Thursday, April 05, 2007
Salam alaik teman2.....EXHAUSTED! itu sahaja yg boleh ku ungkapkan...doakan aku tabah k...bukan senang utk memenuhi permintaan semua org dalam kehidupan...yalah aku tak nafikan kadang2 kita kene bekerja keras...bak kekata Inggeris..."work extra mile"..kalau tak betul...betulkan lah k....Tapi manusia ada hadnya.....justeru aku harap aku terus tabah untuk menghadapi ranjau2 kehidupan. Aku salu pujuk diri aku dgn kalam Allah " laa tahzan innallaha ma'anaa"...kelegaan dapat kurasakan setiap kali kalimah itu terngiang2 di telinga dan bermain2 di bibir saban hari....doakan k...:)
Sunday, January 28, 2007
Assalamualaikum wr. wb....afwan kathiran krn dah lama tak update...kesuntukan masa! Ni skrg aku menunggu hari2 periksa,mggu depan periksa akhir bagi thn 2 di MARSAH..mggu ni hanya peperiksaan lisan je...Quran dan Tauhid..tp hari takda periksa apa2..jadi...adalah masa sikit utk update blog ni...
Ermmm tiba2 rindu mencengkam kalbu...zahidah,sri,khairunnisaa...farah,baitina..afad,salman....azim..fakhrur..tj
...rudy..asrory...adui semualah....ramai lagi yg aku rindu...semua pelajar2 sastera men 4 pun aku rindu...bila lagi aku dapat jumpa dgn korang semua?
Nasib baiklah di Singapura ni masih ada Khadijah...salu jumpa hujung minggu(itu pun di tempat kerja di Masjid Assyafaah), boleh lah aku luahkan apa yang terbuku di hati....di samping tu...alhamdulillah di MARSAH aku rapat dgn Kak Linda...bekas MWTI juga.
Aku mengharapkan doa dari semua utk aku melangkah jauh demi mencapai kejayaan cemerlang bagi imtihan kali ni...dan MusabaqahTilawah Al-Quran Nasional yang bakal tiba...sekian wassalam...
p/s: Kekata di atas disambung taip pada 4 april 2007....hehe..dari bulan 1 tertangguh...afwan ya semua ....
Monday, January 01, 2007
Salam AidilAdha
2 minggu yang lepas, terjadi suatu insiden yg begitu gempaq sekali di asramaku,Asrama Huurun'in, MARSAH.
Nak tau apa yg terjadi?
LELAKI ASING YANG HANYA BERSELUAR DALAM MENCEROBOH MASUK DARI ARAH TINGKAP BILIK KAWANKU PADA JAM 12.30 MLM DGN ILMU PukAU!
Alhamdulillah, pada mlm itu aku sudah selamat sampai ke Singapura(mmg salu balik hari Jumaat),kebetulan Ustazah Hamidah yg tinggal di tingkat 1 di asramaku bersama keluarga kecilnya baru sahaja berpindah petang itu. Selama ni beliaulah yg salu mengambil berat ttg hal ehwal pelajar2 puteri di asramaku, wlu dia bukan warden. Terasa benar2 kehilangan apabila beliau berpindah...nak jadi cerita mlm tu juga SEORANG LELAKI ASING(maknanya bukan pelajar lelaki MARSAH atau ustaz..)..ceroboh masuk 2 buah bilik asrama!
Pada hari Jumaat :
Selalunya jam 12 30 mlm,penghuni asrama masih segar -bugar, bersengkang mata utk belajar atau membuat aktiviti masing2, tapi pada mlm tu semua penghuni di tingkat 3(asramaku ada 4 tgkt)..tertidur..takda satu pun yang terjaga...dan pada waktu itulah LeLaki jahannam tu masuk melalui arah tingkap! Bila dia masuk..tiada seorang pun terjaga....pelajar2 puteri di tgkat2 lain semua dalam bilik(padahal salunya merayau2 ke bilik kawan2..pelikkan?)...tapi ada seorang pelajar perempuan ni ...Farhanah namanya, seorang pljr dari kuliah Tahfiz baru turun dari tingkat 4(tidak pasti dia dari mana..mungkin musolla)..dia kebetulan tggl di dorm "tu"...so...apalagi bila dia buka pintu..dia nmpk lelaki tu tgh menyangkung dgn hanya pakai seluar dalam....dia pekik sekuat2kuatnya...terus org tu lari ke arah tingkap dan terjun!..eii...geli aku...geram pun ada!..bila dah dgr farhanah pekik..baru kawan2 sebilik bangun..mrk terkejut besar dan gementar sangat2! Kesian Farhanah....fobia tahap maksima!
(selain ceroboh...lelaki tu ada mencuri barang2 mrk)
Hari sabtu:
Dia cuba masuk lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! di bilik yg sama....mmg kurang ajar kan ni jantan ? Tak serik langsung! Padahal Pelajar2 lelaki kelas aku(Usuluddin tahun 2) ada jaga di bawah...camna leh terlepas pandang?Apa ilmu jantan ni pakai?Ilmu sihirnya begitu kuat...mungkin Allah nak uji pljr lelaki agar terus sabar utk lebih perbanyakkan zikir dan doa...utk benteng pertahanan diri!....Tapi mmg benarlah....kekuatan ayat2 Allah tiada tolok bandingnya...lelaki tu mmg berjaya panjat tingkap....dan dapat menggegarkan tingkap...tetapi gagal masuk ke bilik itu!
Tingkap telah diikat kuat oleh penghuni asrama...alhamdulillah....tapi....percubaan itu sudah cukup bahaya....krn ini sudah masuk hari yg kedua berturut2!
Hari Ahad:
Pelajar lelaki makin meguatkan benteng2, terharu juga aku dgn pengorbanan tenaga dan masa mereka..mereka sanggup tak tidur utk jaga keselamatan pljr2 perempuan sampai jam 5 pagi...pengorbanan antum tak dapat kami nak balas
...syukran ya banin. Lepas 5 pagi tu....selepas pelajar lelaki pulang ke asrama mrk(kesian penat mereka...patutlah kat kuliah ada yg ter"angguk2" bila ustaz mengajar..heeehehee)....kawan aku satu ni..Nuraini terdgr satu jeritan geram yg amat kuat dari arah bawah!...something like this ah bunyinya....grhahhhhhhhaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 3 kali!...naik bulu roma aku..hehe...(padahal time tu kat S'PORE) :) , lelaki tu geram tak dapat masuk....krn mungkin ilmunya itu cair dgn bacaan2 ayat Allah yg lebih mampat dari banin(di bawah) dan banat(di bilik masing2)...Subhanallah...
Pendekkan cerita(sebenarnya mcm2 terjadi....tak abis..kalau nak tulis ni..ni pun aku ada kerja sikit nak buat...sorry ye tak dapat ceita pnjg2)...Ustaz saling silih berganti jaga asrama...dan ruqyah telah diberi kepada setiap pelajar banat untuk membacanya setiap mlm setelah baca Surah Al- Baqarah mengikut kumpulan.
Akhirnya dgn kerjasama polis.....Lelaki itu tertangkap jua!...Allahuakbar!...bestkan? Sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua..ini kerana Farhanah cam muka lelaki itu dari tepi...dia bukan org malaysia...mungkin pekerja binaan di Ma'had Johor(sebelah je dgn asrama aku)....kebetulan ma'had tgh buat renovation!...dia ambil kesempatan pulak..kebetulan ustazah hamidah ckp....org tu jugalah yg asyik tanya ustazah ptg jumaat tu ttg perpindahan ustazah...kepo benar...patutlah rupanya "ada udang di sebalik batu"..ada plan lain rupanya.Ermm...Selepas solat istikaharah....farhanah....diarah oleh polis utk menuju ke satu bilik yg mempunyai barisan lelaki(pekerja2 binaan)...utk tunjuk mana satu lelaki yg dia nmpk pada malam tu...semuanya memakai seluar dalam(hehe kesian farhanah..nasib baik kawan aku tu pakai purdah, at least lelaki2 yg lain tak lihat muka dia...adui paiseh nya...tapi demi kebenaran dan keadilan dia sanggup)...alhamdulillah tertangkap juga akhirnya
Akhir kalam, apa yg berlaku ada hikmahnya....wahai pelajar2 perempuan jagalah aurat fizikalmu dan jagalah hilai manja suaramu...agar kita selalu dilindungi Allah...Sekian...wassalam ..:) ilalliqa'
Saturday, December 09, 2006

Gambar Aa gym dan isteri pertama...Teh Ninih(berbaju merah) ......Alfarini Aridani ....(bertudung putih)Pendakwah Indonesia termasyhur Aa Gymnastiar berPOLIGAMI.

Bismillahirrahmanirrahim
Isu poligami semakin menjadi bicara harian. Itulah yang dapat aku amati, lebih2 lagi sejak Aa Gym, seorang pendakwah Indonesia yang aku kagumi telah berkahwin buat kali kedua! Aa Gym BERPOLIGAMI....
Bagi aku, sebagai muslimah sejati, wanita tidak perlu terlalu mengikut nafsu dan emosi dalam menghadapi ujian POLIGAMI. Memanglah berat...aku juga perempuan...aku faham..wlu aku belum merasainya...ttp aku dibesarkan dalam keluarga yg berpoligami.
Sudah maklum, poligami tidak salah di sisi Islam...TETAPI wahai kaum lelaki, berfikirlah beribu2 kali sebelum kamu berpoligami! Aa Gym yang mampu dari segi KEWANGAN, dari segi FIZIKAL DAN MENTAL..pun mengambil masa 5 thn berfikir ttg kptusannya itu....dan beliau begitu b' tanggungjawb mendidik isterinya untuk bersedia menerima poligami selama 5 THN!...bukan tiba2 main kawin je...takda angin takda ribut...
Cuma aku jengkel...dgn liputan media yg berlebih-lebihan ttg perkahwinan kedua Aa Gym dengan seorang janda beranak 3, Alfarini Aridani. Kadang2 media ni suka menambah2 cerita...jadi org yg tak fikir secara mendalam..akan terus membenci POLIGAMI...dan akan mula timbul benih2 kebencian terhadap Aa Gym.
Bagaimanapun, kita sebagai wanita, harus bersedia dgn segala kemungkinan bila berumahtangga...itulah ujian yang paling DAHSYAT buat hati wanita..cuma aku salu fikirkan...jika aku dipoligamikan(dalam hati ckp "betul ke kau tabah huda?"..hehehe..tapi klu ....klu je..) setiap kali hati bagai dirobek, anggaplah ia sebagai seribu langkah ke arah syurga yang menanti dan ingin menyambut kita dengan PAYUNG EMAS, tak mahu ke? tak semua org dapat tau! Gold medal pun kalah, jauh berbeza....bagai langit dgn bawah tanah..:)
'Ala kulli hal, sucikan hati kita dari segala sifat ghurur duniawi dan hiasi dgn sifat2 mahmudah...mmg berat wahai teman, tapi percayalah Allah tak akan sia-siakan MUJAHADAH atau PERJUANGAN serta PENGORBANAN seorang wanita!
Akhir kalam......impian diri ingin menjadi isteri pertama...insyaAllah....kabulkan impianku ini...andai aku diuji...hiasilah diri ini dengan kesabaran dan ketabahan yang paling agung! Amin...
You must be bold and strong!
Friday, December 08, 2006
Please read this 'sajak'(Malay poem)...this 'sajak' was dedicated by me for Allahyarhamha Sister Nailul Karimah, my ex junior at MWTI.
Nailul Karimah
(sajak khas untuk arwah pelajar Nailul Karimah)
Nailul Karimah
Capaian kemuliaan
Itulah gerangannya
Indah didengar
Manis diungkap
Peribadimu lambang setia
Raut wajahmu comel ceria
Peribadimu teguh seribu
Identiti muslimah tersemat jitu
Tempat bertemu Kelab Al-Quran
Kelab Al-Quran pemangkin ukhuwwah
Aku ber ‘tarannum’
Kau khusyuk mendengar
Tekun fokus
Rajin konsisten
Tempat beratur bertukar salam
Senyum terukir mesra disulam
Setahun sudah diri mengenal
Graduan MWTI aku digelar
Berpisah kita kerana berjuang
Berjuang demi menuntut ilmu
Pemergianmu Nailul Karimah
Hati berombak ganas
Gundah-gulana kuasai jiwa
Aku percaya
Imanmu masih jitu bak kubu
Aku benci kata-kata dusta itu
Aku yakin
Kau aman di sana
Pemergianmu Nailul Karimah
Walau pahit aku redhai
Rencana Ilahi aku akui
Hanya doa untuk rohmu
Hanya Al-Fatihah hadiah untukmu
Moga Syurga Firdausi menjadi milikmu
Amin
Buah Pena: Nurul Huda Binti Khamsani ( Bekas senior kepada arwah Nailul Karimah, sekarang menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Islam Johor (MARSAH) )
I miss her so much, however I know I must be really strong!
I was so busy for the last few months and thanks to my dearest fren, Khadijah to make me remember to update my blog. I am now persuing my higher study at Institut Pengajian Tinggi Islam Johor (MARSAH). I will only came back to Singapore in weekend. So..insyaAllah I will try to update my blog every week :)
Monday, August 28, 2006

Assalamualaikum.. I can't deny to myself that to be a VERSATILE PERSON is not a simple thing. However,to achieve all that is possible, I must attempt the impossible. To be as much as I can be, I must dream of being more, persist on and move forward and tackle all obstacles along the way. I can never say "I cannot" but I must always say " I CAN". My dream is the promise of all i cam become. I hope the Muslims can pray for me to be a versatile qariah :) .