali ini lebih mantap dan meneruskan perjuangan exco lama.


4th: Aku diundi menjadi ketua lajnah ta’lim(akhawat).Tengah kira2 undi sampai terganggu bila aku melihat code number aku bertambah…aduh..tugas berat ni..doakan aku dapat menjalankan tugas dgn sebaik2nya..Khadijah my best friend pula jadi Naib Ketua Akhawat…Hida, ahli rumah..jadi ketua kebajikan(akhawat)..agar kita semua menjadi pemimpin yang baik dan dapat berkhidmat pada ummah kelak.
Sorrylah..knp aku terangkan benda ni semua panjang lebar? Pasal aku nak org2 di luar sana sedar..Di Syria ni juga ada persatuan pelajar Singapura yang sedang membangun mempunyai aktiviti2 yang segar dan vibrant. Istiqamah dan Praktikal adalah matlamat tahun ini. InsyaAllah kita tidak ketinggalan dalam dunia hari ini.


5th : Aku akan pindah rumah baru! Ramai org igt Hannan nak pindah kerana rumah Hannan yg lama ni KERAS..ramai kene ganggu..termasuk AKU! Haiz come on lah people..rumah ni memang keras sejak dulu lagi..kalau pasal tu je..dah lama dah kitorg pindah..mmg ada syeikh pun suruh kita pindah but bukan senang semua sepakat nak pindah…antara org yg tak nak pindah..adalah aku..haha..lecey ah pindah2 ni..tapi bila mereka cakap kesihatan mereka terganggu krn rumah aku di passage way(dlm rumah) bumbung terbuka..ni bait arabiy namanya..hujan leh masuk..daun leh masuk..burung leh masuk(padahal pintu tertutup),byk binatang dah kua2..i mean serangga lah bukan harimau kea pa..hehe..banyak gila..mereka yg ‘budak angin’ pula salu burp gila2 bila syita’ dan sakit sampai berminggu2 bila masuk angin..rumah kita ni bila syita’(musim sejuk) lebih sejuk dari kat luar rumah…lebih baik tak payah balik rumah kan kawan2? Hehe…air org atas menitis2..aduh aku yg was2 ni bertambah was2..haha..geli pun ada..rumah lama ni ada lima bilik..kua bilik je..kene pakai selipar utk jln kat passageway..wajib tau..tu je yg buat aku tak suka nak kua bilik...abis bila org atas basuh rumah dia atau luar rumah dia…air yg mengalir kat tangga yg nak menuju ke rumah mereka leh tembus/bocor masuk rumah ktorg …bayangkan!air tembus dr atas tembok rumah korang terpancut2 tak berhenti2..tak ke panic? Lagi satu rumah kitorg jemur baju kat dlm rumah..and takda matahari…CUKUP aku rasa reasons ni utk buat kita pindah ke rumah yg lebih selesa..wlu aku rasa leceh..BUT aku akur rumah yang selesa dan bi-ah yang baik membina semangat seseorang.
Doakan aku jauh dari gangguan Jin dan syaitan. Sekarang ni aku tenang dari apa2 gangguan makhluk itu. Yang tak pernah aku dgr pasal aku kene ganggu ni..jgn terkejutlah..aku tak kene sampuk..Cuma gangguan je..so..takyalah risau..semua ahli rumah dah kuatkan pendinding masing2..kita baca ruqyah hari2..kene yakin je dgn ayat2 Allah dan pertolongan Allah. Makhluk itu LEMAH..MANUSIA HARUS KUATKAN IMAN DAN BERANI. Syukran atas sokongan semua. Segala yang terjadi ada hikmahnya, Ujian yg Allah beri anggaplah sebagai teguran yg membina peribadi seorang Muslim..Think Positive!


6th: Aku tak jadi balik thn ni,insyaAllah thn depan.

7th: Aku rindu Singapura..Mubarak kepada adik2 beradikku yang berjaya memasuki final MTQ Nasional...esecially to Tirmizi...johan sey org tu! igt jaga lupa diri..teruskan usaha dan jaga niat k.

8TH: Kak Linda..CEPAT2 BALIK SYRIA K..imtihan menunggu mu!

Sampai sini dahulu..jumpa lagi..banyakkan zikir ya teman2…sollu ala habibil Mustofa..

Salam.


No comments: