Wednesday, December 17, 2008

Aku kembali!

Salam alaik semua!

Bukan niat di hati utk membiarkan blog ni terus terbiar tanpa disirami tinta2 elektronikku.
Nak tau kenapa aku senyap seribu bahasa? kat rumah aku takda wireless, dan sebulan lebih laptopku rosak, kat cc yg selama ni aku pergi...takleh view blog aku pun...bunga2 tu takleh dipicit langsung..nak update takda icon font dan colour semua, takda icon gambar dan video..hari nilah antara hari yg paling selesa aku masuk internet..di Cyber Cafe terbaik dan terpantas..Net Land..jauh beb dari rumah aku...tapi demi blogku..aku berkorban juga..hehe..alhamdulillah.

Terlalu byk perkara yg terjadi sepanjang aku menghilangkan diri dr blog tersayang ni. Aku akan ceritakan satu persatu ye...

1)Minggu lepas... Kakiku terpelecok teruk k masa otw nak gi dars Syeikh Na'im di Jami' Al-Iman, time tu pulak, tgh jln cepat mcm askar..gelap subuh masih terasa..ada satu step ni..tinggilah juga..dgn kecepatan dan ketangkasan yg luar biasa aku turun...tanpa disedari ada lekuk yg dlm k di situ..KETEKKKUK!releks2..huda tak jatuh...tapi terpelecok je..tapi kesan dia lebih dr 1 minggu..aku sekarang pakai selipar..bengkak lima hari..terima kasih kepada ahli bait yg byk menyokong..:)..sempat lagi aku gi Basrah...dgn kaki yg mcm tu..insyaAllah nak gi X ray...bapaku suruh..just check takut apa2..skrg dah leh jln dah...cuma masih terasa sakit sikit.

2) Aku dengan rasminya telah menjadi pelajar thn 4 di Universiti Torablus..cabang lubnan. Sesungguhnya ni semua ketentuan Allah. Doakan perjuanganku..pnjg cerita kalau nak ckp pasal universiti ni...lain kali aku cerita k

3) Hari ni sedih dan terperanjat sikit..ummiku skrg tgh menjalani pembedahan kaki...terpelecok juga...mungkin lebih kuat...ada retak..si Tirmizi pula patah tgn..adui..doakan keluarga aku..especially my ummi...sayangnya kat ummi..hari tu pagi2 kul 31, dia call aku..risau pasal kaki aku..skrg ummi pulak yg kene bedah..semuanya ada hikmah..

4)Aku di sini bahagia kerana dapat gi dars(kelas2 agama) yg dikendalikan jami'2 disini..bahagia dpt melihat wajah ulama'..seperti Syeikh Wahbah Az-Zuhaili yg mengarang Kitab At-Tafsiirul Muniir..dia mengajar Kitab At-Tafsiirul Wajiiz..best sgt2..smlm masa otw balik dapat jln blkg dia..jadilah juga..hehe...dapat tgk live seorg alim yg pernah ku buat 'bahs' atau research tetang dirinya...macam tesis gitu masa thn akhirku di MARSAH. Selain tu ada juga Syeikh Ramadhan Al-Bouti yg mengajar Ulum Quran dan Syeikh Naim..pakar hadith di Dmasyq ni.

5) Aku juga alhamdulillah diberi peluang utk bertalaqqi Al-Quran, baik dari segi bacaan dan hafalan..doakan aku dpt khatam ya..nak dapat mengaplikasikan Al-Quran dlm hidupku.

6) Aku insyaAllah akan berkongsi ilmu tarannumku tak lama lagi dgn teman2ku di sini..doakan semua berjalan lancar k.

7) last..dah penat ni type...aku baru jadi ajkn EKONOMI..hehe..mcm funny..tapi insyaAllah ada berkatnya..krn ia ada unsur perniagaan dan berniaga adalah sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Sampai di sini dulu...rindu kini terubat sudah..salam alaik semua... jumpa lagi ya.

Friday, December 12, 2008

Salam semua...riiiiiiiiindu sgt nak update blog..insyaAllah TAK LAMA LAGI..blog ni akan ku update..nantikan ya..salam

Thursday, September 25, 2008

Assalamualaikum semua..

Afwan..tak dapat nak tunjukkan gambar2..ada masalah technical sikit..insyaAllah kalau ada peluang aku aku tunjukkan pada semua k.

Ni baru pukul 8 25 pagi..baru balik dr Jami'Iman dgn Khadijah..ktorg solat subuh di jami' Mahyuddin..pastu jln gi Jami' Iman..ada majlis zikir setiap jumaat dan ada dars oleh Syeikh Na'im.

Rasa dingin angin pagi begitu segar sekaliu...riadhah dgn berjalan kaki dari satu jami' ke satu jami' mmg aktiviti yg menyihatkan dlm bulan Ramadhan ni...drpd tidur di rumah lepas solat subuh....lebih baik keluar berjalan2 sambil tadabbur keindahan alam semula jadi ciptaan Allah...semoga diri ini istiqamah bersama Mujahidah Khadijah

Ni aku nak share apa yg Syeikh Naim sampaikan sewaktu dars-nya(pengajarannya..mcm ceramah pendek gitu)

Antara isi ceramaha yg dapat ku garap..

Istiqamah terus dlm ibadah wlu Ramadhan akan berlalu tak lama lagi..Syeikh ckp..cuba kekalkan 4 perkara ini secara istiqamah..

1)Solat Subuh di masjid setiap hari secara berjemaah

2) Qiyamullail..walau 2 rakaat tapi istiqamah

3)Baca Quran setiap hari wlu satu muka surat

4)Bersedekah dan berbuat kebaikan serta bersilaturrahm

Andai kita berjaya istiqamah...barulah kita sedar...kita beribadah bukan krn Ramadhan..tapi istiqamah krn Allah sepanjang hayat semi mengejar mardhatillah.

Kepada rakan2 di Singapura dan semua yg baca blog ni...ku seru diriku dan semua...jgn lupa puasa 6..ia bagaikan puasa setahun lamanya...aku tau kuih byk..nk jln2..nak duit raya....tapi..mujahadahlah..jln raya lepas buka pun poleh...6 hari je k...Kita boleh!

Sampai sini dulu..doakan aku supaya dapat memilih universiti yg terbaik buat diriku...bye ..salam alaik

Thursday, September 18, 2008

Warna-warni dunia Syriaku

Ahlin wasahlin ila suuria! Mula2 aku dgr ucapan kakak senior kpd kami budak2 baru..aku terkejut sikit…dlm hati “kakak ni belajar nahu ke tak ni?knp ahlin wasahlin eh?knp tak ahlan wasahlan?...bahasa ammiy sini ke?” hehehe sekali betullah tu mmg bahasa pasar Syria..kat sini byk baris bawah…
Oklah aku tahu sebenarnya ramai yg nak tahu ttg perkembangan diriku, lebih2 lagi bila dah sampai Syria..afwan kpd family yg aku belum sempat telefon pun..tapi dah msg dan chat kat msn kan? Nanti Hari Raya insyaAllah Huda call korg semua k. Oklah nilah ceritaku utk tatapan semua..

LAPANGAN TERBANG CHANGI
Kepenatan pulang dari MTQ antarabangsa masih terasa. Pukul 9 mlm aku tiba di rumah tercinta,setelah makan dan kemas2 barang yg masih belum dimasukkan ke dalam beg belakangku dan beg tgnku..jam dah pun kul 11…pukul 12 aku bergegas kua ke Airport…kat sana ada yg nampak aku nangis…mesti org semua ingat aku nangis pasal nak pisah dgn ummi dan abuya…kuang~kuang~kuang~…tidak ya..sesungguhnya tidak…tetapi aku nangis kerana luggage kedua aku yg kecil (tapi dlmnya ada1001 harta karun rempah ratus dan makanan) ‘tak lepas’ kerana dah melebihi had timbang yg ditentukan…hehehe..mujur ada Khairuddin..dia bawa beg sikit sey..jadi brg makanan aku dapat kuakan sikit(sikit pun jadilah)..dan combine dgn barang kak linda dan suruh Khairuddin bawak..kesian..hehe..barakallahufiik..pastu baru aku stop nangis..org lain pulak nangis..bila nak pisah ngan mak bapak..hehe..mak bapak aku dah takda dah…bila makanan aku beres..mrk pun balik…org lain ada nangis2 dgn mak bapa..aku ada ke hulur ke hilir bawak 3 beg..satu kat blkg, kat bahu..dan kat tgn…tgk2 suasana meriah dan sedih dan salam teman2 yg hantar..bestlah juga..bulan lalu..aku naik 6 kapal terbang..MTQ ulang alik ada transit+Syria punya transit lagi…hehe..penat juga tapi dapat byk pengalaman krn setiap kapal terbang khidmatnya lain2.

TRANSIT DI DOHA
Alamak part ni aku mcm terencat sikitlah..transit sampai 7 jam..adui…duduk tak kene..diri pun gelisah..hp battery flat..takda credit lagi, pulak tu toilet dia airnya panas..terkejut sekejap masa istinjak…hehehe..aku ceritakan ni utk korg semua sedia..air airport DOHA panas k…cuci tangan pun panas..air wudhuk pun panas..sabar jelah..nak buat camnakan..tapi ukhuwwah kita dalam musafir mmg kuat, Alhamdulillah..jadi tak byk masalah yg berlaku kerana semua bersatu hati..syukran kpd syabab yg byk angkat beg banat..ah lagi satu..aku masa kua dari kapal terbang..dah sampai DOHA..ingat ada shelter mcm Singapore ah..sekali kua..terus nampak langit biru..hehe..kene turun tangga lagi..so sapa yg bawa beg tarik…”selamatlah ye…”panas lagi..kene naik bas utk ambil luggage.



LAPANGAN TERBANG SYRIA
Setelah menghabiskan 14 jam(7 jam di kapal terbang+transit 7 jam)..barulah tiba masa yg dinanti2kan..kita naik kapal terbang utk ke Syria..di langit biru…aku dapat baca hati teman2..semua dah mula rasa sedikit gusar…krn untuk lepas imegresen Syria tidak semudah yang disangka..ada taktik2 yg perlu dipelajari demi kemaslahatan diri. Paling penting..jgn sesekali ckp Arab dgn tukang cop passport..krn mrk sgt berhati2 dgn pelajar asing krn takut kita ni pengganas..so aku adalah keep on reminding myself not to speak Arabic…takleh tersasul pun tau..aduh..setelah 3 jam..sampailah ke tempat yg dinanti2kan.. suasana airport dia tak ubah macam kastam JB..panas..gelisah..dan segala mcm perasaan…kami saling memandang antara satu sama lain..sape2 saje boleh tak lepas dan dihantar pulang ke Singapura andai tersilap langkah! Aku sempat bilang Syabab..tanggalkan songkok di kepala dan syabab igtkan ktorg..”speak English..action blur…we will stay at hotel”..hahaha..maka tibalah giliran aku..segala doa dan ayat quran pelembut hati telah kubaca..hehe..sekali org tukang cop tu tgk muka aku..erkk seramnya aku..dada dah berdegup2..dia tanya “Are u Hafizah?”maksudnya adakan awk penghafal al-quran? Aku punya otak ligat berpusing mencari jawapan…kalau aku ckp yes atau no maknanya aku tau makna word hafizah(bahasa arab) tu…sedgkn aku kene act tak tau ckp Arab..spontan aku jawab “sorry?wat?”heheh..terus dia tgk bawah tgk muka aku lagi..aku hadiahkan senyuman…dia terus cop..PHEW..SELAAAMAAAT..alhamdulillah..lega sangat2..semua banat dan syabab lepas krn semua dah sedia dgn taktik2 tersendiri sejak dr Singapura lagi.

MENITI HARI-HARI YANG MELETIHKAN
Keletihan semakin bertambah..dahlah belum mandi..hehe..alhamdulillah sampai juga di rumah HANNAN(salah satu rumah banat)…rumahnya atas bukit..dari ‘MATHAR’ ada bas dah menunggu…ALLAH saje yg tahu betapa gembiranya dan bersyukurnya hati ini setelah sampai ke bumi Syria..tak sabar nak naik bas..nak rasa air con..krn cuaca di lapangan terbang panas..di luar pun panas..hehe..sekali naik bas pun panas da…hehe..takda air con k..hehe..aku pun apa lagi, dgn tidak segan silunya mengeluarkan kipas aku..kipas aku beli di kedai cenderamta Taman Tamadun Islam di Terengganu..kat taman tu ada replika masjid2 sedunia..(lawa dan besar..replika nmpk mcm masjid real)..dah sampai ke kawasan Ruknuddin kitorg ramai2 naik SUZUKI(Lori yg menjadi kenderaan awam di Syria), even kat lorong2 pasar pun dia leh selit..kat lorong2 rumah pun dia leh selit..selagi dia leh selit..dia akan selit..dan pemandu dia memang cukup master ah..lori dia terbuka..so dapat angin..tapi terhenjut2 krn ada jln yg tak rata dan kawasan bukit kan...maklumlah 14 akhawat naik..hehehe..hon dah jadi adat..main2 hon lagi..kdg2 terhenjut kuat..sampai akhawat jadi kecoh…..btw bestlah pengalaman pertama naik SUZUKI..u all shud try it!

ORIENTASI
Alhamdulillah, hari2 orientasi berjalan lancar..aku suka..ada ziarah maqam2..bekenal-kenal dgn akhawat melalui permainan yg dikendalikan oleh Khadijah dan Hida, group aku menang…hehe..dapat coklat..tapi ntah coklat tu sekejap je hilang..aku tak sempat mkn pun..takpa k huda..kau mesti halalkan..walaupun kaulah yg paling semangat main game..hehehe. Alhamdulillah ziarah maqam2 merupakan trip yg berharga krn ia diiringi dgn akh Jamlullail yg dapat menerangkan sejarah peribadi setipa maqam yg kita pergi dgn baik dan menarik sekali. Aku tetap gembira walaupun cuaca begitu panas..nak tau kenapa?pasal masih boleh minum air…sejuk sikit tekak…kalau time Ramadhan..kene tahanlah ujian panas dan haus..:)
Antara maqam2 yg telah aku ziarahi ialah
1) Maqam Abu Hurairah (Perawi hadith terbanyak)
2) Maqam Muawiyah Bin Abi Sufian( Khalifah pertama bagi zaman Umawiiy)
3) Al-Farabi (Seorang falsafah Islam yg terkemuka- kemahirannya mengubati penyakit dengan
muzik.
4) Bilal Bin Rabah..takkan tak kenal? Kalau tak kenal…tak tau nk ck papa..hehe
5) Maqam Kerbala’(16 kepala)
6) Ibnu ‘Asaakir (sejarawan Syria)
7) Ibnu Qayyim Al-Jauzi
Hehe dan byk lagi termasuk maqam Imam Husin dan ummhatul mukminin..Ummu Habibah dan Ummu Salamah.
Aku juga dapat ziarah ke Jami’ Umawiyy(sini panggil masjid dgn panggilan jami’) di situlah terletak maqam Nabi Yahya a.s(kepalanya) dan kalau tak silap di situ juga ada maqam sayyidina Husin..ramai org Syiah..mereka berkumpul…membaca macam2 ayat sambil tepuk2 dada..”Ya Ali..Ya Husin”…sujud atas batu kecil…aku ambil batu kecil tu…saje..buat kenangan..hehehe..dorg cium2 maqam dan ikat kain hijau kecil kat celah2 besi maqam..ntah tak tau knp…jadi kita kene hati2..takleh pegang2 tiang2 maqam sebarang…krn bekas ciuman masih ada..hehehe.

PINDAH RUMAH
Agak menyedihkan..krn aku tak dapat serumah dgn Kak Linda..ada barang yg kita beli share..apa nak buat..segala yg diatur oleh Allah ada hikmahnya. Sebelum ni aku tggl di rumah kak Hazimah buat 2 ke 3 mlm..pastu baru pindah ke rumahku yg digelar rumah HANNAN…rumah kak Linda namanya rumah IMAN..dan rumah lagi satu namanya RAYYAN. HANNAN, RAYYAN DAN IMAN…Sedapkan iramanya? Walaupun tak dapat satu rumah dgn Kak Linda, aku ttp bersyukur krn aku dapat sebilik dgn teman baikku yg sentiasa menghibur hati, MUJAHIDAH Khadijah Binte Mohd Hussain(full name tau…mujahidah lagi..hehe)..tak pernah aku sangka aku akan sebilik dgnnya di bumi Syria..satu perkara yg dulu aku rasa mustahil tetapi skrg menjadi reality..maklumlah dulu kan bercita2 nak gi Mesir..terubat juga rindu di hati ni dan ada juga teman yg senang nak diajak bicara…alhamdulillah..terima kasih Tuhanku. Rumah aku ni atas bukit..adui turun naik hari2..dekat dengan suq(pasar), 5-7 mins dari rumah IMAN..tapi jauh dari rumah RAYYAN…sekali lagi Alhamdulillah..aku senang nak ulang alik rumah Kak Linda..Cuma rumah aku ni salu juga takda air..so bila ada air kita akan simpan kat berpuluh2 botol besar..sediakan paying sebelum hujan..dan aku dapat pengalaman pertama mandi hadas dgn air botol..so sapa nak rasa apa yg aku rasa…silalah cuba ya..hehe..kdg2 juga elektrik putus..pakai lilin k..tapi aku peduli apa..aku gi beli lampu suluh k..hehe..lambatlah lilin2 ni semua. Kat sini kene kuatkan azam, sabar dan tolak ansur…insyaAllah semua cabaran dapat diatasi dgn baik..inna ma’al ‘usri yusraa..

RAMADHAN DI SYRIA
Oh..puasa di dalam cuaca panas terik mmg menguji kesabaran…tekak kering sekali..bibir terkopek2, weight turun laju je..hehe..kawan2 ramai yg sakit..betul2 terasa haus sangat..badan letih gile..pulak tu aku ada masuk kelas Bahasa Arab di Ma’had Idrisiy selama 24 hari..ni baru pergi 6 kali..panas sekali perjalanan ke sana..naik bas berebut2, org belum naik betul..bas dah mula nak jln..aduh..hehehe..lompat jelah..apa lagi..salu balik dr Idrisiy..aku akan gi Suq tgk2 air apa yg leh aku buat buka..atau gi Cyber CafĂ©..kdg2 masa otw balik rumah, rasa mcm nak pengsan pun ada, panas dia takleh tahan..tapi lepas satu minggu..dah rasa ok sikit, alhamdulillah. Tarawih kat sini pun best..boleh pilih jami’ mana nak pergi..jami’ bertaburan di sini..Jami’ Mahyuddin dekat je dgn rumah aku…tu salu aku pergi utk solat subuh dgn teman2..kalau Tarawih, aku suka ke jami’ Hajibiyah..sejauh ni dah pergi Jami’ Iman..Jami’ Nabulsi.. dan Jami’ Abu Nour(di situ juga ada jami’ah atau university Abu Nour idaman kalbu). Pernah satu mlm ni..baru beberapa rakaat tarawih..lepas beri salam je..terus imam dia ckp “NURUL HUDA”terus kawan2 aku tgk muka aku..dorg ketawa…hehe…bukan stop situ je lah..imam tu sambung “SOLLUU ALAIH”..maknanya NURUL HUDA yg dimaksudkan pada waktu itu ialah Nabi Muhammad s.a.w…Cuma pelik sikit pasal kat singapura mana ada camtu kan? Lagi satu, pernah satu mak cik ni tanya..imam dah solat isyak ke?aku ckp lah ..lamma..maknanya blum lagi…tapi dia tanya lagi sampai 2 kali..sekali Khadijah jawab kan dgn angkat kening dia..hehe..kat sini..kalau ckp belum atau tidak..hanya dengan angkat kening k..hehe

RINDU
Rindu itu fitrah manusia..aku rindu pada pada semua lebih lagi keluarga..kepada teman2..zahidah..teman.jauh selamat berjuang...ya..gambar2 nanti aku upload..ok..bbyee..doakan aku k..ada muqabalah lagi 2 hari...doakan tau..bbyee salam alaik

Saturday, September 06, 2008

Assalamualaikum semua!

Sesungguhnya aku merinduimu Singapura…Rasul bersabda: hubbul watan minal iman...cinta kepada negara merupakan sebahagian dari iman. MTQ antarabangsa 2008 di Terengganu, tempat kelahiran datukku, mengukir sejarahnya yg tersendiri dan aku juga sebahagian darinya krn setidak2nya aku beroleh tempat kelima(sorrylah nombor lima..pasal ada buat silap…dah usaha..tapi tu yg jadi..takdir kan namanya)..Cuma ia lebih manis..krn aku berkongsi markah dgn peserta Indonesia..kak Afrisah..ketika namaku diumumkan…gundah-gulana menjadi ceria..ada sinar cahaya yg kembali mengintai di dalam hati…Alhamdulillah..Allah amat memahami perasaanku..ujian dtg bertimpa2 …air mata menjadi teman setia..1) aku tak dapat gi azhar, 2) aku tak dapat gi konvokesyen MARSAH(bertembung dgn hari keberangkatan aku ke MTQ), 3) Anugerah ketua jabatan Usuluddin yg sepatutnya aku perolehi jatuh ke tgn org lain krn aku tak dapat hadir..dan tiada wakil dari pihak keluarga yg nak ambil(bapa aku dah berangkat…mak aku nak gi hospital…adik2 gi sekolah..ada exam semua), 4) Bacaan sebenarnya baik..tapi dicemari dgn satu kesilapan yg menjejas persembahanku di MTQ antarabangsa….Aku manusia biasa..bila teringat ini semua…perasaan bagai dihenyak2..teramat sedih sekali..lagi2 bila sorg2 kat bilik resort tu(Primula Beach Resort)…sedihkan?aku salu pujuk diri sendiri ni semua ada hikmah..tapi air mata terus keluar…nangis sendiri2 dlm bilik resort tu. Justeru pengiktirafan tempat kelima ini…merupakan anugerah dr Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang utk mengubat lara yang sudah lama bertakhta di dalam hati.

Yah..aku rapat dgn qariah-qariah dari pelbagai negara..alhamdulillah..di sana barulah aku benar2 merasakan betapa untungnya aku dihantar belajar di madrasah sepenuh masa di Singapura..MWTI…aku dapat berkomunikasi dgn baik dgn semua peserta krn aku boleh berbahasa Inggeris, Arab dan Melayu..kdg2 aku jadi penterjemah sesame peserta…ni bukan nak bangga ke apa..tapi utk semua pelajar2 Madrasah…kita benar2 BERUNTUNG…dan jgn sia2kan ilmu yg ada di dlm dada..yg masih menuntut di madrasah..belajarlah bersungguh2..usaha semaksima mungkin demi meraih ilmu Allah yang sentiasa memberi manfaat kpd kita di dunia dan akhirat.

Ramai kenalan yg aku dapat dr MTQ ni …peserta semua ramah sekali..aku rapat juga dgn naib johan antarabangsa Sharifah Khasif…dia byk motivate aku..syukran ya…, dia gembira aku dapat nombor lima...krn inilah julung2 kalinya MTQ antarabangsa mengumumkan lima peserta terbaik sempena menyambut ulang tahun yg ke 50. Dia ckp “Ah huda..kan kak dah ckp…huda boleh…huda ada potensi tinggi..bykkan latihan lagi supaya dapat lahjah arabiy…lagipun huda ada terbuat silap sikit…tu je…kalau tak…..:)”. Alhamdulillah ramai yg support..ahli keluarga di Terengganu pun support…aku dapat ziarah keluarga di Terengganu..bestlah juga..gi rumah kampong..mrk tumpang gembira dgn prestasi aku di MTQ antarabangsa.

Syukran kpa Md Syamir sekeluarga(qari Singapura), dia byk bantu akulah juga..igt tak kitorg lari2 kejar kapal terbang..nasib baik tak terlepas kapal terbang masa transit di KL..HEHE..sekali tunggu punya tunggu beg luggage kat lapangan terbang Terengganu..tak kua2 kat belt…rupanya beg tak sempat masuk kapal terbang…jadi kitorg dihantar ke resort dahulu(ada kereta ambil…hehe) next flight baru beg kita sampai..mlm baru leh tukar baju semua..kecoh…dan terima kasih kepada adiknya..Sakinah..kerana bantu aku pakai tudung biru tu…sampai naik lenguh tgn pin tudung, last2 call bilik syamir..suruh adik dia dtg bilik aku utk bantu aku…hehehe..buat lawak huda ni..almaklumlah tak biasa pakai tudung belit2.

Akhir sekali…aku happy dapat bebual Arab dgn Yerkin..peserta lelaki(jgn salah sangka)…hehe dia dari Kazakhstan…tp bekas pelajar university Islam di Lubnan..dia naik kapal terbang dgn aku…dia cam taajjub org singapura leh ckp Arab..Syamir pun leh ckp Arab kan..jadi dia senang bebual dgn kitorg..krn org lain susah nak ckp arab…alhamdulillah..semua berjalan dgn lancar dan aku selamat sampai ke Singapura tepat 8 mlm..dan dapat menatap wajah ustaz tersayang..Ustaz Fadzuli Bajuri…buat kali terakhir di terminal 3 sebelum aku pulang ke rumah dan terbang ke Syria pukul 3 pagi ..terharu dia dtg ambil aku..:) dia dgn isteri..cucu dan menantunya..:) syukran ustaz..jasamu dikenang sepanjang hayat…Cuma..takda satu pun org MUIS yg tunggu kepulanganku di airport…kalau korg jadi aku apa korg rasa? Mesti korg ‘happy’ kan? Mmg aku terkilan…bukan aku harapkan sangat..tapi sape yg tak sedih…kita ni represent negara…dahlah takda pengiring dan jurulatih..balik..takda org ambil…nasib ada mak cik aku ambil aku..bcoz ummi kat rumah tgh siapkan brg2 syria aku…bapa aku pula otw balik dr terengganu ke singapura..mmg aku menghargai jasa MUIS dalam menganjurkan MTQ di Singapura…tapi…masih ada beberapa perkara yg harus diambil berat..kalaulah begini je….ia boleh menjejas prestasi qari dan qariah Singapura…dan sampai bila harus begini? Adakah soalan ini menemui jawapannya? Kita nantikan saja…

Sebelum terlupa..aku nak ucapkan setinggi2 terima kasih kepada ummi dan abuya yg banyak menyokong…ummi siapkan beg Syria kat rumah…abuya sanggup tggl kan kerjanya 7 hari demi anaknya dan dari terengganu turun ke KL dan kembali ke terengganu...krn buat VISA Syria aku..barakallhufiika ya abii…kpd adik beradik yg tercinta yg tak putus2 kasi kata2 semangat, teman2 setia dan Kak Lindah serta MUIS..SYUKRAN JAZILAN…barakallhu fiikum
Sampai sini dulu..bye..salam

Saturday, August 23, 2008

Bergelar graduan Diploma Usuluddin






Alhamdulillah...







Terlalu sukar utk diungkap dgn kata2 apa sdg ada di hati saat ini...terlalu byk perkara..dan diri ini tak mampu utk meluahkan keperitan itu pada saat ini...luka itu masih parah..dan ia bertambah parah...tapi tak mengapa..Dia masih ada di sisi..Kuatkanlah hati hambaMU...Amiin.


-Primula Beach Resort,Kuala Terengganu-

Friday, August 01, 2008


Wahai Tuhan yang Berkuasa membolak-balikkan hati...tetapkan hatiku..mantapkan imanku

Biar iman menjunjung harapan





Salam teman2, dgrlah luahan hati yg lirih pedih namun tetap redha...melalui karya sajak ini.





Ketika Nil terbayang-bayang di ruang mata


Nama Sheikh Redha terngiang-ngiang di cuping telinga


Di saat hidung terbau-bau padang pasir Piramid di sana


Terasa tangan memeluk erat kitab-kitab Universiti Islam tertua


Terasa kaki tangkas berjalan menuju kuliah Usuluddin tercinta


Bersama-sama teman seperjuangan yang kurindui


Seakan-akan terasa kedamaian tidak bertepi


Terasa ketenangan meresap masuk ke relung hati





Tiba-tiba ada taufan melanda hati


ada tsunami merampas mimpi


banjir kilat mematikan diri


!TEMPAT KAU BUKAN DI MESIR





Hati bagai dirobek seribu


bagai menarik kain dari duri-duri yang tajam berliku


Sedih hampa geram menjadi satu


seakan dunia menjadi gelap saat itu


Aku terkedu


Air mata tumpah satu persatu


Terus deras dan semakin deras tumpah di baju


Ujian Ilahi yang amat berat bagi hatiku


Tapi Dia tahu aku boleh terus maju





!Huda


Dunia kau belum kiamat


!Kak Linda


Usaha kita belum tamat


!Kak Wani


Kita bersama para malaikat


!Kak Syarfa


Kita harus terus bersemangat





Aku bangun perlahan-lahan


Aku rawat perasaan


Aku ukir kembali harapan


Aku pilih Syria untuk bertahan


Agar Allah kurniakan kekuatan


Biar iman menjunjung harapan

Sekian sahaja..doakan aku ya...salam alaik..:)























Thursday, July 31, 2008

Tarannum @ Assyafaah











Salam..last saturday..ialah hari aku jatuh sakit..setelah 3 -4 months tak sakit..alhamdulillah...so tekak dah lain mcm dari hari friday..aku dah seram..MTQ dan nak dekat ni..pulak tu esok(saturday)..kene ajar tarannum kat assyafaah..2 kelas lagi...kelas kaum ibu dan kelas kanak2...panic betul..bila bgn hari sabtu..makin teruk ah...aku terus gi doktor yg buka kul 7...$36 duit ummi habis..kesian dia..jazakillah...aku dah mkn ubat terus tdo...aku berharap dapat ajar on that day...krn tu last day aku ajar tarannum kat Assyafaah tercinta.





Alhamdulillah..Allah beri kekuatan..aku gagahi diri juga utk pergi ke masjid Assyafaah. Kaum ibu mesti kecewa kalau aku tak datang..pasal aku sempat ajar mereka utk dua minggu sahaja..minggu lepas dan minggu ni(yg aku sakit ni)..so doa2 agar suara aku ni tetap boleh keluar utk pukul 10pg-1ptg..after that aku leh rest..oklah aku happy alhamdulillah..aku dapat ajar mak cik2..best tau ajar mereka...kelakar...mrk ni ada bakat cuma kdg2 tak confident..suara satu cik ni namanya Hamidah..lemak2 berkrim...sedap tau..ustazah Normah(isteri ustaz Hj Ali Atan..pengerusi eksekutif masjid Assyafaah)...pun dapat tangkap lagu..nak perfect mana boleh kan dalam dua minggu..but kalau diteruskan usaha insyaAllah boleh...yg paling kelakar cik Salmah..dah baca separuh jalan..dia giggle pulak "alamak tak jadilah suara aku"...hehehe..mcm mana tau tak jadi belum habis baca...hehehe..kelakarlah mak cik2 ni..tapi mereka ada kesungguhan..semoga Allah berkati..Aku akhiri sesi belajar dgn membuka video peribadiku Menyemai juara..alhamdulillah suasana bertambah ceria.





Lepastu aku ajar budak2 pukul 11 30...pelajar2 separuh masa Assyafaah ni semua pelajar2 sekular yg dah boleh baca quran..aku buat audition..ni lah sepuluh yang terpilih...dr seribu murid di assyafaah tu. Mereka mmg cukup berbakat..dan cepat tangkap lagu..sejauh ni aku dah ajar mereka 6 kali..12 hours..dua surah..3 lagu:), Nuruzzulfa paling berbakat..insyaAllah satu hari akan wakil syafaah ke musabaqah kanak2 peringkat nasional..dia rupanya salu dgr tarannum di tv9..hebatkan?idea Ustaz Ali mmg berjaya mencungkil bakat2 terpendam anak2 kecil dr Masjid Assyafaah..mabruk!





Last2 aku suruh budak2 tu tulis something utk kenang-kenangan buat diriku..best tau..mcm2 warna ada..so creative! dan buat aku tersenyum..some of them kasi aku hadiah..terharu sungguh..zulfa kasi hadiah frame..ada card..aku buka card..dalam tu ada duit!oh..terharu gile...bapa dia kasi duit lagi..ya ALLAH..sedangkan dah bayar 20 dollars utk fees kelas ni...alhamdulillah semoga Allah memberkati Encik Rusli yg sentiasa hadir mendengar tarannum di belakang kelas menyokong anaknya..zulfa..kau harus bangga dan bersyukur memiliki bapa yg prihatin terhadap dirimu. So ni gambar2 yg sempat aku ambil..:)





Sedap tau...




Salam alaik semua..sorry lama tak update...adalah benda paling GEMPAQ terjadi dlm hidupku..tambah pulak aku sakit(kecoh lah juga hidup aku lately) ada hikmah insyaAllah..so nantilah aku cite...ni nak cita pasal makanan...





Alhamdulillah..hari tu lepas gi gym kat Yio Chu Kang..aku ngan Kak Linda gi Naked Fish Shoppe restaurant..sedaplah juga..dan style makanan seafood dia..ikan dia fresh..cuma...lambat juga aku tunggu makanan siap..padahal tak ramai org..tapi makanannya sodap benar..ni lah gambar-gambar makanan tu :) Dijamin halal k...dua2 ni nasi..satu tertimbus..satu timbul...hehehe






Tuesday, July 22, 2008


Menjangkau usia 21 pada 21 Julai 2008 :)


Assalamualaikum semua...kaifa haalukum?...ana bikhair alhamdulillah. Hamdan Lillah aku sudah mengecapi keindahan hidup di bumi Allah selama 21 tahun. Terima kasih kpd semua termasuk keluarga, teman2, senior2,sepupu2 dan makcik2 serta org2 yang tersayang kerana mengingati tarikh lahirku...terharu beb...cuma tak nyenyak ah tdo..mlm macam2 msg aku terima..hehe..pasal di Mesir..Madinah..Syria baru 21 Julai..yg kat sg dah nak masuk 22 Julai, hehehe..wlu penat, dlm mamai2 tu sempat tersenyum baca msg2 yg kelakar2 ni:). Yang paling kelakar dan cute, bapa aku ni...dia ada kat rumah..tapi dia wish aku melalui hp...hehehe..aku pun tak reti nak balas...hehe..


Cuma bila aku muhasabah diri tu...masih ada kegerunan bila teringatkan karya sajak abuya(aku panggil bapa aku begitu) :


Umur semakin meningkat

Tanda semakin dekat

Kepada Malaikat yang mencabut semangat

Perbanyakkanlah ibadat

Sebagai bekalan di hari akhirat


Kadang2 sebagai manusia kita lalai dgn kehidupan dunia yg ghurur, susah nak bgn mlm..tp kalau chat lama2 leh lak...beli barang2 yg lawa2 dan branded boleh...nak beli buku dan novel/agama fikir dua tiga kali..aku harap kita semua berubah dan menjadi semakin baik dari hari ke hari..walaasiyyamaa..bila umur kita semakin meningkat.


Syukran jazilan kepada semua yg memberi hadiah terutama Kak Linda yang tersayang..i realllllly love that baju..i love Anglia!...tidak lupa juga kpd adik aku 'Aathirah yg kasi aku air Milo..air fav aku...hehehe...dan kasi t-shirt Hang Ten :), so bagi sape yg belum kasi aku hadiah..dan ada niat nak kasi aku hadiah..teruskanlah niat yang murni itu..hehehe..aku tetap menunggu dgn penuh sabar,hehehe....insyaAllah dapat pahala..;)..krn Rasul pun galakkan ummatnya kasi hadiahkan?aku tak minta tau..ni sape yg ada niatlah...hehehe


K lah sampai sini dulu...doakan aku dapat melanjutkan pelajaran di tempat yg terbaik dan dgn jangka masa yg terbaik serta menjadi wanita solehah seperti mana gambar frame di atas tu yg sentiasa tergantung di bilikku :)....bye salam alaik.

Thursday, July 17, 2008


Majlis Khatam Quran anak murid tersayang

Assalamualaikum semua...pada hari ahad yg lepas, alhamdulillah aku dapat hadir ke majlis khatam Quran anak murid tersayang..Md Zulqarnain. Ia diadakan di Blk 502A...rumah neneknya,

Tiba masa yg dinanti2kan, aku yg berdebar,takut Zul salah baca..err..bapa dia mulakan majlis..sekali tiba2 dia suruh aku kasi ucapan...terkejut kejap(dalam hati "releks huda..releks...org semua tgk ni...ckp betul2")hehehe..oklah aku dapat beri ucapan ringkas sekaligus memberi sedikit motivasi kpd anak murid tersayang. Sambil berucap tu aku dapat lihat keindahan hiasan yg disediakan utk majlis ini...ada bunga telur yg pelbagai warna..merah..hijau..biru. Zul duduk di atas alas tebal yg empuk, ada langsir putih suci di atas bagai memayungi tempat qari'.

Maka bermulalah dia baca dari surah Addhuha..hingga annas...tajwidnya agak mampat..dengungnya sempurna..madnya dijaga..cuma ada satu word tersasul..aku diberi izin untuk membetulkan..dan ada satu ni 2 harakat dia terbaca satu harakat..dah gabra agaknya..sebagai pelajar sekular..bacaannya boleh dibanggakan..namun harus terus berusaha utk yg terbaik.

Akhirnya habis juga..lega..ada marhaban..sedap pulak..yg baca semua ahli keluarga dia..ada budak lelaki kecil ni pendek je...tapi baca berzanji sedap gile..aduh!MasyaAllah!Kebetulan aku bawa Aliah Husna sekali...aku ckp ngan dia "boleh baca mcm tu tak?" dia sengih je dengan giginya yg cute..hehehe.

Sedap masakan 'org lama'...kuih muih semua buat sendiri...terharu sekali aku diberi hadiah kain(utk dibuat baju) dan tudung..dan bawa balik byk lauk dan bunga telur..agaknya lebih dari lima...nasib aliah ada...dia asyik2 ckp "ah kan nasib aliah ikut..kalau tak mesti beratkan bawa sorg?"hahah..so cute ah dia...

Aku harap Md Zulqarnain terus maju dlm bacaan Qurannya..amin..semoga Allah merahmati keluarganya yg memperi penghormatan begitu tinggi utk mengadakan majlis ini yg seakan2 pupus ditelan zaman...

Sekian ...wassalam

Sunday, July 06, 2008

Community Emergency Preparedness Programme @ Yishun Fire Station



Salam alaik...kaifa haalukum?



Smlm aku pergi pre-depature programme(MUIS anjurkan utk pljr2 yg nak gi blaja luar negara)..alhamdulillah aku belajar benda baru lah...i had successfully completed all the 5 modules of the community emergency preparedness programme:



Module 1 : First aid

Module 2 : CPR

Module 3 : Fire safety and casualty evacuation

Module 4 : Emergency procedures

Module 5 : Unconventional threats



Alhmadulillah...dr pukul 10 pagi - 3 ptg..aku dpt menumpukan perhatian...wlupun pada saat2 akhir tu penat jugalah..berpeluh2 juga aku buat CPR kat patung tu...hahah..kalau salah buat kan...korg yg jadi patung tau..hehehe..betul tau..tekan dada(bukan sebarang tmpt eh) 30 kali...dan tiup mulut(bukan sebarang tiup tau...bukan mcm tiup belon..tiup make sure dada dia naik) patung 2 kali...kene repeat 5 cycle...kene check pulse dan nafas dia semua...sementara tunggu ambulance dtg..:)..yg penting korg kalau nampak apa2 kejadian..kene alert sikit..hp adakan...telefon cepat 995 atau 999 k..jgn teragak2 k..just call je :)..lagi satu kalau gi mana2 especially luar negara..tgklah mana tempat utk keluar bila ada kecemasan..krn malang tidak berbau k.

Friday, July 04, 2008


KETIKA Cinta BERTASBIH, DWILOGI PEMBANGUN JIWA



Salam alaik :)



Alhamdulillah, perut ni dah baik...so smlm walaupun dalam keadaan menahan kesakitan perut ni..alhamdulillah aku dpt menghabiskan bacaan novelku yg bertajuk 'Ketika cinta bertasbih' karya penulis tersohor yg ku kagumi..Habiburrahman El-Shirazy..karya ini adalah best seller mega!Aku beli di Muslim media...ada dua episod, episod 1 dah baca beberapa bulan yg lalu...yg ini yg kedua..:) Sesungguhnya ada satu rasa kepuasan yg sukar diungkap menyerap masuk ke relung hati sebaik sahaja aku berjaya mengkhatam bacaan novel yang mengandungi 663 muka surat ini.



Novel ini begitu mantap isinya. Bukan cinta asyik maksyuk yg kita salu baca dr novel-novel lain..tapi kali ini..setiap kali kubaca..ia bagai menyentap hati, mendidik naluri menginsafkan jiwa,menitiskan air mata ,membangkitkan semangat, aroma cinta yg dikupas halus mulus menurut agama..MasyaAllah fantastic!



Aku sarankan..bacalah novel ini...karya sarjana Universiti Al-Azhar...

insyaAllah antum akan rasa apa yg ana rasa..satu karya yg hebat!



Ok di sini aku sertakan ulasan dari pelbagai peringkat masyarakat ttg novel tersebut.


Dr Faizah Ali Sibromalisi,M.A Al-Azhar, Kaherah, seorang pensyarah pascasarjana UIN Syarif Hidayatullah berkata,

"Novel ini seolah menjadi setitik cahaya di tengah rasa keraguan anak muda untuk teguh memegang prinsip-prinsip Islami dalam kehidupan mereka. Dengan bahasa lembut yang memikat, penulis mengajak kita semua untuk banyak merenung kembali betapa indahnya hidup dalam naungan Al-Quran."

Mifdhal Mutharrar, ketua IKADI dan pendidik Maahad Terpadu Al-Hikmah, Boyolali, beliau mengulas,

"Dwilogi Ketika Cinta Bertasbih ini tidak sekadar novel romantis, ia juga novel fiqh yang ditulis dalam alur cerita yg tidak mudah ditebak(diagak). Habibirrahman melakukan kejutan baru dengan menjelaskan kaedah-kaedah fiqh melalui novel. Hebat!"

Sarwedi Hasibuan, mahasiswa program pascasarjana Universiti Malaya, Kuala Lumpur mengutarakan pandangannya,

"Inilah novel motivasi yang mencerahkan minda. Luar biasa! Isinya saya rasakan begitu kuat untuk memberi motivasi kepada pembacanya untuk hidup berdikari, tidak menyerah kalah dan terus maju dalam meraih anugerah Allah."

Ok itulah ulasan2 dari mereka yang telah membaca novel ini..ada satu isu fiqh yang menarik dalam novel itu yg aku nak kongsi..terutama kepada semua nisa'..yg rijal pun kene fokus tau apa yg aku nak share ni..

Ermm...aku tak nak ceritakan watak manalah tapi yg penting seorang wanita boleh meletakkan syarat kepada bakal suami demi menjadi ia sebahagian dari sahnya akad nikah(ertinya farj akan jadi halal jika syarat itu dipenuhi oleh bakal suami)..misalnya aku boleh meletakkan syarat pada bakal suami ku "Selagi ana masih mampu melakukan tugas sebagai isteri..anta tidak boleh bernikah dengan perempuan lain"....Taukah antum semua..syarat ini memang sah dan boleh dan telah dibahaskan panjang lebar oleh ulama..Sila lihat kitab Al-Mughni(juz ke 7) karya Ibnu Qudamah..buka halaman 93...kalau nak tahu perbahasannya...atau ada yg tak puas hati...silalah baca novel ini ok? :) rugi sape yg tak baca...best ada perdebatan hebat antara pihak lelaki dan perempuan dlm hari pertunangan kerana si perempuan ni siap keluarkan kitab! hehehe...antunna berani tak?kuang~kuang~kuang..:) siap keluarkan hadith sohih lagi tau..so..bacalah k novel ni wahai teman2 :)

Sampai sini dahulu..semoga kita sama2 meraih manfaat dari novel tersebut..wallahua'lam..k bye...salam alaik.

Thursday, July 03, 2008

Blogku berwajah BaRu:)

Assalamualaikum semua..apa khabar? Inilah wajah baru blog yang tersayang...mudah-mudahan blog aku ni menjadi wadah isnpirasi yang lebih bermanfaat kepada semua...hehe..mcm betul je...insyaAllah lah kan...:) Jutaan terima kasih kepada Kak Lindah yang telah meluangkan masa utk membantuku mengubah elok blog yg berwajah baru ni..jazakillah ya ukhtii. Oklah takleh nak type byk..perut aku ni tgh sakit...tak taulah knp..masuk angin kot..ermm..nak update pun takda mood...lain kali aku update k..doakan aku dan kawan2 dapat ke Mesir k ..bye..salam alaik..jumpa lagi.

Thursday, June 26, 2008

SaJak



Salam semua..hayatilah sajak ini k..khususnya utk penuntut2 agama dan amnya kepada semua termasuk diri ini..inilah sajak karyaku...dari pengamatanku selama ini...terimalah



BILA ASMARA MEMBARA



Bila asmara membara

Bunga-bunga cinta kembang melata

Tak kira di mana kita berada

Terasa diasak meluahkan cinta

Tak lihat kanan ataupun kiri

Tak pandang sana ataupun sini

Terus berkocak nafsu asmara



Memanglah kita tak buat zina

Memanglah aurat kita tak buka

Tapi ghaddul basor mampukah dijaga?

Sedangkan itu suruhan agama



Jangan impikan Fahri pasangan kita

Jangan mimpikan Aisyah pemaisuri jiwa

Rasukan asmara meragut diploma

Diploma apa?

Diploma agama

Buaian cinta merampas takhta ijazah

Ijazah apa?

Ijazah sarjana agama

Kalau benar kau cinta Allah dan RasulNya

kenapa hingga begini jadinya?

Memang cinta fitrah manusia

Tapi iman itu letak di mana?

Zina hati semakin ketara



Jangan buat-buat tak tahu

Ada yang naik motor bersama

Berpegangan tangan tanda suka sama suka

Sedangkan mereka bujang dan anak dara

Keluar bersama

Makan bersama

Rindu terubat bertentang mata

Bergayut di telefon berjam-jam lamanya

Manja suara menggoda jiwa

Mereka mahasiswa mahasiswi agama

Agama apa?

Agama Islam tercinta

Kuliah Syariah Usuluddin Bahasa Arab Tahfiz semuanya

Tapi kerana cinta rosak segala-galanya

Rasa haya' terbukti sirna

Semua itu dianggap biasa

Selagi 'batasan' masih dijaga (BANYAK KAU PUNYA JAGA?)

"Kita tak buat zina apa.."



Ayuh!

Berpijaklah di bumi nyata

Jangan diulit ilusi dunia

Iman harus bertakhta di puncak

Kerana iman yang mendidik cinta



Ayuh!

Kita bangkit bersama-sama

Memang sukar untuk berubah serta merta

Tapi kita tetap boleh berusaha

Buat yang terbaik untuk agama

Buat yang terbaik demi bangsa



Satu saja..

Yakinlah

Kalau dah jodoh tak akan ke mana

Pada Ilahi terus berdoa

Istikharah pula jangan dilupa

Bila aqad dilafaz lancar oleh si dia

Bermulalah hakikat perjuangan asmara nikmat cinta

Barulah cinta asmara benar-benar membara

Percayalah

Allah Maha Memahami perasaan kita

Kita diuji tepat pada masanya.



Sekian....agar semua mendapat manfaat dari sajak ini..tenang2 ya semua..bye salam alaik.











Wednesday, June 25, 2008

Aliah baca doa Jihad :)

Assalamualaikum semua..ni aku ada ambil video adik bongsu aku, Aliah Husna baca doa lepas solat. Dia skrg dr 1 di Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah..just rasa happy dan syukur tgk dia leh baca doa dalam Bahasa Arab..hehe..salu bapa aku atau adik2 yg lain yg baca..tapi beberapa hari yg lepas..dia yg baca...cuma masa last2..bacannya jadi kurang khusyuk kerana ada 'gangguan'...hayatilah bacaannya..perhatikan bebola matanya dan giginya yg cute..hehe..Mempersembahkan...si comel Aliah Husna...hehe..k..bye kawan2...salam alaik

p/s: sebelum dgr...buka volume tu paling kuat k..pasal..kalau pelan2...tak clear :)


Monday, June 16, 2008












Ni dia gambar2 yg kuambil melalui hp masa di SCIENCE CENTRE!





Nikmatilah dan fikir2kanlah....dah fikir?hehe..ok satu je aku nk bilang..binatang tu duduk kat Planet Mars..percaya?tu dr Science Centre..bukan Fiction Centre..tapi bukan dr Quranlah...so fikir2kanlah k...yg dua bulat besar tu bukan mata..tapi telinga k...bye wassalam
SCIENCE CENTRE


Assalamualaikum semua!



Dah lama juga aku tak update kan...sampai ada beberapa org dah tanya asal aku ni tak update...afwanlah bz sikit dan malas sikit..hehe.



Oklah ni aku nak cite sikit..minggu lepas aku satu keluarga(termasuk mizi, aliah dan mak dia..eh mak dia..mak aku jugalah kan...cuma mak kedua..hehe) melawat ke Science Centre! Cuma Tamliikhaa je takda pasal dia ada kelas tambahan O level di sekolah. Kitorg gi hari Isnin..pasal bapa aku salu cuti hari Isnin...salunya mesti ada je program..dan program tu selalunya berbentuk riadhah...sama ada swimming, jogging, gi gym atau jalan2(jln lama2 gila sampai penat..1-2 jam). Setiap minggu ada je tempat baru...jadi tak boringkan. So minggu lepas, aku sarankan ke Science Centre...igt saranan tak diterima(pandai2 je aku ni) Sekali boss(bapa aku ler) terima ah..alhamdulillah...



Pukul 8 30 pagi dah kua..bapa aku ni paling pantang kalau program hari isnin sengaja dilambat2kan...kalau sape nak kene...silakan lambat! :)



Best jugalah pergi Science Centre ni..dah berapa thn dah aku tak gi..dapat refresh ilmu sains aku ni..yg paling seronok...adik2 aku..lagi2 mizi...sekejap2 hilang ah..tak tau duduk diam..dapat tgk satu benda baru je...terloncat2..aliah pun ikut sekali..:)kitorg juga gi OMNI-THEATRE..:)..dah pukul 2 gitu baru balik..byk pengalaman yg aku dapat..benda pelik2 yg suruh kita berfikir, actually aku ada ambil gambar dan video masa di sana..tapi aku tak dpt upload pasal ada error..insyaAllah next post aku upload k..jaga diri semua..wassalam

Monday, May 12, 2008

JaDuAL dah SiAp...kene jadi cam Fakhri...hehe :)

Salam semua....

Aku kene buat jadual cam fakhri juga..hahaha...itulah kesan novel Ayat2 Cinta terhadap diriku.
Mmg kene buat jadual..kalau tak, hidupku jadi rojak...lagi2 dlm saat2 genting mcm ni..mana nak uruskan MTQ international...Imtihan Qabul...selesaikan benda2 MARSAH-MESIR...mengajar..belajar...riadhah...benda2 sampingan yang lain...aduh! Tu sebab kene buat jadual..ni aku baru habis siapkan jadual...insyaAllah aku cuba sedaya upaya mendisipilinkan diriku...u have no choice huda! :) doakan aku ni..Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaanMu.

Hmmm...Aku teringat teman-teman di Syria...rindu sgt dgn mereka...esp KHADIJAH(muslimah sejati..haha)...knplah awk tak balas email kte ni? Sibuk sangat ke...haiz..moga terus berjaya dan kuat beribadah di sana..

k lah..byee semua...aku ada benda lain nak buat ni....dah ada jadual...mesti kene ikut! ceh byk kau punya ikut huda..hehe..insyaAllah k..bye salam alaik.

Saturday, May 10, 2008

Panahan AYAT-AYAT CINTA!

Salam.......

Ermm sejam yg lepas..aku baru balik dr tgk wayanag, cerita Ayat-ayat cinta, it was really fantastic!alhamdulillah...nilah kali kedua aku tgk wayang selepas menonton Syukur 21 beberapa thn yg lepas...

Macam mana pun takleh lawan novel yg ditulis graduan MA Al-Azhar, Habiburrahman El-Shirazy...Ayat-ayat cinta dalam bentuk novel menunjukkan sentuhan asli sastera Islami yg luar biasa! Sebuh novel yg lengkap yg menyentuh segala aspek khidupan(kehidupan universiti dan teman2 serumah..kehidupan antara agama yg berlainan...kehidupan menuju gerbang perkahwian..kehidupan dlm penjara..kehidupan yg mewah..kehidupan yg miskin..kehidupan politik...dan pelbagai lagi. So...sape yg tak tgk wayang...dan tak nak baca novel ini...innahum minal khaasiriin. Seumur hidupku sebagai insan yg menghargai karya sastera terutama sastera Melayu...belum pernah ku temui karya luar biasa seperti ini..masyaALLAH...Semoga Habiburrahman dirahmati Allah dan diberi pahala berlipat ganda.

AYAT2 CINTA byk memberi tarbiyah pada diriku...semoga ia juga memberi tarbiyah kepada antum semua...anda hebat Habiburrahman! Lagi hebat yg Maha Hebat Ya Rahman yg menciptakan Habiburrahman..yg menggerakkan hati dan tinta Habiburrahman sehingga terhasilnya karya sastera yg luar biasa...Allahu Akbar!

Sampai sini saja....begitulah panahan ayat2 cinta yg dapat kurasakan skrg...:)..salam alaik

Friday, May 09, 2008

Pahit dan Manis bergelar Johan Qariah Kebangsaan Singapura 2008.

Salam semua!

Kaifa halukum? Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat ya..:)

Alhamdulillah, seperti yg dimaklumi..aku telah dinobatkan sebagai juara qariah bagi peringkat Kebangsaan dewasa Singapura 2008. Perjuanganku dalam bidang tarannum sejak aku berumur 9 thn mmg byk cabarannya..tapi alhamdulillah, hampir 12 thn, alam musabaqah sudah menjadi darah dagingku..aku sudah lali dgn kekalahan dan kemenangan...sudah masak benar dgn celoteh penonton musabaqah yg kadangkala tak puas dgn keputusan para pengadil...hehe..

Namun bagiku..MTQ byk mendidikku menjadi insan yg mengambil berat ttg niat krn Allah dalam membuat sesuatu perkara. Niat kita lari sikit je...kita akan dapat merasakan bacaan kita itu tidak dirahmati oleh Allah..mmg penonton atau siapa2 tak akan tahu ttg perkara ini..kecuali Allah dan si pembaca itu sendiri. Justeru, niat itu sangat penting..bacaan haruslah krn Allah krn ia satu ibadah bukan hendakkan gelaran juara atau kemenangan semata2.

Thn ini sebenarnya aku tak pernah terfikir yg aku akan jadi juara..bahkan..kadang2 terlintas dlm hati "kalau leh jgnlah jadi juara..mcm tak sanggup..pasal kalau jadi juara nak kene wakil negara...lepastu nak fikir ttg imtihan qabul di Mesir..byk persiapan kene buat...pengsan aku nanti, alah lagipun IMPOSSIBLE aku leh jadi juara bcoz saingan terlalu sengit..johan tahun lepas sgt bagus bacaannya". Tapi takdir Allah mengatasi segala-galanya...mungkin dia nak tunjuk kan kuasaNya boleh mem-POSSIBLE-kan segala IMPOSSIBLE...dan dia tahu bahawa wlupun ujian ini berat bagiku..tapi aku insyaAllah boleh mengahadapinya dgn tenang.

Biasalah mulut manusia..kdg2 tak berapa suka dgn kemenangan org lain..ada juga yg mempertikaikan kemenangan ini...bagiku sape yg mempertikaikan kemenangan ini..ia mempertikaikan takdir Allah..krn semua ni bukan aku yg susun...tapi dr ALLAH..maka aku harus terima dgn redha dan lebih gigih berusaha utk mewakili negara ke peringkat antarabangsa...aku harap teman2 dapat memberi sokongan padu dan doakan diri ini utk mengimbangi persiapan kedua2 destinasi impian..Mesir danMusabaqah antarabangsa..sampai sini saja..salam alaik.:)

Thursday, May 08, 2008






Gambar2 kenangan MTQ 2008...doakan kami.
MTQ 2OO8 mengukir SeJaRah!

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, syukur pada yg Esa krn Musabaqah Tilawah Al-Quran Kebangsaan thn ini meninggalkan kenangan yg cukup manis bagi diriku.

Tarikh 3 dan 4 May 2008 telah mengukir sejarah! Ada beberapa sebab yg membuatkan tarikh ni layak digelar tarikh istimewa buat aku dan keluarga.

1) 3 dan 4 May ini adalah hari penentu atau final bagi MTQ Kebangsaan 2008 bagi peringkat kanak2, belia dan dewasa..dan alhamdulillah 5 dari adik beradikku('Aathirah...Majiidah..Tamliikhaa..Tirmizi..) dan diriku sendiri dapat melayakkan diri ke peringkat akhir! Allahuakbar! Tahniah kpd adik-adikku atas perjuangan lillahi taala ini!

2) 3 May adalah tarikh lahir kakakku...walaupun jauh..aku dapat rasakan seorg kakak akan merasa gembira dan syukur dgn pencapaian adik2 nya dlm MTQ kali ini, sekaligus merupakan hadiah hari lahirnya yg ke 23! So..kak Izzah..kalau baca apa yg aku tulis ni...jgn tak terharu...haha..nilah hadiah yg mampu kita beri..doakan kami terus berjaya atas niat krn Allah dan ibadah.

3) Tanggal tarikh 4 May 2008..aku dinobatkan sebagi juara qariah bahagian dewasa..alhamdulillah..rezeki dr Allah...kemenangan ini mmg tidak pernah kujangka...tp takdir Allah mengatasi segala-galanya...doakan aku terus tawadu' dan istiqamah dlm mempelajari ilmu Allah dan mengamal sunnah Rasul..iaitu ilmu tarannum khususnya.

Agar tarikh ini menjadi penyuntik semangatku untuk lebih bersungguh-sungguh di masa hadapan..amin...terima kasih atas doa antum:).

Tuesday, May 06, 2008





Sekitar Majlis Final MTQ 2008!
Tinta Elektronikku Menari Kembali!

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, atas permintaan peminat2 blog aku,akhirnya aku terbuka hati juga utk update blog ni,heheheh,ingat takda org nak baca blog lagi..pasal mcm dah basi gitu,tapi rupanya ia masih tetap bertakhta di hati bagi sesiapa yg masih menghargai diriku,ceh!:)

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum!

Hamdanlillah, aku dah menamatkan pengajianku di MARSAH,keputusan pun dah keluar,cuma belum dirasmikan lagi,dgr2 aku berjayalah,alhamdulillah,dgr2 juga taqdir aku ialah Mumtaz,alhamdulillah,tapi ingat, ni dgr2 je,kalau dah confirm,nanti aku bilang lah k,bukan nak action dgn taqdir yg aku dapat,cuma nak sama2 kongsi rasa bersyukur dan gembira bersama teman2 yg jauh nun di sana..bukannya bagus sgt pun...setakat mumtaz di sekeping kertas..apalah sangat...ni nak mumtaz practical ni mujahadah benar..doakan aku k. InsyaAllah konvo 29 july 2008...tak sabar rasanya untuk bawa ummi dan abuya ku ke majlis tersebut..maklumlah anak pertama ke majlis konvo....kakak aku terus ke Mesir...di sana tak main majlis2 konvo ni semua kan...mgkn aku bisa memberi secebis kenangan manis pada ummi dan abuya nanti..insyaAllah..sampai sini dulu..k bye..salam alaik