Thursday, June 26, 2008
Salam semua..hayatilah sajak ini k..khususnya utk penuntut2 agama dan amnya kepada semua termasuk diri ini..inilah sajak karyaku...dari pengamatanku selama ini...terimalah
BILA ASMARA MEMBARA
Bila asmara membara
Bunga-bunga cinta kembang melata
Tak kira di mana kita berada
Terasa diasak meluahkan cinta
Tak lihat kanan ataupun kiri
Tak pandang sana ataupun sini
Terus berkocak nafsu asmara
Memanglah kita tak buat zina
Memanglah aurat kita tak buka
Tapi ghaddul basor mampukah dijaga?
Sedangkan itu suruhan agama
Jangan impikan Fahri pasangan kita
Jangan mimpikan Aisyah pemaisuri jiwa
Rasukan asmara meragut diploma
Diploma apa?
Diploma agama
Buaian cinta merampas takhta ijazah
Ijazah apa?
Ijazah sarjana agama
Kalau benar kau cinta Allah dan RasulNya
kenapa hingga begini jadinya?
Memang cinta fitrah manusia
Tapi iman itu letak di mana?
Zina hati semakin ketara
Jangan buat-buat tak tahu
Ada yang naik motor bersama
Berpegangan tangan tanda suka sama suka
Sedangkan mereka bujang dan anak dara
Keluar bersama
Makan bersama
Rindu terubat bertentang mata
Bergayut di telefon berjam-jam lamanya
Manja suara menggoda jiwa
Mereka mahasiswa mahasiswi agama
Agama apa?
Agama Islam tercinta
Kuliah Syariah Usuluddin Bahasa Arab Tahfiz semuanya
Tapi kerana cinta rosak segala-galanya
Rasa haya' terbukti sirna
Semua itu dianggap biasa
Selagi 'batasan' masih dijaga (BANYAK KAU PUNYA JAGA?)
"Kita tak buat zina apa.."
Ayuh!
Berpijaklah di bumi nyata
Jangan diulit ilusi dunia
Iman harus bertakhta di puncak
Kerana iman yang mendidik cinta
Ayuh!
Kita bangkit bersama-sama
Memang sukar untuk berubah serta merta
Tapi kita tetap boleh berusaha
Buat yang terbaik untuk agama
Buat yang terbaik demi bangsa
Satu saja..
Yakinlah
Kalau dah jodoh tak akan ke mana
Pada Ilahi terus berdoa
Istikharah pula jangan dilupa
Bila aqad dilafaz lancar oleh si dia
Bermulalah hakikat perjuangan asmara nikmat cinta
Barulah cinta asmara benar-benar membara
Percayalah
Allah Maha Memahami perasaan kita
Kita diuji tepat pada masanya.
Sekian....agar semua mendapat manfaat dari sajak ini..tenang2 ya semua..bye salam alaik.
Wednesday, June 25, 2008
Assalamualaikum semua..ni aku ada ambil video adik bongsu aku, Aliah Husna baca doa lepas solat. Dia skrg dr 1 di Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah..just rasa happy dan syukur tgk dia leh baca doa dalam Bahasa Arab..hehe..salu bapa aku atau adik2 yg lain yg baca..tapi beberapa hari yg lepas..dia yg baca...cuma masa last2..bacannya jadi kurang khusyuk kerana ada 'gangguan'...hayatilah bacaannya..perhatikan bebola matanya dan giginya yg cute..hehe..Mempersembahkan...si comel Aliah Husna...hehe..k..bye kawan2...salam alaik
p/s: sebelum dgr...buka volume tu paling kuat k..pasal..kalau pelan2...tak clear :)
Monday, June 16, 2008
Assalamualaikum semua!
Dah lama juga aku tak update kan...sampai ada beberapa org dah tanya asal aku ni tak update...afwanlah bz sikit dan malas sikit..hehe.
Oklah ni aku nak cite sikit..minggu lepas aku satu keluarga(termasuk mizi, aliah dan mak dia..eh mak dia..mak aku jugalah kan...cuma mak kedua..hehe) melawat ke Science Centre! Cuma Tamliikhaa je takda pasal dia ada kelas tambahan O level di sekolah. Kitorg gi hari Isnin..pasal bapa aku salu cuti hari Isnin...salunya mesti ada je program..dan program tu selalunya berbentuk riadhah...sama ada swimming, jogging, gi gym atau jalan2(jln lama2 gila sampai penat..1-2 jam). Setiap minggu ada je tempat baru...jadi tak boringkan. So minggu lepas, aku sarankan ke Science Centre...igt saranan tak diterima(pandai2 je aku ni) Sekali boss(bapa aku ler) terima ah..alhamdulillah...
Pukul 8 30 pagi dah kua..bapa aku ni paling pantang kalau program hari isnin sengaja dilambat2kan...kalau sape nak kene...silakan lambat! :)
Best jugalah pergi Science Centre ni..dah berapa thn dah aku tak gi..dapat refresh ilmu sains aku ni..yg paling seronok...adik2 aku..lagi2 mizi...sekejap2 hilang ah..tak tau duduk diam..dapat tgk satu benda baru je...terloncat2..aliah pun ikut sekali..:)kitorg juga gi OMNI-THEATRE..:)..dah pukul 2 gitu baru balik..byk pengalaman yg aku dapat..benda pelik2 yg suruh kita berfikir, actually aku ada ambil gambar dan video masa di sana..tapi aku tak dpt upload pasal ada error..insyaAllah next post aku upload k..jaga diri semua..wassalam
Monday, May 12, 2008
Salam semua....
Aku kene buat jadual cam fakhri juga..hahaha...itulah kesan novel Ayat2 Cinta terhadap diriku.
Mmg kene buat jadual..kalau tak, hidupku jadi rojak...lagi2 dlm saat2 genting mcm ni..mana nak uruskan MTQ international...Imtihan Qabul...selesaikan benda2 MARSAH-MESIR...mengajar..belajar...riadhah...benda2 sampingan yang lain...aduh! Tu sebab kene buat jadual..ni aku baru habis siapkan jadual...insyaAllah aku cuba sedaya upaya mendisipilinkan diriku...u have no choice huda! :) doakan aku ni..Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaanMu.
Hmmm...Aku teringat teman-teman di Syria...rindu sgt dgn mereka...esp KHADIJAH(muslimah sejati..haha)...knplah awk tak balas email kte ni? Sibuk sangat ke...haiz..moga terus berjaya dan kuat beribadah di sana..
k lah..byee semua...aku ada benda lain nak buat ni....dah ada jadual...mesti kene ikut! ceh byk kau punya ikut huda..hehe..insyaAllah k..bye salam alaik.
Saturday, May 10, 2008
Salam.......
Ermm sejam yg lepas..aku baru balik dr tgk wayanag, cerita Ayat-ayat cinta, it was really fantastic!alhamdulillah...nilah kali kedua aku tgk wayang selepas menonton Syukur 21 beberapa thn yg lepas...
Macam mana pun takleh lawan novel yg ditulis graduan MA Al-Azhar, Habiburrahman El-Shirazy...Ayat-ayat cinta dalam bentuk novel menunjukkan sentuhan asli sastera Islami yg luar biasa! Sebuh novel yg lengkap yg menyentuh segala aspek khidupan(kehidupan universiti dan teman2 serumah..kehidupan antara agama yg berlainan...kehidupan menuju gerbang perkahwian..kehidupan dlm penjara..kehidupan yg mewah..kehidupan yg miskin..kehidupan politik...dan pelbagai lagi. So...sape yg tak tgk wayang...dan tak nak baca novel ini...innahum minal khaasiriin. Seumur hidupku sebagai insan yg menghargai karya sastera terutama sastera Melayu...belum pernah ku temui karya luar biasa seperti ini..masyaALLAH...Semoga Habiburrahman dirahmati Allah dan diberi pahala berlipat ganda.
AYAT2 CINTA byk memberi tarbiyah pada diriku...semoga ia juga memberi tarbiyah kepada antum semua...anda hebat Habiburrahman! Lagi hebat yg Maha Hebat Ya Rahman yg menciptakan Habiburrahman..yg menggerakkan hati dan tinta Habiburrahman sehingga terhasilnya karya sastera yg luar biasa...Allahu Akbar!
Sampai sini saja....begitulah panahan ayat2 cinta yg dapat kurasakan skrg...:)..salam alaik
Friday, May 09, 2008
Salam semua!
Kaifa halukum? Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat ya..:)
Alhamdulillah, seperti yg dimaklumi..aku telah dinobatkan sebagai juara qariah bagi peringkat Kebangsaan dewasa Singapura 2008. Perjuanganku dalam bidang tarannum sejak aku berumur 9 thn mmg byk cabarannya..tapi alhamdulillah, hampir 12 thn, alam musabaqah sudah menjadi darah dagingku..aku sudah lali dgn kekalahan dan kemenangan...sudah masak benar dgn celoteh penonton musabaqah yg kadangkala tak puas dgn keputusan para pengadil...hehe..
Namun bagiku..MTQ byk mendidikku menjadi insan yg mengambil berat ttg niat krn Allah dalam membuat sesuatu perkara. Niat kita lari sikit je...kita akan dapat merasakan bacaan kita itu tidak dirahmati oleh Allah..mmg penonton atau siapa2 tak akan tahu ttg perkara ini..kecuali Allah dan si pembaca itu sendiri. Justeru, niat itu sangat penting..bacaan haruslah krn Allah krn ia satu ibadah bukan hendakkan gelaran juara atau kemenangan semata2.
Thn ini sebenarnya aku tak pernah terfikir yg aku akan jadi juara..bahkan..kadang2 terlintas dlm hati "kalau leh jgnlah jadi juara..mcm tak sanggup..pasal kalau jadi juara nak kene wakil negara...lepastu nak fikir ttg imtihan qabul di Mesir..byk persiapan kene buat...pengsan aku nanti, alah lagipun IMPOSSIBLE aku leh jadi juara bcoz saingan terlalu sengit..johan tahun lepas sgt bagus bacaannya". Tapi takdir Allah mengatasi segala-galanya...mungkin dia nak tunjuk kan kuasaNya boleh mem-POSSIBLE-kan segala IMPOSSIBLE...dan dia tahu bahawa wlupun ujian ini berat bagiku..tapi aku insyaAllah boleh mengahadapinya dgn tenang.
Biasalah mulut manusia..kdg2 tak berapa suka dgn kemenangan org lain..ada juga yg mempertikaikan kemenangan ini...bagiku sape yg mempertikaikan kemenangan ini..ia mempertikaikan takdir Allah..krn semua ni bukan aku yg susun...tapi dr ALLAH..maka aku harus terima dgn redha dan lebih gigih berusaha utk mewakili negara ke peringkat antarabangsa...aku harap teman2 dapat memberi sokongan padu dan doakan diri ini utk mengimbangi persiapan kedua2 destinasi impian..Mesir danMusabaqah antarabangsa..sampai sini saja..salam alaik.:)
Thursday, May 08, 2008
Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah, syukur pada yg Esa krn Musabaqah Tilawah Al-Quran Kebangsaan thn ini meninggalkan kenangan yg cukup manis bagi diriku.
Tarikh 3 dan 4 May 2008 telah mengukir sejarah! Ada beberapa sebab yg membuatkan tarikh ni layak digelar tarikh istimewa buat aku dan keluarga.
1) 3 dan 4 May ini adalah hari penentu atau final bagi MTQ Kebangsaan 2008 bagi peringkat kanak2, belia dan dewasa..dan alhamdulillah 5 dari adik beradikku('Aathirah...Majiidah..Tamliikhaa..Tirmizi..) dan diriku sendiri dapat melayakkan diri ke peringkat akhir! Allahuakbar! Tahniah kpd adik-adikku atas perjuangan lillahi taala ini!
2) 3 May adalah tarikh lahir kakakku...walaupun jauh..aku dapat rasakan seorg kakak akan merasa gembira dan syukur dgn pencapaian adik2 nya dlm MTQ kali ini, sekaligus merupakan hadiah hari lahirnya yg ke 23! So..kak Izzah..kalau baca apa yg aku tulis ni...jgn tak terharu...haha..nilah hadiah yg mampu kita beri..doakan kami terus berjaya atas niat krn Allah dan ibadah.
3) Tanggal tarikh 4 May 2008..aku dinobatkan sebagi juara qariah bahagian dewasa..alhamdulillah..rezeki dr Allah...kemenangan ini mmg tidak pernah kujangka...tp takdir Allah mengatasi segala-galanya...doakan aku terus tawadu' dan istiqamah dlm mempelajari ilmu Allah dan mengamal sunnah Rasul..iaitu ilmu tarannum khususnya.
Agar tarikh ini menjadi penyuntik semangatku untuk lebih bersungguh-sungguh di masa hadapan..amin...terima kasih atas doa antum:).
Tuesday, May 06, 2008
Assalamualaikum semua!
Alhamdulillah, atas permintaan peminat2 blog aku,akhirnya aku terbuka hati juga utk update blog ni,heheheh,ingat takda org nak baca blog lagi..pasal mcm dah basi gitu,tapi rupanya ia masih tetap bertakhta di hati bagi sesiapa yg masih menghargai diriku,ceh!:)
Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum!
Hamdanlillah, aku dah menamatkan pengajianku di MARSAH,keputusan pun dah keluar,cuma belum dirasmikan lagi,dgr2 aku berjayalah,alhamdulillah,dgr2 juga taqdir aku ialah Mumtaz,alhamdulillah,tapi ingat, ni dgr2 je,kalau dah confirm,nanti aku bilang lah k,bukan nak action dgn taqdir yg aku dapat,cuma nak sama2 kongsi rasa bersyukur dan gembira bersama teman2 yg jauh nun di sana..bukannya bagus sgt pun...setakat mumtaz di sekeping kertas..apalah sangat...ni nak mumtaz practical ni mujahadah benar..doakan aku k. InsyaAllah konvo 29 july 2008...tak sabar rasanya untuk bawa ummi dan abuya ku ke majlis tersebut..maklumlah anak pertama ke majlis konvo....kakak aku terus ke Mesir...di sana tak main majlis2 konvo ni semua kan...mgkn aku bisa memberi secebis kenangan manis pada ummi dan abuya nanti..insyaAllah..sampai sini dulu..k bye..salam alaik
Monday, August 27, 2007
Assalamualaikum, Ramadhan Karim!.......maaflah diri ni menyepi krn sibuk dgn sekolah...lagi di thn 3 ni...byk cabaran..tipulah kalau ckp senang..actually i'm struggling right now..exam is just aroud the corner..aku dah byk nangis pasal pelajaran..doakanlah aku wahai teman2
Alhamdulillah, dlm kesedihan ini, Allah kurniakan sejambak kegembiraan di hati apabila aku dapat panggilan telefon dr keluarga bahawa aku ni dpt biasiswa MTFA :)..alhamdulillah.
Rindu pula dgn teman2 semakin menusuk kalbu...mmglah ramai yg balik cuti..aku tgh cari masa yg sesuai utk jumpa mrk...ermm org yang paling aku rindu...kakak aku..Nurul 'Izzah...sabar je...moga dia sentiasa sihat dan terus mumtaz di sana! Uhanniuki alan najaahil baahir ya ukhti! "Kekalkan taqdir mumtaz tu k,aku doakan kau, jgn lupa doakan aku ni"
Sampai sini dulu teman2...miss u all..kbye..salam alaik
Sunday, June 17, 2007
Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah, aku dah bergelar siswi thn 3 di MARSAH. Baru seminggu buka sekolah. Sampai je asrama aku dikejutkan dgn berita aku dipilih utk mewakili MARSAH dalam peraduan debat di Selangor. Ermm...setelah aku fikir masak-masak, akhirnya aku tolak atas sebab2 pelajaran.
InsyaAllah ada hikmahnya apa yang terjadi.
Aku gembira dengan pelajaran2 yg aku belajar...ada tambahan pelajaran yg sebelum ni tak pernah ada pada pelajar2 thn 3 Usuluddin..Asasul qiraat!
Alhamdulillah aku satu bilik dgn Kak Linda...takdalah susah2 nak kene gi bilik dia mcm dulu...skrg lebih senang nak berbincang mengenai pelajaran..mcm mana nak decorate bilik dan mcm2 lagi..selain tu ada dua pelajar thn 1 di bilik aku..satu dari Singapora dan lagi satu dr KEDAH! Gamat bilik aku bila dia ckp loghat Kedah...pecah perut aku dibuatnya! Ahli ghurfah aku ni bagus...lepas isyak je dah tido! hehe..tapi bgn cepat dan tak tdo lepas subuh!Zaman sekarang ni susah nak dapat bakal asatizah yg tak tido lepas subuh tau! Jadi aku suka benar biah dlm bilik aku ni...suasana yang benar2 sihat sebagai pelajar mahasiswi MARSAH! Ha...lagi satu mereka ni semua sarapan...kitorg empat orang salu sarapan berjemaah. Cuma aku cuba nak praktikkan solat berjemaah..minggu lepas tak sempat berjemaah krn aku dan Kak Linda lupa nak bawa telekung! merepek kan..hehe...geram aku mcm mana leh lupa benda penting...jadi solat pakai Nabila punya telekung ganti2...alhamdulillah minggu ni aku dah bawa telekung(maklumlah rumah dekat), aku berazam utk solat berjemaah dgn ahli ghurfah(bukan ahli bait tau..hehe..setakat bilik je).
Aku sedang dalam proses memohon biasiswa MTFA, doakan aku dpt biasiswa tu k...sampai sini dulu..bye..
Salam alaik :)...Senyum Sokmo!
Thursday, June 07, 2007
Salam semua...
Pejam celik, pejam celik.....dah nak buka sekolah...hehe..tak sabar pula rasanya. Alhamdulillah aku rasa cuti panjang yang aku lalui selama sebulan setengah ni..alhamdulillah dapat dimanfaatkan dengan baik.
Ni pun aku baru balik dari cycling di East Coast Park. Hamdan lillah best! Aku pergi dgn Kak Linda dan adik2 perempuan aku...'Aathirah dan Majiidah. Tamliikhaa takda di Singapore buat masa ni (2 weeks)..dia gi KL..untuk rakaman nasyid kumpulan IRSYADI yang bakal ada di pasaran tak lama lagi...utk dana Madrasah Al-Irsyad...aku dah dgr satu dr lagu mereka..lagu Maulay...sedap dan menarik...berbakat besar! Okay berbalik pasal cerita cycling tadi..hehe..Kecoh kejap kitaorang pilih basikal kat kedai...untuk disewa...maklumlah basikal yang nak ditunggang kene sesuai dan selesa dgn kita..satu org kene bayar $5 untuk 1 jam. Tapi Rent 1 hour FREE 1 hour! Apa lagi....dari pukul 10.30 sampai 12 40 kitorang main basikal...terlebih masa! Nasiblah yang tukang jaga Melayu..tak marah kitorang....apa tak lambat? Dari hujung sampai ke hujung kita cycle...mkn lagi..hehe...alhamdulillah bila berjemaah terasa berkatnya..ceria..kelakar..dan panic pun ada...Majiidah penat sangat..tangannya sakit pasal grip handle basikal kuat sangat...lagipun dia puasa....jd dia tertinggal di belakang...kesian dia...jadi Kak Linda..ajar dia mcm mana nak free wheel dan berhenti jap bila penat....Alhamdulillah semua kembali ceria dan gerek!
Semalam pula aku gi Hi-tea Al-Iman Kindergarten...Abuyaku yg ajak, dia suruh tgk camna org boleh buat Pusat Pendidikan..Al-Iman tu pengasasnya ialah DJ Shah Ibrahim dan adik-beradiknya! Ada 8 outlets di Singapura. Adikku yg paling kecil, Aliah Husna sekolah di situ. Alhamdulillah dah hafal separuh dari surah Yasin. Sejarah terdirinya Al-Iman Kindergarten ni ialah hasil wasiat bapa Shah Ibrahim yang suruh buat Madarsah full time....tapi kerana tak mampu, mereka buat kindergarten yg aku rasa ia begitu vibrant! Adik beradik Shah sanggup berhenti kerja(tapi mmg semua berpendapatan tinggi dan berkerjaya) semata2 utk melakukan wasiat ayah mereka. Aku kagum dgn semangat mereka...apakah kita pelajar madrasah dapat mendirikan Institusi begitu?
Ermm...semalamnya lagi...hehe...hari selasa..aku kerja di kedai bapa aku! Dah lama tak kerja...hush! dtg je relek2 ingat dah ada pekerja2 lain...niat aku dtg tu setakat nak refresh dan nak tolong2 je..sekali tgk..bapak aku sorang je..aku sampai 6 30 pagi....apalagi bapa aku suruh potong ayam 1 bakul...50 ekor ayam. Setiap satu ekor potong 12(potong kecil2 sampai 12 keping..hehe) pastu masukkan dalam plastik. Oleh kerana dah lama tak buat..jari aku melecet..pasal cepat dan byk sangat. Lagipun takda pekerja lain. Pastu barulah dtg2 pekerja2 tambahan...hehe...Cuma yg sedihnya dan yg buat abuyaku hilang sabar ialah pisau dan parangnya dicuri org!!! Jadi semua pekerjaan jd lambat..org pula ramai...Mmg munasabahla tangan pencuri itu wajib dipotong menurut Syariah. Buat sakit hati org je..kesian bapa aku.. tapi segala yg terjadi pasti ada hikmahnya..sabarlah wahai abuyaku..
Heheh sampai sini dulu...ye...doakan aku terus istiqamah dlm pelajaran k...bye..salam alaik
Wednesday, May 30, 2007
Salam semua
Hamdan lillah!Akhirnya berita busyra sampai ke pangkuanku..Aku berjaya dalam peperiksaan dan insyaAllah akan bergelar siswi thn 3 di MARSAH! Syukur sangat2!...berakhir segala penantianku :)
Secara keseluruhannya, aku dapat taqdir Jayyid Jiddan :)...alhamdulillah....dan happy juga krn dapat mumtaz bagi madah kegemaranku iaitu Al-Quran :)..dan juga 6 madah yg lain..
Macam manapun aku tak akan alpa dgn keputusan ini...krn ia masih boleh dipertingkatkan lagi..lebih2 lagi aku nak sambung degree di Mesir...so usaha yg benar2 gigih harus menjadi teman seharian...doakan kejayaanku teman...terima kasih atas doa rakan2 dan kakak tercinta ..Nurul 'Izzah ....:)
Lagi satu yg membuat aku lebih gembira dan lega serta syukur to the max punya...kak Linda pun berjaya naik tahun 3! Aku dan dia berjuang bersama2 utk exam yg lalu..mmg dia melalui saat2 sukar..tetapi bila ada perangsang..bila kita berjemaah..alhamdulillah ia membuahkan hasil...mabruk kak linda! I'm proud of u! Usaha lagi..i know u can do it...insyaAllah...
Ok sampai sini dulu..k bye salam alaik!
Saturday, May 26, 2007
Assalamualaikum
Alhamdulillah, syukur aku dah selamat sampai ke kota Singa yang tercinta. Ermm...actually 4 mlm..so yg sempat aku cerita 3 mlm je..mlm ke 4....lebih kepada jln2,mkn dan shopping utk bawa ole2 pulang ke Singapura. Byk pengalaman dan pemandangan yg ku perolehi....tak rugi pegi TERENGGANU! :)
Cuma skrg ni aku masih menunngu keputusan peperiksaan!..lama betullah tunggu...Penantian tu satu penyiksaan..8/6/07 dah nak kene register untuk semester baru..tapi keputusan belum kua juga sampai saat ini..haiz...doakan lah aku dan rakan2 pass k
sampai sini dulu..k bye..salam alaik
Wednesday, May 23, 2007
Assalamualaikum kepada semua...selamat bertemu lagi..
Mcm biasa pagi2 aku bersarapan di Pasar Payang, nasi dagang juga jd santapan...:)
Selepas tu...aku kembali ke hotel...ambil pakaian swimming...dentinasi kali ini ialah Air Terjun Sekayu! Tepat pukul 10...ada kereta menunggu di bawah..kita sewa kereta...utk ke Sekayu..1 jam setengah dr hotelku...
Sesampai saja di sana..aku jln jauh juga untuk mandi di air terjun yg besar...dalam sikit tempatnya....bila nampak air terjun je....subhanallah...sejuk mata memandang...aku apa lagi? terus mandilah....sejuk gile airnya!hehe..alhamdulillah puas aku swimming...nmpk ikan2 kecil semasa aku berenang(patutlah kaki terasa geli2,hehe)..best tau! Alhamdulillah..
Pastu aku gi mkn di warong...byk kucing...dia mcm nak lompat gitu bila tgk org mkn..seram betul...lepas dah jama' taqdim di salah sebuah masjid(dah tak ingat nama masjidnya)...pak cik zahid(driver) bawa kita gi Losong...tempat keropok Lekor,byk seh gerai keropok lekor..ada keropok lekor goreng dan ada juga keropok lekor rebus...ingat nak beli sauce keropok lekor yg botol nya...pasal delicious dia lain mcm tau!hehe...tp tak jadi ..satu botol 25 RM beb! leh pengsan! Aku cuma beli keropok lekor je...Cik kamsiah beli satu kotak besar keropok ikan! hehe..shopping sakan dia...dia ckp utk anak2 murid ngaji dia....untung betul dorg semua!
Adui...penat...dlm kol 4 lebih baru sampai hotel...dah tdo semua..baru mkn petang ala malam di warong sebelah hotel...pastu aku rehat lagi...
k tu je...bye..salam alaik
Tuesday, May 22, 2007
Bismillahirrahmaanirrahim............salam alaik!
Pagi2 lagi aku dah pergi Pasar Payang....bermacam jenis sayuran dijual di sana...telur penyu pun ada..ikan...buah2buahan..mereka jual duduk di di atas meja yang diperbuat drpada papan..terasa sangat suasana kampung!Bila kami jln je...semua mata tertumpu ke arah kami..mungkin mrk tahu kita ni warga negara lain...sambil jalan2 tu aku sempat jeling2 ka serunding daging dan serunding ayam...aku berniat nak bawa balik ke S'pura nanti, takpalah..sebelum balik..nanti aku beli..pasar payang tu pun tak jauh dr hotel aku..setakat 10 min jln..oklah tu..
Aku sarapan Nasi Dagang! Nasi tradisi Terengganu...sedap beb! Alhamdulillah...heheh...tak jumpa kat Singapura...bungkusan dia kecil je...jd org salu mkn 2 bungkus :)...aku mkn keropok lekor lagi tau ...hehe alhamdulillah lazat! lain dari kerpok lekor yang lain2 tau! Nak rasa tak? Datanglah Terengganu! hhehehe ...
Pastu kami pergi ke kedai2 baju yang terletak di terminal bas..bersebelahan dgn pasar Payang....Sebenarnya tujuan ke sana ialah nak kasi FERERRO ROCHE...eh betul tak aku eja ni?hehe..bantai je lah...ah nak kasi coklat tu kat nenek sedara aku..Nek Mon...adik beradik datuk aku sebelah ayah...ummiku yang suruh kasi buah tangan..tunggu punya tunggu...dia tak buka kedai juga...jd pergilah ziarah rumah dia di Batu Buruk! Terkejut dia dgn kehadiran kita...ruanya dia baru balik umrah...dapatlah aku minum air zamzam :)...alhamdulillah...dia masak sedap!...tak taulah nak explain mcm mana kesedapan itu.....hanya dapat menyebut..hamdanlillah..:)...selera betul!pak cik aku berkali2 tambah..:)
Bila dah masuk waktu zohor..kami dihantar dgn kereta oleh mak cik sedara(dia sepupu bapa aku)...zailena....ke Masjid Terapung! Best tau...masjid dia putih suci indah tersergam di atas air. Cuma waktu panas sekali pd waktu tu..sempat aku ambil gambar dan solat jama' taqdim serta mkn ais krim sampai tumpah kat tudung..hehe..bukan banyak sikit je...cari tissue pulak takda...selamatlah....hehe..
oh ya! lupa aku nak ckp tadi...aku ada beli vcd..Syeikh Abd Baasit Abd Samad bertarannum! Hebat sekali bacaannya ..bagiku dia dpt menghayati bacaanya dgn baik...maklumlah org Arab dan mahir dlm bidang tarannum...dia mesti faham makna on the spot kan?hmm jealous! Selain tu...cik kamsiah ada belikan aku kain warna biru kehijaun...dan kotak2...utk buat baju kurung! terima kasih cik kamsiah! aku bersyukur dan aku suka sangat kain tu!
Bila tiba waktu mlm..aku shopping mknan siki untuk dibawa ke air terjun di Sekayu esok..
Oklah sampai sini dulu...jumpa lagi...bye...salam alaik
Monday, May 21, 2007
Assalamualaikum semua yang dikasihi,
Ni malam yang pertama di Terengganu
Tadi aku berangkat dr Singapura, dr bus stop Lavender pukul 9 pagi...dijangkakan kita akan sampai pukul 7 mlm...tetapi KITA HANYA MERANCANG,TUHAN YANG MENENTUKAN..aku sampai Seaview Hotel pukul 10 30 mlm...
Sebenarnya bas yg aku naiki telah terlibat dlm kemalangan jalan raya selepas ia keluar dari perhentian makan MACAP...treler panjang telah menghentak belakang bas TRANSNASIONAL yang aku naiki...dahlah terkejut,bas pula tergendala satu jam setengah utk buat laporan di balai polis..penat betul rasanya duduk dlm bas...pinggang mcm nak patah! hehe...tidur dekat sepuluh kali pun masih tak sampai2...hehehe..tp semuanya dah selesai....
Sekarang aku dah atas katil ni..hehe..sedang rehat...baru td lepaskan rindu pat KEROPOK LEKOR...sedap gile..hehehehe...nanti nak mkn lagi....
Ok ...buat pengetahuan semua..aku dah tak batuk2 mcm anjing lagi,selepas minum madu..tak guna minum ubat doktor!hehe..mmg hebat " 'asl " atau madu dr ALLAH .....mmg ternyata ia syifa'...sepertimana yg termaktub dlm Al-Quran...syukran bagi sape yg telah mendoakanku supaya cepat sembuh...
Btw...aku tak sabar nak ziarah keluarga dan nak berenang di Pulau Redang yg diibaratkan pulau syurga di Terennganu....ok ilalliqa'...bertemu lagi di mlm kedua..doakan aku k...bye
salam alaik
Wednesday, May 16, 2007
Pesanan ustaz Mustofa selalu terngiang-ngiang di telinga. Apabila terasa ingin kecundang atau kecewa dan putus asa, lantas pesanan ini membangkitkan aku dari terus diulit mimpi di siang hari! Pesanan yang amat berharga ini telah ditinggalkan kpdku ketika aku, sri.khairunnisaa dan farah menziarahi rumah ustaz, beberapa hari sebelum aku memulakan hidup sebagai siswi MARSAH. Benak fikiranku tak pernah lekang dari memikirkan dan mengingati pesanan ustaz. Syukran Ustaz!
Pesanan yang pertama : TAQWA
Teman2 sekelian, ketaqwaan itu penting! Sedapat-dapatnya jauhilah perkara2 yang tidak diredhai Allah sepanjang kita menuntut ilmu. Janganlah hanya belajar ilmu hingga ke peringkat universiti tapi ilmu itu gagal diaplikasikan dlm kehidupan. Ermm gejala sosial di kalangan bakal asatizah muda yang semakin 'menggila' dewasa ini ialah CINTA sesama lelaki dan perempuan yg tiada batasnya. Ana taulah cinta tu fitrah..."tak cinta, mcm mana nak kawin?" dan "kita tau jaga bataslah"...biasalah tu jawapan yg salu kua dr mulut pelajar2 madrasah! Kadang2 aku rasa malu dgn kelakuan mahasiswi dan mahasiswa agama yang bakal bergelar asatizah...adakah dgn membonceng motor mata air itu digelar romantik? tu namanya tau jaga batasan? bergurau senda dgn lelaki di telefon berejam2 sampai melambung bill?tu namanya tau jaga batasan?sms yang asyik maksyuk dgn kata2 cinta...dan rindu...itukah batasan antara lelaki dan perempuan?Jadi apa maksud antum dgn "tau jaga batasan?"Fikir-fikirkan lah...kalau kita ni yang dah nak graduate dr universiti mcm "gini"...mcm mana dgn generasi madrasah akan dtg?Buntu fikiran ana bila fikirkan...GENERASI MADRASAH BERMASALAH!Antum fikir tak semua ni? ke saje buat2 tak tahu...layan hal sendiri? layankan hati sendiri? Janganlah sampai terdetik di hati kita "aku tak boleh hidup tanpa mata air" ataupun rasa malu dan risau bila takda mata air....bila antum terasa ni semua...percayalah antum dlm bahaya! Sememangnya cinta itu fitrah manusia, namun bagaiaman antum kawal cinta itu? bagaimana antum kawal hati dan iman antum dlm bercinta? fikir2 dan renung2kanlah...jgn sampai ilmu yang kita pelajari tidak diberkati Allah dan kita dlm diam tergolong dlm org2 yg dilaknati Allah krn tidk mengaplikasikan ilmu dlm kehidupan..haya' dan iman' harus disanjung di mana2 sahaja antum berada...jadilah insan BERTAQWA.
Pesanan yang ke dua : MUMTAZ
"Huda, di mana2 sahaja kamu berada, mesti target mumtaz!". Itulah kata-kata ustaz yang aku ingat sampai saat ini. Tak mungkin org yang target mumtaz tu akan ponteng kelas,tidur dlm kelas,tak endahkan assignment yang diberi oleh pensyarah2. Orang yang target mumtaz akan terus berusaha semaksima mungkin dan terus berdoa agar Allah mempermudahkan dia dalam menuntut ilmu. Apabila kita aim nombor 1, kalau jatuh pun..ke nombor 2...paling2 nombor 5....Inilah yang sedang aku praktikkan dalam segala aspek kehidupan, agar kita sama2 berjaya!
Pesanan yang ke 3 : KHIDMAH (berkhidmat pada masyarakat)
Akhirnya, itulah tujuan kita. Berkhidmat pada masyarakat dengan menyebarkan ilmu yg kita pelajari bertahun2 lamanya. Kita harus bersedia utk berhadapan dgn pelbagai ragam masyarakat dan pelbagai jenis soalan. Kita seharusnya peka dgn hal ehwal semasa. Janganlah jadi asatizah yang blur2...harus ada x-factor dlm diri...mesti tahu apa keistimewaan masing2...jgn sia2kan keistimewaan yg ada pd kita! jgn pisahkan keistimewaan itu dgn ilmu yg kia pelajari..gandingkan ia dgn ilmu yang kita ada. Ana harap sangat bakal asatizah yg sedang menuntut di luar negeri termasuk diri ana..selalulah luangkan masa untuk mengikuti perkembangan dunia dan Singapura khususnya melalui internet..bacalah lelaman BERITA HARIAN dan The Straits Times...jd bila antum balik cuti di Singapura..antum "up to date"..bukan fesyen baju je tau kene "up to date"...minda kita ni kene asah dari masa ke masa. InsyaAllah kita betul2 fit untuk berkhidmat pada masyarakat pada masa depan. Jgn lupa tau rakan2...cari x- factor dlm diri antum! Percayalah ia wujud dlm diri antum!
:) Panjang pulak aku update blog kali ni..maklumlah cuti sekolah...jgnlah tersinggung dgn kata2 aku di atas tu....aku ckp ni umum untuk kebaikan semua termasuk diri yang dhaif ni. Sememangnya TANGGUNGJAWAB ASATIZAH amatlah berat. Justeru jangan kita hanya membazir masa dan duit mak ayah kita yang menghantar kita belajar agama hingga ke menara gading!Jitukan niat kita..bersihkan hati kita ...terus berdoa dan bermunajat di sepertiga malam dan Berjuanglah kerana ALLAH....insyaAllah kita berjaya di dunia dan akhirat.
Sekian...Wassalam..ililliqa':)